Wakil Rakyat Teratai Aktif Tangani Lambakan Pendatang Asing


Lambakan warga asing antara isu utama yang dibangkitkan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai khususnya di Kampung Tasek Permai, Kampung Tasek Tambahan dan Pandan Mewah.
Justeru, Ahli Dewan Negeri (ADN) Teratai Bryan Lai Wai Choong berazam memastikan masalah itu diselesaikan sebaik mungkin bagi mengelak persaingan ekonomi tidak sihat.
“Ini terjadi ekoran kedudukan DUN Teratai adalah kawasan tumpuan perniagaan. Timbul pelbagai isu yang wujud dari kelompok pendatang asing yang akhirnya memberi saingan ekonomi.
“Yang ada dokumen tidak menjadi masalah, namun majoriti mereka tidak ada dokumen langsung,” katanya kepada SelangorKini.
Bryan Lai Wai Choong ketika menghadiri program Kayuhan Hari Malaysia Penggerak Belia Tempatan di DUN Teratai pada 12 September 2020. Foto Facebook Bryan LaiWakil rakyat sejak Mei 2018 berusia 46 tahun berkata pelbagai penguatkuasaan dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan termasuk sitaan bagi mengurangkan masalah itu.
Bekas ahli Majlis Perbandaran Kajang juga memberi tumpuan untuk menjadikan Teratai sebagai bandar yang bersih dan selesa untuk didiami.
“Itu janji yang saya tekankan ketika berkempen pada 2018 kepada penduduk termasuk mewujudkan kawasan atau tempat tinggal yang bersih.
“Semuanya telah saya laksanakan melalui kerjasama yang erat dengan KDEB Waste Management dan pasukan Teratai. Setakat ini, seluruh Teratai bersih kerana sistem pengutipan sampah berjalan dengan baik,” katanya.
Selain itu, beliau juga berharap dalam lima tahun akan datang, Teratai menjadi lokasi pelancongan dan rekreasi utama melalui inisiatif yang dirancang serta digerakkan di Bukit Saga dan Bukit Apek.
Atasi kesesakan, banjir
Bryan juga mengatasi masalah kesesakan melampau di Jalan Bunga Mawar melalui pelaksanaan jalan sehala dan menangani isu banjir kilat di Taman Muda, Tasek Permai, Taman Bukit Teratai dan Kampung Tasik Permai.
Beliau mengakui penubuhan pasukan Teratai dari pelbagai kaum dan latar belakang banyak membantu menambah baik hal ehwal pengurusan rakyat.
Bryan Lai Wai Choong (berdiri, tiga dari kanan) meninjau kerja pembukaan lubang longkang bagi mengelakan banjir kilat di Taman Putra pada 12 September 2020. Facebook Bryan Lai“Dengan kewujudan pasukan itu, lebih 80 peratus aduan orang ramai dalam tempoh dua tahun dapat diselesaikan,” kata setiausaha DAP Selangor.
Beliau juga yakin Selangor dengan kepimpinan prorakyat amalan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari yang disifatkannya sebagai pemimpin rajin dan berkesan.
Pada pilihan raya umum 2018, Bryan menang dengan majoriti 29,425 undi dalam pertandingan empat penjuru mengalahkan calon PAS, Barisan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia. Jumlah itu meningkat berbanding 2013 yang hanya memperoleh majoriti 13,646 undi.
Antara bantuan lain:
– Mewujudkan klinik bantuan guaman dan undang-undang di Teratai
– Menurap jalan di Pangsapuri Intan, Taman Bukit Permai
– Menyumbang bantuan barangan asas kepada pelajar Orang Asli
– Menyediakan pusat khidmat setempat di AEON Big Lembah Jaya bagi menangani isu bekalan air

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/11/wakil-rakyat-teratai-aktif-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet Rakyat Vs Bajet Wakil Rakyat

Bajet Rakyat Vs Bajet Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 369 hits
Bukan main tersenyum pemimpin pembangkang apabila mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul Menteri Kewangan Tentu ada yang melucukan hati dan tentunya mereka semua teruja untuk menikmati bajet yang bakal di bentang petang nanti Di harap ra...
Wakil Rakyat Kita Macam Pegawai Kebajikan Adun Exco Kelantan Bakal Nikmati Kenaikan Gaji Rm3 000 Rm5 000

Wakil Rakyat Kita Macam Pegawai Kebajikan Adun Exco Kelantan Bakal Nikmati Kenaikan Gaji Rm3 000 Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 648 hits
Wakil Rakyat kita macam pegawai kebajikan ADUN EXCO Kelantan bakal nikmati kenaikan gaji RM3 000 RM5 000Ahli Dewan Undangan Negeri dan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan dilaporkan bakal menikmati kenaikan gaji pokok ant...
Nik Amar Kata Gaji Wakil Rakyat Kelantan Akan Naik Hingga Rm5 000

Nik Amar Kata Gaji Wakil Rakyat Kelantan Akan Naik Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 418 hits
Anggota dewan undangan negeri dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3 000 hingga RM5 000 seorang Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah kenaikan itu diperlukan bagi mengur...
Kadir Cabar Potong Elaun Wakil Rakyat Kerana Sidang Parlimen Dipendekkan

Kadir Cabar Potong Elaun Wakil Rakyat Kerana Sidang Parlimen Dipendekkan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 218 hits
November 5 2020 Kadir Jasin berkata keadaan Covid 19 bukan alasan untuk mengorbankan keberkesanan dan kewibawaan Parlimen kerana kadar jangkitan berbanding jumlah penduduk di negara ini antara terendah PETALING JAYA Wartawan veteran A Kadir...
Kenaikan Gaji Wakil Rakyat Backdated Apa Masalah Timbalan Menteri Besar

Kenaikan Gaji Wakil Rakyat Backdated Apa Masalah Timbalan Menteri Besar

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 357 hits
Penentuan penguatkuasaan kenaikan gaji baru barisan wakil rakyat dan exco kerajaan Kelantan akan diputuskan oleh menteri besar Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah berkata kenaikan itu akan bermula apabila warta pindaan rang u...
Wakil Rakyat Dap Santuni Golongan Memerlukan

Wakil Rakyat Dap Santuni Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 271 hits
Pada 6 November 2020oleh PENTADBIRWakil wakil rakyat DAP terus menyantuni masyarakat setempat dengan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook antaranya bersama seluruh kepimpinan DAP N...
Kelantan Negeri Termiskin Di Malaysia Naikkan Gaji Wakil Rakyat Hingga Rm5 000

Kelantan Negeri Termiskin Di Malaysia Naikkan Gaji Wakil Rakyat Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 562 hits
Gaji pokok Ahli Dewan Undangan Negeri dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal dinaikkan antara RM3 000 hingga RM5 000 seorang Keputusan itu berlaku ketika Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas...
Wakil Rakyat Sokong Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita

Wakil Rakyat Sokong Kempen Henti Keganasan Terhadap Wanita

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 352 hits
SHAH ALAM 9 NOV Wakil rakyat di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini mengangkat plakad Hentikan Keganasan Hormat Wanita sebagai simbolik sokongan Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita 2020 Turut serta ialah Dato Menteri Besar Dato Seri...
Wakil Rakyat Dap Sedia Disiasat

Wakil Rakyat Dap Sedia Disiasat

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 337 hits
November 9 2020 Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman bersedia untuk disiasat pihak berkuasa sekiranya melanggar sebarang prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Pemimpin Wanita DAP yang dikenali seb...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point