Walau Atas Nama Senaman Berzumba Tempat Terbuka Dan Seumpamanya Tetap Haram



Ustaz Farid Rashidi berikan penjelasan detail, kenapa berzumba mahupun lakukan senaman lain-lain tarian untuk kaum hawa di pentas terbuka itu hukumnya haram

Sebelum membuat andaian yang lain, hadamkan dahulu apa yang ustaz terangkan ini sebaik-baiknya. Berzumba atau lakukan aktiviti senaman lain tetap boleh dilakukan, tapi ada syarat yang perlu dipatuhi ya mak-mak

Tak Segan Silu Menari Zumba, Kononnya Atas Nama ‘Senaman’
Geleng kepala dan sedih tengok trend sekarang kaum hawa tak lagi segan silu menari zumba, panama, senamrobik di khalayak ramai. Kononnya atas nama ‘senaman’

Padahal perempuan kalau pakai ketat, berjalan pula di Mall atau tempat awam sudah cukup mengundang mata lelaki memandang. Inikan pula menari bersenam macam itu

Tak kiralah tua atau muda, semua pandang semacam. Tajam! Tak berkelip aih. Lelaki yang memandang itu sememangnya dah berdosa


Apalagi kalau menari zumba, senam atau apa jua tarian di tempat awam yang bercampur lelaki perempuan. Pakai pula pakaian ketat menggoda. Aduhai, lagilah menarik perhatian lelaki

Sebab itu Rasulullah SAW berpesan, sabda Baginda SAW:
ما تَركتُ بَعدي فِتنَةً أضرَّ على الرجالِ منَ النساءِ
“Tidaklah ada sepeninggalku fitnah (cubaan) yang paling berbahaya bagi lelaki selain fitnah (cubaan) terhadap wanita” [Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 5096, Muslim no. 2740)

“Apa hukum berzumba?” Tanya seseorang tempohari. Baik, mari kita baca pandangan para ulama’ tentang hukumnya ya

Joget atau menari dalam istilah Fiqh disebut ar-Raqshu. Kamus Mu’jam al-Wasith menyebutkan:
تنقَّل وحرك جسمه على إِيقاع موسيقى أو على الغناء
“(ar-Raqshu) adalah seseorang berpindah-pindah posisi dan menggerak-gerakkan badannya sesuai irama muzik atau nyanyian.”
Para ulama dalam al-Lajnah ad-Daimah Lil Buhus Wal Ifta’ menyebutkan:
والبعد عن أسباب الفتنة، ومن أعظمها رقصها أمام الرجال الأجانب، فهو محرم لا يجوز،
Dan wajib juga bagi mereka untuk menjauhi sebab-sebab fitnah (godaan). Dan di antara godaan yang paling besar adalah joget/menarinya mereka di depan lelaki yang bukan mahram. Ini hukumnya haram, tidak diperbolehkan. [Rujuk Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, jilid 3 no. 16638‏]
Begitu juga Fatwa Mufti Negeri Sabah menyebutkan bahawa HARAM seseorang wanita menari di khalayak awam

Kenapa Berzumba Dan Seumpamanya Jadi Haram
Antara sebab menjadi haram adalah:
Mendatangkan fitnah.Kerana di tempat terbuka dapat dilihat lelaki.Percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram.Berpakaian menjolok mata dan mendedahkan aurat.Adanya elemen erotik menaikkan syahwat dalam tarian dan persembahan muzik yang keterlaluan.

Ia termasuklah mereka yang bersenamrobik dan berzumba, lalu dirakam atau disebarkan secara live pun tak boleh

Tapi kalau perempuan nak bersenam sesama perempuan di tempat tertutup, terhindar daripada pandangan mata lelaki dan percampuran lelaki tak ada masalah. Boleh

Atau nak menari atau bersenam depan SUAMI SAHAJA di tempat tertutup pun boleh. Menarilah sampai ke subuh pun. Berpahala Insya-Allah

Ok, jemputlah share dan sebarkan artikel ini seluas saujana mata memandang. Moga tukang share beroleh pahala kebaikan dan lebih ramai mendapat manfaatnya ya


Sumber: Farid Rashidi via Mingguan Wanita

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2019/11/walau-atas-nama-senaman-berzumba-tempat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Map Kini Boleh Menyebut Nama Tempat Dalam Pelbagai Bahasa Bagi Memudahkan Navigasi Di Luar Negara

Google Map Kini Boleh Menyebut Nama Tempat Dalam Pelbagai Bahasa Bagi Memudahkan Navigasi Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 351 hits
Dua tahun yang lalu kami ke Jepun atas jemputan Google bagi menguji kemampuan Maps Translate dan di negara tersebut Jepun dipilih kerana Tokyo akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020 dan penggunaan aplikasi akan memudahkan pelawat yang t...
Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri

Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 547 hits
Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri Hai korang Pernah tak baca dalam page di facebook di mana saudara terpaksa tanggung hutang yang di buat oleh adik beradik atas nama sendiri Pernahkan Hal in...
Vape Haram Tetap Haram Tetapi Hukum Berbeza Atas Individu Pu Hafiz

Vape Haram Tetap Haram Tetapi Hukum Berbeza Atas Individu Pu Hafiz

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 505 hits
SEMASA Pencetus Ummah PU Hafiz menegaskan amalan vape tetap dianggap sebagai haram disebabkan mudarat mudarat yang terdapat di dalamnya PU Hafiz juga menjelaskan antara perkara yang negatif terbentuk akibat vape ialah terdapat wanita wanita...
Lens Library Tempat Sewa Kamera Murah Di Kuala Lumpur

Lens Library Tempat Sewa Kamera Murah Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 426 hits
Untuk orang biasa seperti saya tak mampu nak beli kamera yang mahal kamera yang berharga puluhan ribu Tetapi dalam masa yang sama passion saya adalah untuk mengambil gambar yang terbaik Sebab itu untuk Jurugambar dan mereka yang terlibat da...
Gempa Berpotensi Tsunami Di Malut Sulut Warga Bitung Mengungsi Ke Tempat Tinggi

Gempa Berpotensi Tsunami Di Malut Sulut Warga Bitung Mengungsi Ke Tempat Tinggi

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 179 hits
Kondisi ketinggian air beberapa saat terjadi gempa masih normal dan belum ada kenaikan muka laut
Sedih Sangat Sebab Terbayang Kalau Ayah Kita Kat Tempat Pakcik Tu

Sedih Sangat Sebab Terbayang Kalau Ayah Kita Kat Tempat Pakcik Tu

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 406 hits
Hati mana yang tidak tersentuh tatkala melihat seorang lelaki berusia masih mengerah tenaga untuk mencari rezeki halal demi sesuap nasi Disaat kita alpa dengan kemewahan yang ada masih ada insan yang sedang berjuang untuk mencari rezeki di ...
Selangor Patut Lebih Tegas Larang Minum Arak Tempat Awam

Selangor Patut Lebih Tegas Larang Minum Arak Tempat Awam

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 349 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Banyak kerosakan jenayah berlaku disebabkan minum minuman keras BANGI Kerajaan negeri Selangor sepatutnya bertegas dalam menangani isu meminum arak di tempat awam yang bukan sahaja mengganggu ketenteraman tet...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation