Walau Sibuk Memerangi Covid 19 Dg Hisham Sempat Curi Masa Ke Bilik Pembedahan


KUALA LUMPUR,  12 Jun  — Selepas beberapa bulan bekerja keras untuk memerangi pandemik COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kembali semula ke dalam bilik bedah.
Dr Noor Hisham, yang juga pakar bedah, berkata beliau sempat “mencuri” masa untuk melakukan pembedahan tiroidektomi untuk seorang pesakit yang menghidap “right dominant multinodular goitre” pagi ini.
“Amat “menyegarkan” berada semula dalam bilik bedah untuk menenangkan diri saya dan bertemu dengan semua staf OT (bilik bedah) saya. Saya turut diberikan taklimat mengenai aliran kerja dan SOP (prosedur operasi standard) bagi pesakit positif COVID-19 yang perlu menjalani pembedahan.
“Setiap hari memberi pembelajaran dan cabaran baharu untuk kami membuat persediaan untuk menghadapi situasi paling teruk, dan saya kagum dengan keikhlasan, kekuatan dan kreativiti dipamerkan petugas barisan hadapan kita.
“Tatkala berdepan dengan situasi pandemik, ia memberi banyak pengajaran bernilai tentang perpaduan dan solidariti. Adalah penting untuk kita mengambil semua langkah berjaga-jaga dan memastikan kebersihan diri,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Dr Noor Hisham berkata disebabkan pandemik itu, beliau dan petugas barisan hadapan dapat menjalin jaringan hubungan dengan lebih baik antara satu sama lain dan terus berusaha untuk menerokai idea dan inovasi baharu.
“Kita kini dalam fasa pemulihan; bagaimanapun, cabaran sebenar bermula sekarang iaitu untuk rakyat mematuhi  SOP.
“Rakyat mampu melakukan perkara yang mustahil kerana kini sudah ada harapan dan masa depan cerah untuk memutuskan penularan COVID-19,” katanya.
Dr Noor Hisham muncul di televisyen pada 5 petang setiap hari, untuk memberikan perkembangan terkini dan berita berkaitan COVID-19 yang ditunggu-tunggu orang ramai.
Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Pembedahan dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

This morning I managed to squeeze in some time to perform a thyroidectomy for a patient diagnosed with right dominant…
Posted by Noor Hisham Abdullah on Thursday, June 11, 2020
Sumber: Bernama Facebook DG Hisham
The post Walau Sibuk Memerangi COVID-19, DG Hisham Sempat ‘Curi’ Masa Ke Bilik Pembedahan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/13/walau-sibuk-memerangi-covid-19-dg-hisham-sempat-curi-masa-ke-bilik-pembedahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Noor Hisham Sempat Mencuri Masa Untuk Melakukan Pembedahan Tiroidektomi

Dr Noor Hisham Sempat Mencuri Masa Untuk Melakukan Pembedahan Tiroidektomi

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 391 hits
SELEPAS beberapa bulan bekerja keras untuk memerangi pandemik Covid 19 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kembali semula ke dalam bilik bedah Dr Noor Hisham yang juga pakar bedah berkata beliau sempat mencuri masa untuk melaku...
Sibuk Lawan Covid 19 Dr Noor Hisham Teruja Masuk Dewan Bedah

Sibuk Lawan Covid 19 Dr Noor Hisham Teruja Masuk Dewan Bedah

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 324 hits
Tugas beliau sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia boleh dikatakan terlalu sibuk apatah lagi Malaysia dan seluruh dunia masih lagi berdepan pandemik Covid 19 Namun ini tidak menghalang Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dari masuk ke dewan b...
Buat Pertama Kali Jumlah Kes Aktif Dengan Kebolehjangkitan Covid 19 Di Bawah 1 000 Kes Dr Noor Hisham

Buat Pertama Kali Jumlah Kes Aktif Dengan Kebolehjangkitan Covid 19 Di Bawah 1 000 Kes Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 269 hits
Hari ini satu lagi rekod dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia apabila Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan buat pertama kali jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid 19 adalah di bawah 1 000 iaitu 986 ke...
Covid 19 Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Terakhir Noor Hisham

Covid 19 Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Terakhir Noor Hisham

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 368 hits
Malaysia kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas berhasil mengurangkan penularan kes baharu COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Ab...
Tahapan Pembukaan Sekolah Masa Covid Dari Sma Diakhiri Paud

Tahapan Pembukaan Sekolah Masa Covid Dari Sma Diakhiri Paud

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 245 hits
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nadiem Makarim mengumumkan tahapan pembukaan sekolah selama masa transisi menuju new normal di masa pandemi virus corona Tahap pertama pembukaan sekolah akan berlangsung selama dua bulan yakni Juli dan Agus...
Jangan Salah Guna Ubat Dexamethasone Untuk Rawat Covid 19 Dr Noor Hisham

Jangan Salah Guna Ubat Dexamethasone Untuk Rawat Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 314 hits
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyalah guna atau mengambil ubat Dexamethasone tanpa preskipsi daripada doktor untuk merawat wabak COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana ubat berkenaan memp...
Inilah Orang Yang Buat Dr Noor Hisham Menangis Masa Sidang Media Tak Sangka Datuk Dr Rohaizat Bukan Calang Calang Orang

Inilah Orang Yang Buat Dr Noor Hisham Menangis Masa Sidang Media Tak Sangka Datuk Dr Rohaizat Bukan Calang Calang Orang

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 539 hits
BERDIRI bersama dengan saya adalah Datuk Dr Rohaizat Demikian kata kata pembukaan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setiap kali sidang media harian berkaitan kes Covid 19 diadakan Inilah orang yang buat Dr Noor Hisham m...
Pesakit Covid 19 Tidak Boleh Sebar Jangkitan Selepas Sembuh Kata Noor Hisham

Pesakit Covid 19 Tidak Boleh Sebar Jangkitan Selepas Sembuh Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 336 hits
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun pesakit dikesan positif Covid 19 namun mereka tidak bergejala tidak jatuh sakit atau menyebarkan penyakit itu kepada orang lain PUTRAJAYA Pemantauan yang dilakukan Kementerian Kesi...
Sedang Masa Relaksasi Pasien Covid 19 Di Samarinda Bertambah 8 Orang

Sedang Masa Relaksasi Pasien Covid 19 Di Samarinda Bertambah 8 Orang

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 253 hits
Ismed menerangkan 8 ABK itu tidak berdomisili di Samarinda dan tidak pernah turun dari kapal Karena diberlakukan karantina kapal oleh KKP Samarinda ABK yang lain sudah di tracing hasilnya negatif sebut Ismed
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration