Waktu Sesuai Untuk Ajar Anak Tentang Pendidikan Seksualiti


AssalamualaikumBismillah
Ramai ibu bapa yang segan atau selalu mengelak daripada menjawab soalan yang berkaitan dengan pendidikan seksualiti kepada anak-anak. Sifat kanak-kanak yang ingin tahu membuatkan ibu bapa berasa kurang selesa untuk bercerita tentang seksualiti kerana merasakan bahawa pendidikan seksualiti ini belum sesuai untuk diajar pada awal usia kanak-kanak. Jadi bilakah waktu yang sesuai untuk ibu bapa cerita kepada anak-anak tentang pendidikan seksualiti? 


Di bawah aku telah senaraikan Waktu Sesuai Untuk Ajar Anak Tentang Pendidikan Seksualiti : 
1. Masa mandikan anak ketika masih bayi. Ajar mereka ini namanya faraj/ vagina atau ini zakar/ penis. Walaupun mereka masih belum faham, nanti apabila anak-anak dah besar mereka akan mudah memahami dan tahu bahagian sulit

2. Apabila anak dah besar, semasa mandikan mereka ibu bapa kena fahamkan anak-anak bahawa mereka kena uruskan diri sendiri. Ibu bapa dah tak boleh nak basuh berak anak dah, sabun kena pakai sendiri, nak mandi atau ke tandas kena tutp pintu, pakai tuala selepas mandi. Ibu bapa kena tanamkan sifat malu pada anak. 
3. Waktu pakaikan pampers pun waktu terbaik untuk beri pemahaman tentang pendidikan seksualiti anak. Ulang sahaja point pertama dan kedua di atas

4. Dari kecil kita dah ajar anak mana mata, telinga, mulut dan kaki semua kan. Masa inilah kita ajarkan mereka juga apa private part atau anggota badan yang tidak boleh disentuh, dipegang, atau diraba oleh sesiapapun termasuklah ayah. Terutama sekali anak perempuan, mereka kena tahu bahawa mulut, dada, punggung, kemaluan dan paha adalah bahagian anggota badan yang tidak boleh disentuh. 
5. Ketika ibu bapa mengajar anak-anak melukis atau mewarna. Ibu bapa boleh ajar anak dengan melukis tubuh badan manusia dan minta anak untuk bulatkan bahagian anggota badan yang digelar sebagai private part. 
6. Saat ambil anak dari tadika, taska, rumah pengasuh. Selalu tanya ada tak sesiapa yang cuba sentuh private part mereka, pegang badan sampai mereka tak selesa. Ada atau tiada, ajar anak berkali-kali untuk jerit kuat-kuat, lari dari pelaku dan beritahu kita atau sesiapa yang dipercayai di lokasi kes berkenaan berlaku

7. Apabila anak balik sekolah dan bertanya istilah berkenaan seksualiti seperti apa itu rogol, cabul, liwat, gay, lesbian dan lain-lain. Jawablah ikut kemampuan dan kefahaman kita

8. Sekiranya anak kita menyebut perkataan yang tidak pernah kita ajar di rumah misalnya F**k, mencarut, melucah dan lain-lain. Wajib ibu bapa untuk menegur, menasihati dan menerangkan kepada anak-anak kepada perkataan tersebut adalah TIDAK BAIK (Bad Word). Mungkin mereka terdengar kawan-kawan menyebut perkataan tersebut. Jadi, jangan terus marah anak. 
9. Semasa Tahun 5 biasanya anak-anak akan diajar tentang mandi wajib, keluar air mani sengaja atau tidak sengaja, darah haid, berjimak dan lain-lain. Ibu bapa hendaklah menambah info yang tepat untuk anak faham apa yang dipelajari. Misalnya sekiranya anak perempuan telah datang haid, apa yang perlu dilakukan? Macam mana nak pakai pad? Kalau datang haid di sekolah siapa yang patut dirujuk

10. Sebelum anak-anak melalui fasa akil baligh, ibu bapa kena ceritakan kepada mereka proses yang berlaku sekiranya kanak-kanak lelaki dan perempuan melalui fasa itu. 
11. Antara umur 9 - 13 tahun, anak-anak akan mula mengalami perubahan suara, tubuh badan, payudara, tumbuh bulu, badan berjerawat dan lain-lain. Waktu inilah yang terbaik untuk cerita soal aurat, amanah, tanggungjawab serta dosa dan pahala. 
12. Ketika anak leka dengan handphone juga ibu bapa boleh mendidik anak dengan menyatakan kepada mereka sekiranya tertekan video yang tidak elok, tak pakai baju atau kissing terus beritahu ibu bapa. Oleh itu sangat penting untuk memantau dan letakkan syarat tertentu apabila memegang gadget. 
13. Ketika anak dah habis UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Jangan hanya pesan belajar rajin-rajin, tapi sebutlah di asrama jaga diri baik-baik, jangan bagi sesiapa sentuh private part, tak kisahlah orang itu cikgu, senior atau lain-lain individu. Jika ada buli bersifat seksual, bagi tahu cikgu terus. Kalau pelakunya cikgu sendiri, segera maklumkan mak ayah. Beri kepercayaan pada mereka. Mereka perlukan trust dari parents. (Ia juga terpakai jika anak ke sekolah agama berasrama, tahfiz dan lain-lain)
14. Lupa, bab pornografi. Banyak saat kita boleh selitkan keburukan dan kejahatan video lucah. Samada kaitkan apabila bercerita tentang handphone, bila anak bertanya pasal seks atau ketika ada isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia. Sebagai contoh, kes budak 12 tahun yang rogol anak asuhan ibunya berusia 4 tahun itu. Ajar anak agar tahu pelihara diri, kemaluan, nafsu, malu, jangan rosakkan diri, jangan rosakkan anak orang lain dan kesan pornografi kepada tingkahlaku, fikiran, emosi dan masa depan.
Aku berharap entri ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan tentang betapa pentingnya pendidikan seksualiti kepada anak-anak. Info ini hanya sekadar idea untuk ibu bapa. Selebihnya adalah tindakan daripada ibu bapa sendiri. 
Biar anak kita faham bahawa seks itu adalah cara hidupan mengekalkan spesis. BUKAN, 1. Seks di luar perkahwinan2. Seks sejenis3. Seks berorientasikan pornografi4. Seks itu hanya untuk seronok-seronok5. Dijadikan bahan gurauan dan lawak6. Dan lain-lain
Pendidikan Seksualiti ini proses pembelajaran sepanjang hayat. Bermula dari kanak-kanak sampailah ke usia tua. Janganlah kita sempitkan pemikiran bahawa pendidikan seksualiti ini adalah mahu mengajar anak untuk melakukan seks. Diharap agar entri ini dapat mengubah mentaliti masyarakat tentang apa itu sebenarnya pendidikan seksualiti. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ciknurul23.blogspot.com/2019/11/waktu-sesuai-untuk-ajar-anak-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Istilah Accident Kena Pandai Rancang Bila Waktu Sesuai Nak Tambah Anak

Tak Ada Istilah Accident Kena Pandai Rancang Bila Waktu Sesuai Nak Tambah Anak

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 409 hits
Baru sahaja melahirkan anak tidak lama selepas itu ke klinik atau hospital semula untuk buat pemeriksaan Pemeriksaan kehamilan pula tu Ada beberapa sebab mengapa pakar perubatan kesihatan wanita menyarankan agar ibu yang baharu melahirkan a...
Waktu Bikin Anak Bilang Enak Setelah Lahir Nyalahin Istri Melulu

Waktu Bikin Anak Bilang Enak Setelah Lahir Nyalahin Istri Melulu

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 240 hits
Kisah ibu muda membunuh anak kandungnya sendiri yang masih balita bahkan batita seolah tidak berhenti Setelah pembunuhan anak 2 5 tahun di Deli Serdang dan bayi 3 bulan di Garut pada 2017 ada pula peristiwa di Mataram ketika seorang ibu men...
Saya Ingat Anak Dah Tiada Ibu Terkejut Dakwa Anak Tercekik Mainan Kecil Waktu Tidur

Saya Ingat Anak Dah Tiada Ibu Terkejut Dakwa Anak Tercekik Mainan Kecil Waktu Tidur

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 313 hits
Seorang ibu yang sedang meletakkan anak kecilnya tidur terkejut mendengar bunyi seakan akan sedang berkumur yang pelik Dia merasakan ada yang tidak kena dengan anaknya itu Dia terus melihat ke dalam mulut anaknya dan ternampak satu mainan k...
Kalau Nak Gigi Anak Cantik Bukan Hanya Jaga Makan Tapi Jaga Juga Waktu Tidurnya

Kalau Nak Gigi Anak Cantik Bukan Hanya Jaga Makan Tapi Jaga Juga Waktu Tidurnya

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 392 hits
Ramai ibu bapa yang inginkan gigi anak mereka cantik sihat dan bersih Namun tak ramai yang mementingkan pemakanan yang betul cara penjagaan yang sebenar dan juga kualiti tidur yang baik buat anak mereka Tidak ada cara yang singkat untuk mem...
Legoland Malaysia Resort Lancar Program Pendidikan Sea Life Untuk Anak

Legoland Malaysia Resort Lancar Program Pendidikan Sea Life Untuk Anak

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 505 hits
Sebagai tawaran terbaru kepada LEGOLAND Malaysia Resort SEA LIFE Malaysia menjanjikan pengalaman menarik dan jarak dekat kehidupan laut dan habitatnya Akuarium bertema LEGO interaktif pertama ini dibuka May lalu mempunyai 25 akuarium pamera...
Waktu Tidur Pada Siang Hari Tak Sama Setiap Anak Rujuk Jadual Ini

Waktu Tidur Pada Siang Hari Tak Sama Setiap Anak Rujuk Jadual Ini

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 470 hits
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak Kanak kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan Begitu juga dengan tidur siang ia ...
Bertatih Dia Menyebut Anak Tenat Bapa Ini Tidak Henti2 Ajar Sebut Nama Allah

Bertatih Dia Menyebut Anak Tenat Bapa Ini Tidak Henti2 Ajar Sebut Nama Allah

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 293 hits
Sedang kita disini diulit dengan keamanan tetapi di negara bergolak hidup mereka berselang tangisan dan tumpah darah insan insan yang tidak berdosa Baru baru ini satu rakaman daripada seorang sukarelawan dari Aceh M Rizki Fauzi telah memuat...
Bertatih Sebut Allah Allah Ayah Tak Henti Henti Ajar Anak Tenat Dalam Pangkuan Sebut Nama Allah

Bertatih Sebut Allah Allah Ayah Tak Henti Henti Ajar Anak Tenat Dalam Pangkuan Sebut Nama Allah

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 297 hits
Tular satu video rakaman dipercayai memaparkan seorang ayah sedang memangku anaknya yang sakit ketika dalam perjalanan untuk ke hospital Video tersebut didakwa berlaku di Idlib Syria Video yang tersebar luas di akaun Instagram itu telah men...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments