Covid 19 Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Terakhir Noor Hisham


Malaysia kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas berhasil mengurangkan penularan kes baharu COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada ketika ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei lepas turut berjaya menurunkan nilai kebolehjangkitan atau R0 (R-naught) sehingga 0.3 berbanding 0.6 ketika pelaksanaan PKP.
“…jadi dalam kita melihat (kes COVID-19 di Malaysia) kita ada permodelan, kita lihat modelling yang kita gunakan. Waktu sebelum PKP, kita lihat kita punya kebolehjangkitan, R0 itu ialah 3.55, bermakna seseorang itu boleh menjangkiti 3.55 orang, dan apabila kita laksanakan PKP, kita dapat kurangkan R0 sehingga 0.6 dan sekarang ini (semasa PKPB) kita punya R0 0.3.
“Bererti seseorang yang dijangkiti hanya boleh menjangkiti 0.3 orang, jadi ia semakin berkurang dan untuk melihat kepada kes-kes yang akan datang, model ini sedang berjalan dengan baik. Sekarang ini, kita di peringkat pemulihan yang terakhir,” katanya ketika temu bual eksklusif bersama Bernama di sini.
R0 merujuk nilai kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh kes yang berlaku. Dalam kaedah permodelan dan ramalan untuk sesuatu wabak, menurunkan nilai R0 kurang daripada angka 1 secara berterusan akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau situasi semasa negara sepanjang PKPB yang dikuatkuasakan sehingga 9 Jun.
“Sekiranya kes baharu boleh dicapai dalam satu angka untuk tempoh melebihi seminggu berkemungkinan sektor ekonomi akan dibuka 100 peratus, selain sektor sosial dan pendidikan,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan itu turut berkongsi data sejak 4 Mei lepas hingga 29 Mei, hampir sebulan PKPB dikuatkuasakan, yang menunjukkan hanya kira-kira 200 kes melibatkan rakyat Malaysia daripada 1,800 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia.
“Ini bermakna PKPB itu berjaya, PKP pun berjaya melandaikan lengkungan. Rakyat patuh kepada SOP, Kejayaan ini bukan sebab tanggungjawab atau dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan kerajaan, tetapi kejayaan ini kejayaan bersama dengan rakyat sebab rakyat Malaysia patuh kepada SOP,” katanya optimis.
Dr Noor Hisham berkata selain berdepan kenaikan kes mendadak melibatkan pendatang asing tanpa izin di Depoh Tahanan Imigresen, KKM juga menjangkakan kes rentas negeri semasa perayaan Aidilfitri.
Namun, beliau berkata ia mungkin tidak akan tercetus pada kadar yang tinggi dan masih boleh dikawal sekiranya rakyat kekal patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
“…mungkin kita akan dapat peningkatan kes tapi tidak secara mendadak, jadi kalau rakyat patuh kepada SOP mungkin kita tak dapat gelombang ketiga, kita menunggu sekarang ini, raya dah lepas, mungkin dalam tempoh seminggu, dua minggu kita akan melihat kes (baharu) setiap hari. Kalau kes ini masih lagi rata iaitu dua angka dan juga satu angka, tempoh PKPB akan tamat pada 9 Jun. Kita akan lihat bagaimana keadaan kita nanti,” katanya.
Setakat semalam, tiada kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di Malaysia dalam tempoh tujuh hari berturut-turut sejak 23 Mei lepas dengan jumlah kumulatif kes kematian kekal pada 115 kes (1.49 peratus).
Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga semalam adalah 7,732 kes.
Sumber: BERNAMA


The post COVID-19 : Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Terakhir – Noor Hisham appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/covid-19-malaysia-dalam-fasa-pemulihan-terakhir-noor-hisham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Dalam Fasa Akhir Pemulihan Covid 19 Kata Kp Kesihatan

Malaysia Dalam Fasa Akhir Pemulihan Covid 19 Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 366 hits
Malaysia dalam fasa akhir pemulihan Covid 19 kata KP Kesihatan Dikemas kini 51 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 May 2020
Dr Noor Hisham Hopes A Tsunami Of New Covid 19 Cases Doesn T Happen In Malaysia

Dr Noor Hisham Hopes A Tsunami Of New Covid 19 Cases Doesn T Happen In Malaysia

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 367 hits
The country recorded its lowest daily numbers since the Movement Control Order began small Cover image via SAYS span span small Malaysia today recorded 15 new COVID 19 cases Today s tally of new numbers is the lowest since the Movement Cont...
Covid 19 Malaysia Berada Di Landasan Betul Dr Noor Hisham

Covid 19 Malaysia Berada Di Landasan Betul Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 333 hits
PUTRAJAYA 19 Mei Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha melihat angka kes positif baharu COVID 19 berada pada jumlah kurang dari 10 tidak lama lagi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya masih te...
Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Punca Kes Positif Covid 19 Makin Menurun Rupa Rupanya Ini Puncanya

Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Punca Kes Positif Covid 19 Makin Menurun Rupa Rupanya Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 582 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman twitter rasmi mereka telah berkongsikan maklumat mengenai pecahan kes baharu Covid 19 hari ini Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bongkarkan punca kes positif Covid 19 makin menurun Rupa rupanya ini ...
Lesu Hilang Deria Bau Dan Rasa Juga Adalah Gejala Covid 19 Dr Noor Hisham

Lesu Hilang Deria Bau Dan Rasa Juga Adalah Gejala Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 398 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa lesu hilang deria bau dan rasa juga adalah merupakan antara gejala Covid 19 Menurutnya gejala demam batuk selesema serta sesak nafas adalah antara gejala utama yang...
Dr Noor Hisham Malaysia In Final Recovery Phase

Dr Noor Hisham Malaysia In Final Recovery Phase

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 474 hits
PUTRAJAYA Malaysia is in the final phase of recovery following the implementation of the Movement Control Order since March 18 which has successfully reduced the number of new Covis 19 cases Health director general Datuk Dr Noor Hisham Abdu...
Noor Hisham Beri Pujian Katil Covid 19 Icu Dari 100 Lebih Tinggal 9 Pesakit Sahaja

Noor Hisham Beri Pujian Katil Covid 19 Icu Dari 100 Lebih Tinggal 9 Pesakit Sahaja

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 386 hits
Di atas kertas Kementerian Kesihatan Malaysia berjaya mengawal kenaikan kes kematian ekoran jangkitan Covid 19 Ia dikuatkan lagi dengan tiada kes kematian direkodkan selama lapan hari sejak 22 Mei lalu Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk...
Barisan Hadapan Covid 19 Luar Negara Sudah Putus Asa Rakyat Malaysia Tolong Ambil Ikhtibar

Barisan Hadapan Covid 19 Luar Negara Sudah Putus Asa Rakyat Malaysia Tolong Ambil Ikhtibar

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 405 hits
Foto FacebookMacam mana tidak putus asa apabila pengorbanan mereka seolah olah langsung tidak dihargai Luahan tersebut timbul apabila mereka melihat kebanyakan rakyat sudah mula melupakan penjarakan sosial dan bersikap tidak serius dalam me...
Mercy Malaysia Urges Undocumented Workers To Get Free Covid 19 Test

Mercy Malaysia Urges Undocumented Workers To Get Free Covid 19 Test

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 346 hits
Volunteer relief organisation Mercy Malaysia is urging undocumented workers in the country to get tested for Covid 19 They have been conducting free testing for marginalised groups such as refugees since May Its president Dr Ahmad Faizal Mo...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahaya Sakit Telinga Boleh Jadi Lebih Teruk Dari Demam

Sharp Malaysia Gabung Estetika Dan Inovasi Jepun Untuk Gaya Hidup Unggul

Kafe 28 Studio Kl Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi

Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul