Wajarkah Wanita Dipersalahkan Bila Berlakunya Keguguran
Oleh : Imelda Balchin
Keguguran
Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Apa yang awak makan?”
Kalau hangpa tak boleh berkata yang baik, Hangpa DIAM saja. Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh apa yang dia makan.
Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Kenapa angkat berat-berat?”
Kalau hangpa tak boleh memberi kata-kata semangat, Hangpa DIAM. Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh apa yang wanita itu buat menyebabkan keguguran. Hangpa TAK TAU apa yang menyebabkan kegugurannya. Angkat barang tidak menyebabkan keguguran.
Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Kena cuci rahim kotor dengan produk dulu sebelum mengandung”
Kalau hangpa tak boleh memberi kata-kata yang tidak mengguris hati wanita yang keguguran, Hangpa DIAM. Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh rahim wanita itu kotor. Tiada rahim yang kotor. Tidak ada produk mencuci rahim diperlukan oleh wanita.
Jika doktor cadangkan prosedur D&C, ini bermakna proses keguguran itu belum lagi selesai. Prosedur ini bertujuan membuang tissue kehamilan yang belum habis keluar sendiri (iaitu incomplete miscarriage), bukan untuk mencuci rahim kotor. Jika tiada kecemasan, iaitu tiada pendarahan yang berlebihan, doktor akan mencadangkan ubat untuk menyelesaikan proses keguguran tanpa membuat D&C, atau pun tunggu saja keguguran itu habis sendiri. Sila dengar nasihat doktor.
Bila proses keguguran itu sudah tamat atau ‘complete miscarriage’, tak perlu D&C dan tak perlu beli sendiri apa-apa ubat atau produk cuci rahim.
Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Rahim awak tak kuat”
Kalau hangpa tak boleh memberi kata-kata yang menyejukkan hati wanita yang keguguran, Hangpa DIAM. Kalau hangpa hanya boleh memberi kata-kata yang membimbangkan wanita yang keguguran, Hangpa DIAM.
Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh rahim wanita itu tidak kuat jika keguguran yang awal berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Jika anda bukan doktor yang merawat wanita yang keguguran, Hangpa DIAM.
Kalau tak boleh memberi wanita kata-kata yang memberi ‘empowerment’ ‘motivasi’ ‘semangat’, Hangpa DIAM saja.
Untuk wanita yang telah mengalami keguguran awal, sebelum 14 minggu kehamilan. Tak payah beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Insyallah kebanyakan wanita yang hamil semula tidak ada masalah.
Untuk wanita yang pernah mengalami keguguran selepas 14 minggu kehamilan, anda juga tak perlu beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Untuk kehamilan yang berikutnya, sila jumpa pakar gynae pada 12 minggu kehamilan untuk pemeriksaan dan rawatan terbaik untuk mencegah keguguran atau kelahiran pramatang. Kita mesti berfikiran positif dan berusaha dengan cara yang terbukti berkesan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/wajarkah-wanita-dipersalahkan-bila.html