Walau Tiada Sidang Media Jumlah Untuk Jatuhkan Kerajaan Sudah Tersedia



Semalam, sebagaimana yang dihebohkan sejak tengahari lagi, dua orang anggota pentadbiran kerajaan PN iaitu seorang menteri dan timbalan menteri dilapor akan mengadakan sidang akhbar berhubung perletakan jawatan mereka
Dua pemimpin yang dikaitkan itu adalah Menteri Tugas-Tugas Khas, Mohd Redzuan Md Yusof dan Timbalan Menteri Kerjaraya, Dr. Shahruddin Salleh
Kedua-duanya adalah Ahli MPT Bersatu dengan Mohd Redzuan merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah, Melaka sementara Dr. Shahruddin adalah Ahli Parlimen Seri Gading di Johor
Mereka dikatakan akan meletakkan jawatan kerana ingin menunjukkan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad yang sedang berdepan krisis dengan Muhyiddin Yassin dalam Bersatu serta untuk membantu mengembalikan tampuk kuasa kerajaan kepada PH melalui usul undi tidak percaya yang sedang diusahakan bekas Perdana Menteri itu
Dilaporkan juga, selepas pengumuman mereka itu, tiga lagi menteri dan timbalan menteri akan menyusul dengan pendirian yang sama
Lalu, dengan itu PN diberitakan akan segera tumbang dan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri juga bakal berakhir
Bagaimanapun, sehingga lewat petang semalam didapati sidang akhbar berkenaan tidak menjadi kenyataan dan diikuti kemudiannya Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas turut memakluman tiada sidang media melibatkan Mohd Redzuan sebagaimana yang diheboh-hebohkan
Dengan yang demikian, selain ramai penyokong Muhyiddin bersorak kelegaan seolah-olah PN dan Perdana Menteri tidak jadi tumbang, terdapat juga yang mengandaikan kedua-dua pemimpin Bersatu itu telah berjaya dipujuk lalu membuat Pusingan U akhirnya
Benarkah begitu
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tiada Pusingan U dibuat dalam hal ini kerana memang sejak awal tiada rancangan untuk kedua-dua mereka mengadakan sidang akhbar
Apa yang difahamkan berlaku semalam ialah hanya Mohd Redzuan dan Dr. Shahruddin mahu bertemu dengan Tun Mahathir untuk menyatakan pendirian mereka
Tidak diketahui siapakah yang menghebohkan laporan kononnya kedua-dua mereka akan mengadakan sidang media itu
Mohd Redzuan atau Pak Wan telah berjumpa dengan Tun Mahathir pada sebelah pagi, manakala Dr. Shahruddin mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir pada sebelah petang di pejabat Bersatu
Tidak dipastikan apa hasil pertemuan itu, namun dimaklumkan, baik Tun Mahathir atau Pak Wan dan Dr. Shahruddin, semuanya dilihat gembira dan berwajah ceria selepas bertemu itu
Dalam pada itu, walaupun tiada sidang media diadakan semalam, tetapi tidak ada pula kenyataan penafian daripada Mohd Redzuan dan Dr. Shahruddin tentang khabar angin bahawa mereka akan meletakkan jawatan dan menyokong Tun Mahathir
Biasanya jika mereka benar-benar tidak mahu menyokong Tun Mahathir, mereka sudah pasti akan menafikannya dengan segera sebagaimana yang dilakukan oleh Rina Harun lewat petang semalam
Tetapi mengapakah sehingga ini Mohd Redzuan dan Dr. Shahruddin tidak membuat apa-apa penafian, malah kenapa mereka begitu berani mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir dalam keadaan Pengerusi Bersatu itu dalam “zon perang” dengan Muhyiddin
Adakah ini bermakna kedua-duanya hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan secara terbuka pendirian mereka
Sementara itu, satu sumber lain memberitahu, meskipun tiada sidang media oleh Mohd Redzuan dan Dr. Shahruddin semalam, tetapi ia sama sekali tidak menjejaskan – diulang sekali lagi – sama sekali tidak menjejaskan jumlah nombor yang ada dalam dakapan Tun Mahathir dan PH untuk menjatuhkan Muhyiddin melalui usul undi tidak percaya di Parlimen
Kata sumber itu, tiada sidang akhbar tidak bermakna nombor sudah berkurangan
Sumber itu memaklumkan lagi, jumlah angka yang ada dalam tangan sekarang tidak pernah berganjak berikutan ketiadaan sidang media semalam, sebaliknya kehadiran Mohd Redzuan, Dr. Shahruddin jika benar akan disertai dengan sokongan secara terbuka selepas ini, ia adalah bonus yang akan menambah-besarkan lagi jumlah sokongan Ahli-Ahli Parlimen sedia ada
Begitu juga dengan khabar angin yang sedang bertiup kencang bahawa ada tiga lagi menteri dan timbalan menteri akan menyusul dengan sokongan mereka, ia juga adalah bonus tambahan semata-mata
Maka, apa lagi yang mahu dikata selain ungkapan – Sayonara Buat Muhyiddin!! (Shahbudindotcom 30/05/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/walau-tiada-sidang-media-jumlah-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dana Yahudi Untuk Jatuhkan Kerajaan

Dana Yahudi Untuk Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 342 hits
Ada pihak yang mengeluarkan Laporan Tahunan 2019 dan mengaku telah menerima peruntukan daripada agensi negara asing dan Yahudi C4 Center adalah NGOnya Merujuk Annual Report 2019 di antara penyumbang dana ialah i International Republican Ins...
Pn Sukar Jatuhkan Kerajaan Warisan Sabah

Pn Sukar Jatuhkan Kerajaan Warisan Sabah

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 286 hits
Amaran demi amaran daripada puak Perikatan Nasional bahawa Sabah adalah sasaran mereka selepas Kedah kemungkinan tidak akan menjadi kenyataan Hal itu ditegaskan dua penganalisis politik yang menolak Warisan mudah dijatuhkan pada waktu wakil...
Sidang Media Wartawan Dijemput Hadir

Sidang Media Wartawan Dijemput Hadir

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum Selamat Sejahtera Rakan media yang dihormati sekalian Satu Sidang Media Khas oleh YB Menteri di JPM dan YB Timbalan Menteri Kerja Raya akan diadakan pada ketetapan berikut Tarikh 29 Mei 2020 JumaatMasa 5 00 petangTempat Aras...
Jadi Trending Di Media Sosial Pemuda Kongsi Maksud Kerajaan Beta Digunapakai Ydpa Hari Ini

Jadi Trending Di Media Sosial Pemuda Kongsi Maksud Kerajaan Beta Digunapakai Ydpa Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 314 hits
Titah Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menarik perhatian orang ramai apabila baginda menggunakan istilah kerajaan Beta dalam tersebut Kepada kerajaan Beta di bawah kepimpinan Memanda Perda...
Sidang Media Mahathir Bukan Anjuran Pakatan Kata Anwar

Sidang Media Mahathir Bukan Anjuran Pakatan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 339 hits
Selepas dua hari menyepi Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil menjelaskan kenapa beliau tidak hadir dalam sidang media khas yang dipanggil Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana Isnin lalu Menurut Presiden PKR itu pendiri...
Pak Wan Masih Dikuarantin Nafi Anjur Sidang Media

Pak Wan Masih Dikuarantin Nafi Anjur Sidang Media

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 405 hits
Selepas Menteri Wanita dan Keluarga Pejabat Menteri Tugas Tugas khas pula turut menafikan akan melakukan satu sidang akhbar hari ini Melalui kenyataan Media sebentar tadi Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata kementeriannya itu...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation