Wakil Rakyat Sekadar Wakil Atau Pembina Masyarakat


Semua orang tahu, untuk menjadi wakil rakyat tidak kira di peringkat Negeri atau Persekutuan memerlukan kemenangan majoriti walaupun satu undi dalam Pilihan Raya.
Untuk mendapat undi, ia perlu di”pangkah” oleh pengundi. Pengundi pula siapa? Ia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, umur, golongan pekerjaan, parti politik atau pelbagai ideologi.
Bukan sebegitu mudah untuk mendapat sokongan semua pihak. Tidak pernah dalam sejarah seorang calon itu mendapat 100% undi daripada jumlah pengundi berdaftar, agak mustahil. Kerana itulah konsep majoriti digunapakai untuk menentukan pemenang sekaligus terpilih sebagai Wakil Rakyat bagi suatu kawasan.

Untuk menang memerlukan strategi. Strategi pula ada pelbagai cara tidak kiralah cara bersih atau cara kotor, kita ketepikan soal itu. Kebiasaannya, calon yang menang disukai pengundi dengan kerjanya yang mesra, turun padang, hamble, mudah kita mudah cara. Tetapi ada juga Wakil Rakyat yang jarang sekali nampak batang hidung di kawasan, tetapi sentiasa menang setiap kali diadakan Pilihan Raya, mengapa? Itulah yang dikatakan strategi.
Pemimpin jenis ini lebih kepada pendekatan ideologi. Terkenal dengan membawa isu-isu tertentu dan dianggap sebagai hero oleh pengundi mereka. Mereka ini tidak perlu turun memberikan khidmat menziarahi pengundi yang sakit, rumah terbakar, menyalurkan bantuan kepada pengundi terlibat dengan banjir, itu tidak perlu. Mereka hanya perlu kekal popular di media dan membawa isu-isu politik. Golongan seperti ini sesuai bertanding di kawasan-kawasan bandar dan disebabkan itulah calon pembangkang lebih mudah menang di situ berbanding calon kerajaan. Pembangkang hanya perlu hentam, ceramah memburukkan kerajaan tanpa perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengundinya. Senang cerita, kesusahan rakyat di bandar adalah modal politik pembangkang untuk terus meraih sokongan.
Salah satu kelemahan sistem pemilihan melalui undi adalah ; calon atau parti perlu tunduk dengan kemahuan pengundi walaupun kehendak itu bertentangan dengan terma agama. Sebab itu dapat kita lihat ada ahli politik yang sanggup menggadaikan maruah diri dengan berjuang untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bagi mendapat sokongan undi.
Seperti yang saya utarakan tadi, pengundi terdiri daripada pelbagai latar belakang. Sekiranya, sesuatu kawasan itu dihuni oleh majoriti pengamal LGBT sebagai contoh, maka pemimpin yang bakal dipilih pastinya pemimpin yang “sebulu” dengan mereka. Bayangkan jika golongan ini berleluasa di seluruh negara, bagaimana dengan pemimpin-pemimpin yang bakal dipilih nanti?
Kita lihat pula dengan isu anti-Islam yang berlaku dalam politik Malaysia. Semua parti politik Bukan Melayu/Islam tidak kira dari BN atau pembangkang, masing-masing bersatu menyatakan penolakan berkenaan hukum Hudud atau seumpamanya. Mereka bersepakat mengatakan bahawa membawa perbahasan Hukum Hudud di parlimen bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
Sebenarnya, mudah sahaja kita menerangkan hal ini kepada mereka. Hukum Islam atau Syariah ini tiada kena mengena pun dengan orang Bukan Islam dan tujuan dibahaskan di Parlimen adalah kerana Islam sebagai Agama Persekutuan, maka selayaknya dibahaskan di Dewan Rakyat. Maka, mereka tidak perlu gelabah dan masuk campur dalam urusan umat Islam di Malaysia.
Dari sisi lain, bagi kita yang mahu berfikir. Sikap MCA, GERAKAN & MIC yang menolak Hudud adalah satu tindakan “terpaksa” untuk menarik semula sokongan pengundi Bukan Melayu terhadap mereka. Umum tahu, berapalah sangat parti ini menyumbang kerusi bagi BN di parlimen bagi penggal ke 13, maka inilah masanya mereka mahu tunjukkan kepada kaum mereka bahawa mereka adalah hero mewakili kaum mereka untuk meraih semula sokongan yang telah hilang.
Lihat juga DAP, parti yang paling dominan dalam barisan pembangkang Malaysia. Walaupun dikatakan parti DAP adalah parti berbilang kaum, hakikatnya parti ini membawa perjuangan kaum Cina (Bukan Islam) dan terus menggunakan perdekatan Anti-Islam untuk kekal relevan. Umum juga tahu, strategi anti-Islam dan anti-Melayu yang ditunjukan pemimpin DAP berjaya meraih sokongan pengundi terutamanya Bukan Melayu untuk menyokong mereka.
Itulah sebabnya, mengapa parti-parti Bukan Melayu senada dalam isu berkaitan Islam. Hanya kerana memenuhi kehendak pengundi Bukan Islam berkenaan Islam dan Melayu.
Persoalannya, adakah parti-parti ini mendidik kaumnya untuk menyemai kebencian dan ketakutan terhadap Islam, atau orang Bukan Islam di Malaysia sememangnya anti dengan Islam? Siapa ikut kehendak siapa, masih tiada jawapan konkrit. Sewajarnya, parti-parti politik ini menyemai suasana harmoni antara kaum dan agama di Malaysia, bukannya menyemarak kemarahan rakyat. Tapi begitulah, siapa yang lebih anti-Islam, akan mendapat sokongan politik.
Disebabkan hal ini, hati saya terpanggil untuk menginsafi peranan Nabi dan Rasul yang diutuskan Tuhan kepada umat sejagat. Nabi adalah pemimpin. Lantikan itu datangnya daripada Allah SWT bukannya dari pilihan manusia. Tujuan diutuskan Rasul dan Nabi adalah untuk mengajak manusia mentauhidkan Allah.
Dalam sejarah, terlalu banyak kisah para Nabi yang ditentang oleh umat atau rakyatnya yang kufur. Ingat semula kisah kaum Luth yang mengamalkan seks songsang. Insafi kisah Nabi Zakaria yang digergaji kepala. Kisah Nabi Ibrahim yang dibakar hidup-hidup kerana menghancurkan berhala. Apatah lagi kisah Nabi Akhir Zaman, Nabi Muhammad SAW yang mempunyai sejarah agung dibenci kaum musyrikin dalam dakwahnya.
Jika mahu difikir logik akal dan mengikut sifir politik demokrasi, mudah sahaja seseorang individu untuk dipilih menjadi pemimpin. Kamu sokong LGBT untuk dapatkan undi mereka. Kamu sokong ektremis maka mereka akan mengikut kamu. Sebagai contoh di kehidupan Arab Jahiliah, pemimpin mereka adalah penyokong kepada penipuan perniagaan, membunuh anak perempuan, pemabuk, penjudi di kalangan rakyat. Fikirkan, jika Nabi mahu mendapat sokongan masyarakat Arab Jahiliah, mudah dengan membenarkan (hal maksiat) segalanya.  Hal ini disebut sebagai ; “Matlamat (dapat sokongan) Menghalalkan Cara”. Tetapi itu bukan tujuan Nabi diutuskan melainkan membawa rahmat ke sekalian alam. Persoalannya, di manakah prinsip-prinsip berlandaskan agama dan adat terpuji setempat yang sepatutnya diperjuangkan oleh pemimpin hari ini?
Ketahuilah bahawa di dalam dunia yang tidak adil ini memerlukan kecekalan dan pengorbanan. Mungkin pengorbanan itu berbentuk penolakan pengundi dan kurang popular disebabkan perkara terpuji yang dibawa oleh seorang pemimpin.
Saya perhatikan hari ini, ahli politik yang kuat memfitnah, celopar, semai kebencian, suka berdemonstrasi, memburukkan negara sendiri pada pihak luar, menghilangkan rasa bersyukur di kalangan rakyat, pemimpin itulah yang diangkat rakyat terutamanya pembangkang.
Adakah wakil rakyat perlu mengikut kehendak rakyat? Atau rakyat terikut hasutan Wakil Rakyat? Adakah Wakil Rakyat adalah pemimpin atau burung kakak tua?
Apa yang kita mahu sebenarnya? Fikirkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jamalrafaie.com/2016/06/wakil-rakyat-sekadar-wakil-atau-pembina-masyarakat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin 10 Bekas Wakil Rakyat Ph Sah Sertai Ppbm Kata Pm

Azmin 10 Bekas Wakil Rakyat Ph Sah Sertai Ppbm Kata Pm

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 381 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 10 wakil rakyat lain secara rasmi menyertai PPBM Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA 11 Mac Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara rasm...
Dap Perak Nafi Tuduhan Dua Bekas Wakil Rakyat

Dap Perak Nafi Tuduhan Dua Bekas Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 269 hits
DAP Perak menafikan tuduhan dibuat dua bekas wakil rakyat parti itu berhubung wujudnya usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku menteri besar Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh berkata pendedahan itu disifatkan sekadar ti...
Masyarakat Jangan Sembarangan Minum Obat Untuk Cegah Atau Sembuhkan Corona

Masyarakat Jangan Sembarangan Minum Obat Untuk Cegah Atau Sembuhkan Corona

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 185 hits
Menurutnya pemerintah telah mendistribusikan ke daerah daerah berupa Alat Pelindung Diri distribusi alat skrining tes distribusi masker dan distribusi obat obatan
Dns Wakil Rakyat Kena Fokus Jaga Kebajikan Rakyat

Dns Wakil Rakyat Kena Fokus Jaga Kebajikan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 175 hits
SHAH ALAM 15 MAC Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kali Ke 14 Tahun 2020 mulai esok diharap lancar dan wakil rakyat terus fokus jaga kebajikan rakyat kata Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin berkata walaupun te...
Wakil Wali Kota Bandung Sembuh Dari Corona Ini Pesan Untuk Masyarakat Dan Tim Medis

Wakil Wali Kota Bandung Sembuh Dari Corona Ini Pesan Untuk Masyarakat Dan Tim Medis

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 202 hits
Setelah beberapa hari lalu dinyatakan positif Corona Wakil Wali Kota Bandung Yana Mulyana sudah dinyatakan sembuh oleh tim medis rumah sakit yang merawat dirinya
Cara Bayar Bill Umobile Secara Online Guna Maybank2u Atau Jompay

Cara Bayar Bill Umobile Secara Online Guna Maybank2u Atau Jompay

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 3321 hits
Hi Assalamualaikum Okay sejak sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni Ain rasa rajin pula nak update blog Okay hari ni Ain nak share cara cara nak bayar bill secara online Yang ni version mobile buat kat handphone Nak buat guna website pon bol...
Diva Aa Aka Azwan Ali Hina Petugas Hospital Didenda Rm17 000 Atau Penjara Enam Bulan

Diva Aa Aka Azwan Ali Hina Petugas Hospital Didenda Rm17 000 Atau Penjara Enam Bulan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 510 hits
Siapa tidak kenal dengan selebriti mulut celupar Azwan Ali yang seringkali memuat naik video di laman sosial memaki hamun kepada sesiapa sahaja yang dia tidak puas hati BACA Terbaharu Azwan Ali ataupun lebih dikenali sebagai Diva AA didenda...
Pair Teaching Atau Co Teaching Jenis Model Dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru

Pair Teaching Atau Co Teaching Jenis Model Dan Benarkah Dapat Tingkatkan Kualiti Guru

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 344 hits
Amalan bekerjasama dalam kelas sesama guru adalah merupakan satu amalan PLC yang sangat baik dalam meningkatkan profesionalisme guru Melalui pengalaman saya juga dalam melaksanakan pair teaching atau co teaching ternyata kaedah ini dapat me...
Apakah Ini Muslihat China Atau Hanya 1 Kebetulan

Apakah Ini Muslihat China Atau Hanya 1 Kebetulan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 338 hits
SCENE 1 Tirai dibuka China menjadi sakit memasuki krisis dan melumpuhkan perdagangannya Tirai ditutup SCENE II Tirai dibuka Mata wang China jatuh teruk Mereka tidak berbuat apa apa Tirai ditutup SCENE III Tirai dibuka Oleh kerana kekurangan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord