Wajarkah Pkr Terus Sokong Shafie Apdal




1) Sewaktu artikel ini ditulis, Musa Aman dan 33 ADUN termasuk katak-katak baru sahaja tamat PC dan pergi ke istana utk menemui TYT dan berharap TYT menimbangkan semula dan TIDAK membubarkan DUN Sabah.

2) Samada Musa Aman bersama 33 ADUN dibenarkan masuk adalah tidak dapat dipastikan dan Astro Awani sedang membuat laporan langsung. Rundingan dgn pihak PDRM juga sedang berlaku. JIKA TYT benar-benar umum bubar DUN ia adalah proses yg sah dan mengikut undang-undang. Musa Aman harus akur kerana Majoriti tipis tidak menguntungkan rakyat. oleh itu biar rakyat Sabah buat keputusan.

3) Musa Aman kata katak-katak menyokong beliau kerana merasakan sukar bekerja dgn kerajaan Warisan yg tidak sehaluan dgn kerajaan pusat. Begitu lah HARGA dan NILAI perjuangan ramai POLITIKUS. Nanti JIKA PH pula jadi kerajaan Pusat ahli-ahli politik yg jenis katak ini akan lompat lagi. Hakikatnya ia bukan utk rakyat, mereka ini hanya "opportunist" yg cari makan melalui politik. Ini Politik Perut Boncit.

4) Piee telah membuktikan apa yg saya sebut selama ini bahawa Abah Yiddin boleh lakukan perkara yg sama dan enggan meletak jawatan jika ada SD dari PH mahu tumbangkan beliau. Semua pergolakan dalam PH dan penghinaan terhadap PENGERUSI Pakatan Harapan iaitu DSAI adalah TIDAK BERBALOI dan sia2. Piee sendiri akui TIDAK GUNA utk dia terus beli atau memujuk ADUN-ADUN menyokong dia, majoriti tipis akan buatkan Kerajaan itu terumbang ambing seperti KERAMITA- KERAjaan Melayu Islam Tebuk Atap di pusat skrg. Oleh itu, lebih baik serahkan shj pada RAKYAT SABAH tentukan. Piee sendiri berkata sedemikian dalam PC beliau. JANGAN "TRIPLE STANDARD" di peringkat Persekutuan.

5) Oleh itu PH, terutamanya #K3 harus faham, perpecahan yg berlaku bila Mat-Eng TERLALU OBSES nak jadi KERAjaan dgn menyokong OT95 dan Piee Calon PM SEBULU akan jadi sia-sia jika Abah Yiddin tidak mahu letak jawatan sebaliknya menasihat YDPA utk bubar Parlimen. Jika ini berlaku PH dalam keadaan yg tidak bulat berMuafakat dan berisiko TINGGI utk tewas di Snap Election. Piee telah MEMBUKTIKAN hakikat ini, kelam kabut Musa Aman. Sebab itu adalah lebih balik kembali ke Muafakat dan ikut keputusan kepimpinan DSAI dalam PH.

6) Namun, sila baca Dua berita di bawah mengenai Pemuda (AMK) PKR Sabah. Saya lebih tertarik dengan Dua berita ini rentetan daripada hampir tersembamnya Piee dan Kerajaan Sabah dikuasai Warisan, sebelum Piee bertindak menasihati TYT utk membubarkan DUN.

7) Pemuda (AMK) PKR berani berkata benar bahawa Kenny Chua tidak lompat keluar dari PH atau dari PKR sebaliknya hanya tidak lagi menyokong Piee sebagai Ketua Menteri kerana Piee menindas PKR dan Amanah malah lebih rela jadi blok bebas berbanding menyokong PH. TIDAK wujud PH Plus kenapa ada pimpinan pusat beriya-iya nak hadapkan pemimpin AMK Sabah ke Jawatankuasa Disiplin seolah-olah memaksa sayap parti mereka terus menyokong Piee yg menolak DSAI dan PKR. Ini sungguh ganjil.

8) Sementara itu Pimpinan AMK Pusat TIDAK bercadang utk mengambil apa-apa tindakan terhadap pemimpin AMK Sabah. Saya rasa ini sepatutnya kerna tindakan Kenny Chua itu adalah wajar jika mengambilkira Piee bukanlah sebahagian dari PH dan  sangat TIDAK MESRA dengan DSAI dan PKR sebaliknya mempengaruhi Amanah dan DAP untukl terus "MELEKAT" kepada OT95 dan tidak lagi boleh dipisahkan.

9) Perbuatan Piee itu dilihat boleh menyebabkan perpecahan dalam PH kenapa pula ADUN PKR harus menyokong org mcm Piee? DSAI dan pimpinan PKR harus tegas dan jelas dalam hal ini. Sudah-sudahlah dipergunakan. WAJARKAH PKR TERUS SOKONG SHAFIE APDAL PADA WAKTU INI? Boleh tak gantung sekejap, undur sebentar utk kita pandang ke hadapan?

10) Cara paling afdhal ialah PKR memutuskan utk tidak bersekutu dengan Warisan BUAT MASA INI. Amanah dan DAP harus kembali ke PH untuk persiapan bagi Snap Election atau PRU15. Tinggalkan dahulu OT95, geng dia dan Warisan. Perkukuhkan dulu PH. Biar OT95, gerembolan Blackout Rentung dan Warisan ada ruang utk berfikir semula jika perlu kerjasama dgn PH apabila Parlimen dibubarkan.

11) Buat masa skrg...PH BELUM diperkukuhkan dan BELUM bergerak sebagai satu unit utk gerak kerja pilihanraya. Bila Parlimen dibubarkan mereka boleh kembali ke meja rundingan jika "Electoral Pack" perlu dibincangkan dgn Blok WARISBebas.. JIKA tidak, dua blok ini boleh bergerak sendirian. Terima lah jika kalah sekali pun di Snap Election atau PRU15, salahkan diri sendiri kerana tidak boleh bersatu dan bekerjasama.

Wallahualam.

- Zus Din
30 Julai 2020
*********************************
Pemimpin Pemuda PKR Sabah pertahan ketua dirujuk ke jawatankuasa disiplin
FMT Reporters -  July 30, 2020

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin akan dirujuk ke jawatankuasa disiplin, susulan kenyataan mempertahankan seorang ketua parti negeri, Kenny Chua, berkait isu sokongan kepada pentadbiran Shafie Apdal.

“Pendirian parti jelas. Kami sokong Shafie sebagai ketua menteri,” kata Pengarah Strategi Sim Tze Tzin di Twitter hari ini.

“Razeef Rakimin akan dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti.”

Sementara itu, Pemuda PKR pusat berkata sayap itu tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap ahli parti di Sabah.

Katanya, pemimpin parti di Sabah lebih memahami dinamik politik yang sedang berlaku di negeri itu.

“Pemuda PKR menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Pemuda PKR Negeri Sabah untuk membuat penilaian semasa kerana mereka lebih memahami dinamik politik yang sedang berlaku di sana,” kata Setiausaha Pemuda PKR Ahmad Syukri Che Ab Razab

Terdahulu, Pemuda PKR Sabah membidas dakwaan naib pengerusinya mengkhianati “kerajaan PH Plus” di Sabah, meminta pengkritik jangan memaksa mereka menyokong Presiden Warisan Shafie Apdal yang didakwa “lebih rela berada di blok bebas” daripada bersama Pakatan Harapan.

Razeef mendedahkan majoriti akar umbi menyokong tindakan Kenny Chua menarik balik sokongan kepada “kerajaan Warisan”, yang bukan saja “tidak menyokong PH malah dengan angkuh menindas PKR”.

Sumber berita : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/30/pemimpin-pemuda-pkr-sabah-pertahan-ketua-dirujuk-ke-jawatankuasa-disiplin/
*********************************
KEMASKINI: Shafie lebih rela bebas dari bersama PH, jadi kenapa paksa, kata Pemuda PKR

PETALING JAYA: Pemuda PKR Sabah membidas dakwaan naib pengerusinya mengkhianati “kerajaan PH Plus” di Sabah, meminta pengkritik jangan memaksa mereka menyokong Presiden Warisan Shafie Apdal yang didakwa “lebih rela berada di blok bebas” daripada bersama Pakatan Harapan.

Ketua Penerangan Razeef Rakimin mendedahkan majoriti akar umbi menyokong tindakan Kenny Chua menarik balik sokongan kepada “kerajaan Warisan”, yang bukan sahaja “tidak menyokong PH malah dengan angkuh menindas PKR”.

“Jika kerajaan Sabah kerajaan PH Plus, Shafie tidak akan menolak Amanah di Sabah sehingga Amanah dilihat seolah mengemis,” katanya dalam kenyataan.

“Hakikatnya Shafie tidak mahu pun Amanah di Sabah.”

Razeef seterusnya mendakwa Shafie bukan sahaja menolak calon perdana menteri dari PKR dan PH, malah beliau tidak ingin bersama gabungan itu.

“Sebenarnya ini keputusan dan permintaan Shafie sendiri bahawa dia lebih rela berada di blok bebas dari bersama PH. Maka kenapa kita perlu dipaksa untuk menyokong Warisan?”

Razeef menjelaskan majoriti akar umbi tidak melihat berlakunya pengkhianatan kerana kerajaan Sabah bukanlah pentadbiran PH, tetapi diketuai Warisan dengan sokongan parti lain.

“Timbul pula cerita khianat terhadap kerajaan PH Plus di Sabah. Mungkin ada yang tidak faham,” katanya.

Chua, yang juga Adun Inanam antara wakil rakyat yang berada pada sidang media Musa Aman semalam, di mana bekas ketua menteri itu mengumumkan beliau peroleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru di Sabah.

Musa mendakwa beliau ada akuan berkanun daripada wakil rakyat yang menyokong suatu gabungan baru pimpinannya, terdiri daripada wakil rakyat Umno, PPBM, STAR, PBS, PKR, DAP, Warisan, dan Upko.

Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin kemudian dilapor berkata partinya akan mengambil tindakan terhadap Chua kerana menyokong Musa.

Sumber berita : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/30/shafie-lebih-rela-bebas-dari-bersama-ph-jadi-kenapa-paksa-kata-pemuda-pkr/







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/wajarkah-pkr-terus-sokong-shafie-apdal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kekal Sokong Shafie Apdal Anwar

Ph Kekal Sokong Shafie Apdal Anwar

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 359 hits
Pergolakan politik di Sabah tidak mengubah sokongan KEADILAN dan Pakatan Harapan terhadap kerajaan Warisan di negeri itu Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata partinya kekal menyokong kepimpinan Presiden Warisan Datuk Seri Shaf...
Shafie Apdal Mengadap Yang Di Pertua Negeri Sabah Bakal Hadapi Pilihanraya Negeri

Shafie Apdal Mengadap Yang Di Pertua Negeri Sabah Bakal Hadapi Pilihanraya Negeri

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 261 hits
KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengadap Yang di Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selama kira kira setengah jam di Istana Negeri di sini pagi ini Kira kira lima kenderaan dengan satu daripadanya mempun...
Wakil Pkr Bimbang Wujud Kluster Baru Daripada Himpunan Sokong Najib

Wakil Pkr Bimbang Wujud Kluster Baru Daripada Himpunan Sokong Najib

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 372 hits
Syed Ibrahim berkata langkah pencegahan wajib diamalkan dan perlu lebih berdisiplin secara bersama bagi memastikan penularan Covid 19 benar benar tamat
Isu Shafie Calon Pm Meresahkan Pkr Sabah

Isu Shafie Calon Pm Meresahkan Pkr Sabah

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR Usaha menjadikan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri pembangkang dan bukannya Presiden PKR Anwar Ibrahim menyebabkan kedua dua parti itu berselisih kata Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin B...
Shafie Apdal Kekal Ketua Menteri Sabah Miliki Majoriti

Shafie Apdal Kekal Ketua Menteri Sabah Miliki Majoriti

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 358 hits
KOTA KINABALU Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah selepas masih mendapat majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Ketika ditemui pemberita di kediaman rasminya Mohd Shafie berkata segala kem...
Adakah Anwar Terlibat Menyingkir Shafie Apdal Di Sabah

Adakah Anwar Terlibat Menyingkir Shafie Apdal Di Sabah

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 355 hits
YB Musa Bin Haji Aman dalam kenyataan semalam ada menyatakan yang dia berjumpa dengan Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin Setiausaha Politik kepada PM dan mereka ini telah membuat Kunjungan Hormat ke...
Pkr Perlu Terus Kehadapan

Pkr Perlu Terus Kehadapan

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 234 hits
ZUBAIDI SUDINFrankly saya rasa hanya Keadilan bergerak ke hadapan utk persiapan Snap Election atau PRU15 Tapi DSAI beri kredit pd PH Oklah kita harap belum terlambat Pakatan sedia hadapi PRU15 lebih awal kata AnwarPAKATAN Harapan sudah bers...
Shafie Apdal Umum Dun Sabah Di Bubarkan Berkuatkuasa Hari Ini

Shafie Apdal Umum Dun Sabah Di Bubarkan Berkuatkuasa Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 269 hits
KOTA KINABALU Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini Pembubaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media khas pagi ini Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah berkata permo...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt