Wakaf Masjid Prima Saujana Kajang



Wakaf Masjid Prima Saujana Kajang | Masjid Prima Saujana Kajang sedang dibina di atas tanah Lot 43262 (PA 102425) Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat sebagai tempat ibadah dan pusat pembangunan keagamaan serta kerohanian bagi komuniti dan masyarakat setempat. Sehingga 13 Sept 2019,  kemajuan kerja-kerja pembinaan telah mencapai 29.3%

Tapak tanah yang telah dikhaskan oleh pihak pemaju dan status kegunaannya sudah mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pembinaan sebuah masjid.  Satu Jawatankuasa Pembinaan juga telah ditubuhkan bagi menggerakkan proses pembinaan masjid ini.  Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Saujana, Kajang (JKPMPSK)

Cadangan pembinaan ini telah mendapat kebenaran dan persetujuan dari Jabatan Agama Islam (JAIS) pada 25 Mac 2015 dan kelulusan merancang serta membina daripada Majlis Perbandaran Kajang (MKPj) pada 21 Disember 2017, No. fail MPKj 1/P/5/2017.  Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 8 Februari 2018 dan dijangka siap pada 8 Ogos 2019 (berdasarkan tempoh 18 bulan yang ditawarkan oleh pihak kontraktor)

Wakaf Masjid Prima Saujana Kajang 

KELENGKAPAN DAN KEMUDAHAN
Struktur masjid ini 2 tingkat di atas tanah 1.5 ekar dan ruangnya boleh menampung 2,800 ribu jemaah pada satu masa tingkat atas sahaja termasuk ruang limpah
Tingkat bawah masjid ini ada kemudahan dewan serbaguna utk 1,500 org, kelas pengajian, bilik tetamu, ruang buffet dan jamuan, bilik masak, setor dan bilik pengurusan jenazah

Masjid ini mesra OKU dan warga emas, di tingkat atas ada laluan OKU, bilik air/bilik wudhu khusus OKU/Warga emas
KEMAJUAN PEMBINAAN
Kontrak pembinaan telah ditawarkan kepada Tetuan Gabungmas Sdn Bhd melalui proses tender secara jemputan.  Proses pembinaan telah bernula pada 8 Februari 2018 dan dijangka siap pada 9 Ogos 2019. Harga Kontrak sebanyak RM9,080,000.00 tidak termasuk GST dan kerja-kerja tambahan

Keluasan tapak pembinaan ini adalah seluas 1.5 ekar (65,549 kp).  Keluasan bangunan masjid 2 tingkat adalah seluas 2,442.21 meter persegi (26,287.70 kaki persegi)

Kerja-kerja awalan cerucuk (piling) telah mengalami masalah kerana keadaan struktur tanah tidak mengizinkan kaedah cerucuk konvensional dijalankan

Dari rekod Google Earth 11 Feb 2004 sehingga 18 Oktober 2017, tapak masjid ini sebenarnya terletak di dalam alur saliran semula jadi Sungai Merbau.  Tapak ini tidak disediakan  untuk proses “reclamation” dari awal dengan menyediakan tembok tebing sungai sebelum tambakan dibuat.  Ianya dijadikan tempat lambakan tanah-tanih yang diratakan dan diambil dari kawasan lain di dalam pembangunan Taman Prima Saujana ini.  Kesimpulan yang dibuat adalah seperti berikut :“Tapak masjid Prima Saujana merupakan kawasan penambakan hasil dari aktiviti kerja tanah terdahulu. Bahan tambakan tidak menunjukkan keseragaman dengan terdapatnya lapisan bongkah batuan dan tanih.  Keadaan tapak yang sebegini lazimnya adalah sangat sukar dengan kekangan geoteknik (geotechnical contraints) yang tinggi terutama dari aspek pendasaran struktur bangunan “.
Beberapa kaedah piling telah dikenalpasti oleh pihak perunding dan 2 kali percubaan telah dijalankan di tapak tetapi tidak berjaya.  Akhirnya kaedah micropile telah dipilih, namun kos meningkat daripada harga asal, kaedah konvensional sebanyak RM285,000 kepada RM2.78 juta

Pihak Jawatankuasa telah meminta pihak  perunding meneruskan rundingan untuk mencari kaedah terbaik dan berpatutan.  Beberapa individu yang mempunyai latar belakang professional di kalangan penduduk juga dikenalpasti dan dijemput untuk turut serta menyertai team Jawatankuasa bermula 31 Oktober 2018, bagi melicinkan pengurusan pembinaan

Wakaf Masjid Prima Saujana Kajang 

Alhamdulillah, sehingga 13 Sept 2019,  kemajuan kerja-kerja pembinaan keseluruhan telah mencapai 29.3% iaitu seperti berikut: Piling 100%, Pile Cap 68%, Stump 65%,  dan Ground Beam 50%

PENUTUP
Projek pembinaan  Masjid Prima Saujana Kajang kini sedang berjalan dengan lancar setelah kerja-kerja piling siap sepenuhnya

Kerjasama berterusan dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), ahli-ahli jawatankuasa, perunding dan kontraktor amat dihargai

Disediakan oleh:HJ. MOHAMAD ASRI BIN HARUNPengerusi Jawatankuasa Pembinaan
Dikemaskini 14 Sept 2019
___________________________________________

AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN
1.    DATO’ SR. HAJI ROSLI BIN ATAN    PENAUNG2.    HJ. MOHAMAD ASRI BIN HARUN    PENGERUSI3.    DR. HJ. KALAMHAMIDI B. HJ. ABU BAKAR    TIMBALAN PENGERUSI4.    HJ. JAMALUDDIN BIN HJ. AHMAD    SETIAUSAHA5.    HJ. MOHAMAD ZOBIR B. HJ. KAMARUDDIN    PEMANGKU  BENDAHARI6.    HJ. HANAFI BIN MD DIN    AJK TEKNIKAL7.    EN. QALAM A’ZAD BIN ROSLE    AJK TEKNIKAL8.   EN. AHMAD ROSMAN BIN HJ. RABU    AJK TEKNIKAL
9. EN. MOHD AZEMI BIN ALI, AJK PROMOSI DAN MEDIA10.    HJ. IBRAHIM BIN DERIS    JURU AUDIT DALAM 111.    EN. AHMAD SUBKHI BIN MOHD BAKRI    JURU AUDIT DALAM 2
Wakaf Masjid Prima Saujana Kajang
Untuk keterangan lanjut  sila layari https://masjidprimasaujana.com/





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/10/wakaf-masjid-prima-saujana-kajang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masyarakat Digesa Makmurkan Masjid

Masyarakat Digesa Makmurkan Masjid

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 237 hits
Oleh Saifullah JusohBESUT 9 Oktober masyarakat digesa memakmurkan masjid dan melazimi kuliah kuliah ilmu agar dapat membentuk kehidupan yang sejahtera Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Haji Azbi Salleh berkata ahli jawata...
Pa 212 Bantah Culik Ninoy Karundeng Justru Mengamankan Dari Amukan Massa Ke Masjid

Pa 212 Bantah Culik Ninoy Karundeng Justru Mengamankan Dari Amukan Massa Ke Masjid

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 262 hits
Ketua Media Center Persaudaraan Alumni 212 Novel Bamukmin meminta Ninoy Karundeng mengklarifikasi pernyataan yang diculik dan dianiaya di sekitar Masjid Al Falah Pejompongan Jakarta Pusat Bahkan Ninoy mengaku mau dibunuh saat itu
Cucu Muslim Russia Yang Disesatkan Akhirnya Kembali Masuk Masjid Dan Pelajari Islam

Cucu Muslim Russia Yang Disesatkan Akhirnya Kembali Masuk Masjid Dan Pelajari Islam

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 505 hits
Hi do like to know about the history of the mosque Yes Kak Rahmah mulakan dengan menceritakan tentang sejarah masjid dan kemudian cara orang muslim bersolat dan sejarah islam Where you from Russia actually my grand father from the Tar Tar O...
Usai Diperiksa Polisi Munarman Tegaskan Tidak Tahu Penganiayaan Di Masjid Al Falah

Usai Diperiksa Polisi Munarman Tegaskan Tidak Tahu Penganiayaan Di Masjid Al Falah

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 225 hits
Sekretaris Umum Front Pembela Islam Munarman mengaku tidak tahu menahu ihwal peristiwa penganiayaan yang menimpa relawan Jokowi Ninoy Karundeng di Masjid Al Falah Pejompongan Jakarta
Pembunuh Yang Umumkan Aksinya Pakai Speaker Masjid Seorang Residivis

Pembunuh Yang Umumkan Aksinya Pakai Speaker Masjid Seorang Residivis

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 293 hits
Iwan menjadi tersangka tunggal dalam kasus pembunuhan terhadap Tumin penjaga malam di SPBU Jambearum Polisi menjeratnya dengan pasal pembunuhan berencana yang membuat Iwan bisa terancam hukuman mati atau seumur hidup
Kasus Ninoy Karundeng Polisi Periksa Dkm Masjid Al Falah Dan Novel Bamukmin

Kasus Ninoy Karundeng Polisi Periksa Dkm Masjid Al Falah Dan Novel Bamukmin

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 224 hits
Novel akan dipanggil dan diperiksa sebagai saksi atas kasus yang sama dengan Iskandar Karena Novel disebut berada di lokasi penganiayaan Ninoy yakni Masjid Al Falah Pejompongan Jakarta Pusat
Pakai Pengeras Suara Masjid Pembunuh Umumkan Aksinya Depan Jemaah Salat Subuh

Pakai Pengeras Suara Masjid Pembunuh Umumkan Aksinya Depan Jemaah Salat Subuh

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 252 hits
Warga Desa Jambearum Kecamatan Puger Jember dihebohkan kasus pembunuhan terhadap seorang penjaga malam Tumin yang bekerja sebagai penjaga malam di SPBU Jambearum harus meregang nyawa setelah secara sadis dibunuh tetangganya Iwan warga Dusun...
Tertimpa Beton Pekerja Proyek Masjid Polresta Palembang Tewas Di Tempat

Tertimpa Beton Pekerja Proyek Masjid Polresta Palembang Tewas Di Tempat

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 275 hits
Menurut saksi mata Tete evakuasi korban terbilang sulit Mereka harus mencongkel beton yang berat dengan kayu
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Cara Buat Link Whatsapp

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chatgpt Untuk Pelajar Guna Cara Betul

Bila Tak Dapat Dia Tantrum Elak Anak Ketagih Gajet Naz Rahman Ganti Dengan Lego Jadi Lebih Fokus Kreatif

6 Sekeluarga Tenggelam Dalam Sungai Anak Sulung Tak Ikut Kini Sebatang Kara

15 Adab Kita Yang Anak Akan Cepat Tiru

Bateri Cas Semula Energizer Lcd Charger Jimat Tahan Lama Ada Free Storage Box

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb