Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa


Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa Ramadhan Lalu, Cara Betul Untuk Buat Kiraan Jumlah Fidyah Yang Perlu Dibayar
Pasti masih ada antara kita umat Islam diluar sana yang masih belum menggantikan puasa lepas dan puasa lalu yang pernah ditinggalkan.
Tahukah anda bahawa puasa bulan Ramadhan adalah wajib, jika kita tinggalkannya, wajib untuk diganti pada hari bulan lain sebelum Ramadhan akan datang tiba.
Jika kita gagal menggantikan puasa lalu yang ditinggalkan selepas Ramadhan baru tiba, kita wajib membayar Fidyah.
Bagaimana handak kira jumlah Fidyah kita? jom kita baca.
Dalam tahun 2017 Masihi bersamaan 1438 – 1439 Hijriah.
Secupak beras = 675 gram (RM1.80).
Satu gantang bagdad = 2.7kg.
MENJELANG bulan puasa, satu perkara yang selalu menjadi kemusykilan kaum wanita adalah kiraan fidyah kerana tidak sempat menggantikan puasa.
Bagi yang ragu-ragu tentang perkara ini berikut di kongsi penjelasan cara kiraan fidyah yang diambil dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tapi sebelum itu baca juga penjelasan mengenai fidyah untuk pengetahuan kita.
Fidyah
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
Hukum fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Prosedur membayar Fidyah
Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri atau pejabat zakat negeri.
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.
Sebab-sebab dikenakan fidyah
1. Uzur menunaikan puasa wajib.
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
Contoh :
Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM1.80 = RM54.00
2. Perempuan hamil.
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)
3. Ibu yang menyusukan Anak.
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
Contoh :
Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
15 hari X RM1.80 = RM27.00
Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
4. Orang yang telah meninggal dunia.
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
13 hari X RM1.80 = RM23.40
5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’).
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Contoh :
En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.
Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH)
Taksiran fidyah
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah.
Kadar bayaran fidyah
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20
*Jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.
Nota: Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun
*Perlu diingat, walaupun sudah membayar fidyah, puasa tetap kena ganti, wajib..
 
Sumber: Kurta & Jubah Budak Trendy
The post Wajib Bayar Fidyah Jika Tak Sempat Ganti Puasa appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/wajib-bayar-fidyah-jika-tak-sempat-ganti-puasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Menyusu Tinggal Puasa Perlu Ganti Puasa Atau Bayar Fidyah Ini Jawapan Mufti

Ibu Hamil Menyusu Tinggal Puasa Perlu Ganti Puasa Atau Bayar Fidyah Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 391 hits
Tahun lepas dah tinggal puasa sebab hamil anak sulung jadi tahun ni kena ganti atau ganti dan bayar fidyah Kelirulah Ada segelintir ibu ibu keliru tentang hukum membayar fidyah dan menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada tahun lepas...
20 Jurulatih Paling Singkat Perkhidmatan Dooley Hanya 2 Perlawanan Ada Yang Hanya Sempat 10 Minit Sahaja

20 Jurulatih Paling Singkat Perkhidmatan Dooley Hanya 2 Perlawanan Ada Yang Hanya Sempat 10 Minit Sahaja

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 297 hits
Dalam bola sepak tidak semua perkara itu selamat terutama sekali jawatan pengurus ketua jurulatih Pahang baru baru ini mengumumkan bahawa mereka merehatkan Thomas Dooley hanya selepas 2 perlawanan Biasanya rehat dalam liga Malaysia ni dipec...
Dikabarkan Sempat Lamar Enzy Storia Di Atas Panggung Dikta Akhirnya Beri Klarifikasi

Dikabarkan Sempat Lamar Enzy Storia Di Atas Panggung Dikta Akhirnya Beri Klarifikasi

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 384 hits
Nyanyikan lagu Janji Suci sambil menggenggam tangan Enzy publik saat itu berharap keduanya benar benar punya hubungan spesial
Tidak Sempat Elak Kereta Yang Mahu Lakukan Pusingan U Seorang Penunggang Motosikal Terbabas

Tidak Sempat Elak Kereta Yang Mahu Lakukan Pusingan U Seorang Penunggang Motosikal Terbabas

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 240 hits
PETALING Sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal dikatakan telah berlaku berhampiran dengan pasar borong Selangor dekat Seri Kembangan pada 5 Mac lalu Kemalangan tersebut walau bagaimanapun telah terakam oleh dashcam s...
Sempat Kena Tembak Aparat Ali Kalora Masih Bisa Melarikan Diri

Sempat Kena Tembak Aparat Ali Kalora Masih Bisa Melarikan Diri

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 278 hits
Dari keterangan Kepolisian saat kontak tembak terjadi Pimpinan MIT Poso Ali Kalora sempat terkena tembakan Namun Ali Kalora berhasil melarikan diri Kemudian Polisi kembali menyisir dan mengejar kelompok tersebut di wilayah pegunungan Poso
Alasan Kemenkeu Sempat Tolak Pemberian Diskon Pajak Pembelian Mobil Baru

Alasan Kemenkeu Sempat Tolak Pemberian Diskon Pajak Pembelian Mobil Baru

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 269 hits
Keputusan pemerintah untuk menolak usulan penerapan PPnBM di tahun 2020 lalu atas kajian yang cukup cermat Di mana Kementerian Keuangan menilai ekonomi Indonesia tengah mengalami tekanan hebat yang berdampak pada lesunya daya beli masyaraka...
Pengusaha Majlis Kahwin Terpaksa Pinjam Ah Long Bayar Semula Duit Pelanggan

Pengusaha Majlis Kahwin Terpaksa Pinjam Ah Long Bayar Semula Duit Pelanggan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 302 hits
Saya rasakan ini adalah bulan terakhir yang kami mampu untuk hidup sebab bila memasuki April iaitu bulan Ramadan sudah tentu tiada majlis perkahwinan akan diadakan Wang yang ada semua sudah digunakan jika sektor ini tidak dibenarkan untuk b...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias