Wajib Berus Gigi Anak Walaupun Gusi Berdarah Atau Bengkak Itu Tanda Ada Plak Pada Gigi


Bila mama-mama tengok gusi anak mula berdarah atau bengkak, mungkin ada yang terfikir untuk membiarkan kawasan tersebut tanpa digosok. Tetapi sebenarnya mama-mama tetap wajib memberus gigi anak walaupun keadaan gusi mereka bengkak dan berdarah.
“Kesian anak tengok dia sakit, tak sanggup nak sentuh bahagian tersebut” Lebih baik anak sakit kerana kita bersihkan giginya daripada menanggung sakit gigi dalam tempoh yang lama. Menurut doktor gigi, Dr Izaza, kawasan bengkak dan berdarah terjadi kerana adanya plak gigi yang berkumpul. Jadi plak tersebut harus dibersihkan segera.

Gusi berdarah atau bengkak wajib diberus, perlahan perlahan. Gusi berdarah semasa berus gigi adalah salah satu tanda, gusi kurang sihat sebab ada plak di sekeliling gigi dan juga di bawah gusi. Jadi, mak ayah jangan risau kalau gusi anak-anak anda berdarah semasa memberus gigi dan gusi.

-Dr. Izaza Mohd Zan
Sedikit informasi daripada MyHealth portal KKM
Secara saintifik, plak gigi dikenali sekarang ini sebagai dental biofilm. Di dalam plak dianggarkan terdapat lebih dari 1000 spesis bakteria. Dengan peningkatan teknologi, lebih banyak spesis bakteria baru ditemui di dalam plak gigi.
Plak gigi ini adalah satu komuniti bakteria yang kompleks yang melekap pada sesuatu permukaan. Kerana ianya adalah diluar badan manusia, bakteria ini tidak terjejas oleh antibiotik, ejen antikuman dan sistem ketahanan badan. Apabila ia atau toksin yang dihasilkan berada dalam tisu, maka pertahanan badan akan mula bertindak dan terhasilkan keradaangan gusi. Dan kompleksiti plak ini dan kandungan bakteria plak ini akan bertambah mengikut masa, apabila plak yang terjadi dibiarkan tanpa dibersihkan.
Kalkulus (tartar) adalah plak yang telah mengeras, jika ianya dibiarkan tanpa dibersihkan. Apabila kalkulus telah terbentuk, ianya menyukarkan pemberusan dan penggunaan flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul di kawasan tersebut.
Dalam era di mana pengetahuan kita yang meningkat mengenai kebersihan mulut, kesan plak gigi ini masih ketara dalam masyarakat kita. Dalam kajian oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2010, didapati 94% dari orang dewasa yang diperiksa mengalami penyakit gusi dalam pelbagai peringkat; 88.9% pernah mengalami karies gigi; purata 11.7 gigi setiap seorang mempunyai karies; 8.0% dari mereka yang berumur lebih 50 tahun mengalami karies pada akar gigi; 37.9% memerlukan cabutan gigi dan 37.7% memerlukan tampalan. Semua keadaan ini adalah dari angkara plak gigi.
Apa terjadi jika plak tidak dibersihkan?
Ianya boleh menyebabkan:
Penyakit gusi (periodontium) – pengumpulan plak akan menyebabkan gusi mengalami keradangan dan jangkitan. Pada peringkat awal penyakit gusi (gingivitis), hanya tanda-tanda seperti kemerahan, sedikit kebengkakan dan perdarahan dikesan, Jarang sekali menyebabkan kesakitan. Walau bagaimanapun jika tidak dirawat, gingivitis boleh menjadi penyakit gusi yang lebih teruk (periodontitis), yang menyebabkan kerosakan gusi dan tulang penyokong gigi. Akhirnya boleh mengakibatkan kehilangan gigi. Jangkitan dan keradangan gusi tersebut boleh menyebabkan penyakit-penyakit badan yang lain seperti angina ahmar, jangkitan paru-paru, komplikasi diabetes dan sebagainya. Ini adalah kerana gusi adalah sebahagian dari badan yang apa yang berlaku padanya, boleh merebak ke dalam badan seseorang itu.
Kerosakan gigi (karies gigi) – ianya adalah kerosakan setempat struktur gigi disebabkan oleh asid yang terhasil dari huraian (breakdown) gula oleh bakteria. Kaviti (lubang) akan terbentuk pada gigi. Karies gigi juga adalah satu jangkitan kuman yang akibatnya boleh menyebabkan kemudharatan gigi dan juga badan seseorang itu.
Nafas berbau (halitosis) – kewujudan plak gigi pada gigi, lidah dan permukaan dalam mulut yang lain boleh menghasilkan bahan toksik yang mengeluarkan bau busuk, terutamanya apabila ia bercampur dengan makanan yang lekat dicelah gigi atau dalam kaviti (karies) gigi. Ianya menyebabkan nafas juga berbau
Mencegah Plak gigi dari mengakibatkan penyakit
Plak gigi terjadi setiap masa. Ia boleh dibersihkan dengan penjagaan kesihatan mulut yang baik dengan:
-Memberus gigi dua kali sekali, menggunakan berus gigi yang sesuai dan dengan cara yang berkesan.
-Menggunakan flos dengan betul.
-Menggunakan alat pembersihan tambahan yang disyorkan oleh doktor gigi seperti interdental brush dan ubat kumuran.
Apabila plak gigi bertukar menjadi kalkulus (tartar), penskaleran adalah perlu dan hanya boleh dilakukan di klinik gigi oleh doktor gigi. Oleh itu, lawatan ke doktor gigi secara berkala adalah cara paling baik untuk menghindar kerosakan yang boleh dilakukan oleh plak gigi dan kalkulus tersebut.
Kredit: -Dr. Izaza Mohd Zan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Wajib Berus Gigi Anak Walaupun Gusi Berdarah Atau Bengkak. Itu Tanda Ada Plak Pada Gigi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/wajib-berus-gigi-anak-walaupun-gusi-berdarah-atau-bengkak-itu-tanda-ada-plak-pada-gigi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak Atau Benjol

Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak Atau Benjol

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 405 hits
Cara Lakukan Tuam Untuk Surutkan Bengkak atau Benjol Anak anak yang melasak memang tak kan terlepas dari alami benjolan akibat jatuh Anak MF yang perempuan semuanya lasak lasak Jatuh itu satu kebiasaan dah Bila jatuh jangan cepat panik Teng...
Mula Mula Tak Boleh Bila Anak Menangis Terus Kata Boleh Itu Silapnya Ibu Ayah Sekarang

Mula Mula Tak Boleh Bila Anak Menangis Terus Kata Boleh Itu Silapnya Ibu Ayah Sekarang

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 264 hits
Semestinya ibu bapa pernah melalui fasa anak marah menjerit dan mengamuk kan Biasanya apa tindakan yang kita buat Bertegas marah pukul atau biarkan anak tenang dulu sebelum moodnya ok Menurut kajian mendidik anak anak ibu bapa kena lebih pr...
Biasakan Cium Dahi Kepala Tanda Kita Sayang Anak Baru Namanya Bonding Kiss

Biasakan Cium Dahi Kepala Tanda Kita Sayang Anak Baru Namanya Bonding Kiss

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 291 hits
Peluk dan cium anak menjadi satu kekuatan luar biasa yang dibawa oleh anak Dan ini juga diakui oleh pakar melalui beberapa kajian Pun begitu pelukan dan ciuman pada anak perlulah kena pada tempatnya Jangan tersalah tempat hingga buat anak a...
Beri Nama Anak Bukan Sedap Sebut Tengok Maknanya Kerana Itu Dianggap Satu Doa

Beri Nama Anak Bukan Sedap Sebut Tengok Maknanya Kerana Itu Dianggap Satu Doa

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 243 hits
Bab memilih nama anak suami isteri pasti teruja Tak kisahlah anak yang pertama atau yang nombor berapa sekalipun masing masing nak berikan nama yang sedap di dengar dan baik maksudnya Bukan itu saja ada juga yang suka gabungan nama Tak kisa...
Tak Serasi Dengan Ubat Anak Kerap Demam Mak Ayah Wajib Periksa

Tak Serasi Dengan Ubat Anak Kerap Demam Mak Ayah Wajib Periksa

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 382 hits
Bila anak asyik kerap demam mak ayah mula rasa bimbang dengan perkembangan kesihatan anak Malah mengganggu pembelajaran anak seharian Menurut Dr Ezairy M Sallih anak demam atau kerap sakit disebabkan oleh banyak sebab Paling utama ada denga...
Ruam Susu Ke Ruam Peluh Bila Ada Tanda Ni Jumpalah Pakar Risau Anak Ekzema

Ruam Susu Ke Ruam Peluh Bila Ada Tanda Ni Jumpalah Pakar Risau Anak Ekzema

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 494 hits
Ruam ni gatal gatal sikit merah merah terutamanya bila kena sabun habuk atau bila berpeluh Sikit sikit je dia hilang sendiri Rupa rupanya ekzema Ramai ada pengalaman macam ni Ingatkan macam ruam biasa biasa je boleh baik sendiri tetapi ekze...
Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu Dan Ayah Meninggal Dunia

Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu Dan Ayah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 332 hits
Apakah yang patut anda lakukan semasa hidup supaya harta pusaka anda tidak memberi masalah kepada ahli keluarga kemudian hari Antara soalan yang orang suka tanya apakah hukum faraid apabila ibu dan ayah meninggal dunia Ibu ayah anda masih h...
Apa Status Untuk Nak Sahkan Berita Itu Palsu Atau Macam Apa Yang Telah Lebai Lakukan Terhadap Ph

Apa Status Untuk Nak Sahkan Berita Itu Palsu Atau Macam Apa Yang Telah Lebai Lakukan Terhadap Ph

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 255 hits
Macam saya tanya malam tadi Bagaimana anda membuktikan berita itu palsu Apa benchmark yg digunakan Ada vote confidence no confidence di Parlimen How Anda kata ada majority Siapa boleh verify Parlimen tak bukak Jadi kerajaan akan terus guna ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint