Wajah Arwah Berseri 2 Minggu Koma Selepas Bersalin Ibu Dua Anak Dijemput Ilahi
Besarnya pengorbanan ibu, apatah lagi ketika saat melahirkan anak. Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga ibu kepada tiga cahaya mata apabila dijemput ilahi selepas dua minggu koma akibat komplikasi selepas bersalin.
Arwah Siti Nurfatma Daud, 34, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) pada pertengahan November lalu selepas melahirkan anak ketiganya namun bayinya juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Selepas dua minggu menerima rawatan di hospital, Fatma atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chik disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi 27 November lalu.
Allahyarham meninggalkan suami, Asri Nawani bersama dua lagi anak yang masih kecil, Habib dan Hafiya.
Sementara itu, ramai yang mencemburui pemergian arwah selain menyifatkannya sebagai seorang ibu yang baik dan penyayang.
Salah seorang sahabat arwah berkata, wajah arwah juga dalam keadaan berseri-seri dan tersenyum.
“Arwah pergi dengan senyuman yang penuh barakah. Kali pertama di depan matu ku lihat jenazah tersenyum manis sekali. Allahurabbi.. pengakhiran hidupmu husnul khatimah. Aku cemburu,” ujar Aline Rrahim.
“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Kurniakan kepadanya syurgaMu ya Allah,” ujar Wan Nor ZaiHasra.
Al-Fatihah..
Kredit: wowberita.my
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Wajah Arwah Berseri..” 2 Minggu Koma Selepas Bersalin, Ibu Dua Anak Dijemput Ilahi appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/wajah-arwah-berseri-2-minggu-koma-selepas-bersalin-ibu-dua-anak-dijemput-ilahi/