Kurang Gaduh Selalu Berbaik Ibu Ni Kongsi Cara Elak Hubungan Toksik Antara Anak


Dalam hubungan adik-beradik adalah normal jika berlaku perbalahan. Kadang-kadang disebabkan hal remeh pun boleh buat bergaduh teruk. Sebenarnya perselisahan faham antara adik-beradik tidak salah asalkan tidak keterlaluan. Kadang-kadang dengan cara inilah anak-anak dapat akan saling mengenali dan menjadi lebih rapat apabila sudah berbaik.
Namun begitu, jika dibiarkan berlanjutan tanpa solusi ia mungkin boleh menjejaskan hubungan adik-beradik. Inilah yang kita tak mahu kerana hal ini mungkin akan menyebabkan ada rasa tidak puas hati ataupun ledakan perasaan yang melampau.
Penulis keibubapaan, Wawa Shauqi berkongsi tentang toksik yang merosakkan hubungan adik-beradik. Ikuti penulisannya ini;
Tragedi pergaduhan adik beradik hari ni, banyak faktor boleh buat punca.
Ledakan darah muda,
sibling rivalry,
poor intervention from others.
Benda yang pada judgement kita kecik, tanpa sengaja, ia boleh berakhir tragedi.
Tapi, BUKAN KERJA KITA NAK SELIDIK FAKTOR tu. Kerja kita untuk doakan yang baik-baik. Dan renung kes ni jadi pengajaran.
Sesungguhnya, anak-anak adalah ujian. Kan?
Takut sangat ujian macam ni.
Sebab kita tak tau, kot bila sampainya ujian sama kena kat kita.
Cuma satu pesan dari seorang ‘senior’ dalam parenting,
“Bergaduh adik-beradik tu pasti. Mak ayah nak lentur pun kena berseni. Tangani dengan hati-hati. Jangan sampai melarat jadi api.”
Tipulah kalau nak kata kita tak pernah berlaga faham dengan adik beradik dulu. Teruk tak teruk je. Saya sendiri, juara gaduh juga. Apa je aksi dan jurus yang saya tak bukak.
Bila dah besar, dan ada anak, banyak yang saya dapat belajar dari childhood sendiri.
Atleast saya faham apa yang buat punca. Retilah sikit mana nak elak, macam mana nak tackle. Nak groom seni ajak anak berdamai pun, banyak buku perlu saya buka. Banyak guru perlu saya timba ilmunya.






Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
Usia Baru 7 Tahun, Impian Arkan Bergelar Pilot Jadi Kenyataan. Memang Ada Bakat!
“Dia Boleh Pause, Sambung Balik.” Comelnya Kanak-Kanak Ni Menangis, Ramai Terhibur!
Ini antara RESEPI KEMESRAAN ADIK-BERADIK yang pernah saya belajar dari pelbagai ahli psikologi.
1️⃣ We time.
Cari masa duduk sekali.
– Pilih gambar atau video-video zaman anak-anak masih kecil dan mesra. Tonton bersama.
– Ambil giliran untuk diskas topik positif seperti ‘Perkara yang saya sukai pada adik beradik saya.’
– Spark kisah lucu/ kenangan dengan adik beradik.
– Cipta aktiviti yang boleh dibuat bersama. Main board games, main teka-teki, bina lego bersama, main bola bersama.
2️⃣ ‘Individual Attention’ Time
Ambil turn untuk ‘dating’ dengan anak. Contoh, minggu ni mama dating dengan anak 1, ayah dating dengan anak 2. Minggu depan ambik giliran untuk anak seterusnya.
Ada masa, suami bawak anak 1 pergi camping, saya bawa sorang lagi pergi skate park. Ada hari ke library. Ada hari, sekadar duduk kat cafe berdua makan aiskrim.
3️⃣ Berkempen dari bayi.
Boleh jadi kebencian anak tua kat adik, mula dari saat adik lahir lagi.
Yelah. Dulu, yang dapat kasih sayang, attention, puji-pujian, dia sorang je. Bila dan ada adik, kasih sayang, attention tu semua, dapat kat adik.
Sejak adik dari perut lagi, kita kempenkan keletah lucu adik. Dan seronoknya dapat ajar adik, main sama adik, dan tolong adik kenal dunia.
4️⃣ Highlight positivity.
Mulut kita ni. Kena jaga-jaga sikit bercakap. Elak highlight permusuhan anak-anak. Sebaliknya, highlight yang indah-indah bab hubungan mereka.
“Mama suka tengok abang makin pandai kongsi mainan dengan adik.”
“I really love to see you guys laugh and play together.”
“Abang tau, masa abang pergi sekolah, adik teringat kat abang. Siap belikan abang roti.”
5️⃣ Doa
Doa Allah satukan hati anak-anak kita. Saling membantu, mendamaikan dan berkasih sayang.
Setiap risau yang bertandang, kita jadikan reminder untuk kita doa yang baik-baik pada Allah untuk anak.
So far, gaduh teruk mana pun anak-anak saya, bila buat 5 benda ni, Allah izinkan improvement pada hubungan mereka.
Try buat 5 senarai ni.
Dan elak 5 TOKSIK dalam #notaparentingwawa ni.
Semoga kita mampu didik anak-anak kita semua dengan baik.
Saya doakan, kita semua mampu senyum bila dah tua nanti. Sebab anak-anak mampu sepakat, muafakat dan hidup berkat sepanjang hayat.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
 
 
The post Kurang Gaduh, Selalu Berbaik. Ibu Ni Kongsi Cara Elak Hubungan ‘Toksik’ Antara Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kurang-gaduh-selalu-berbaik-ibu-ni-kongsi-cara-elak-hubungan-toksik-antara-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Cepat Bertenang Bila Rasa Difahami Ibu Ini Kongsi Cara Handle Anak Tantrum

Anak Cepat Bertenang Bila Rasa Difahami Ibu Ini Kongsi Cara Handle Anak Tantrum

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 176 hits
Apabila merasakan dirinya tidak difahami anak akan cenderung untuk tantrum atau buat perangai Sebagai ibu ayah menjadi tanggungjawab kita untuk cuba memahami keadaan mereka dan bantu anak untuk bertenang Bukan mudah untuk kita mengawal emos...
Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 159 hits
Kebanyakkan bayi yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu akan menyusu sekurang kurangnya lapan hingga 12 kali sehari Bergantung kepada bayi ada yang menyusu dengan lebih kerap pada siang hari Ada juga yang menyusu dengan lebih lama pada wak...
Dari Kecil Kena Didik Anak Saling Tolong Menolong Puji Mereka Antara Tip Hubungan Adik Beradik Sentiasa Baik

Dari Kecil Kena Didik Anak Saling Tolong Menolong Puji Mereka Antara Tip Hubungan Adik Beradik Sentiasa Baik

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 151 hits
Sebagai ibu bapa anda pasti setiap anak bersatu hati saling menghormati antara satu sama lain dan sayang menyayangi Memang kadang kadang akan ada perbalahan kecil sesama mereka Namun jika anda sejak daripada awal sudah mendidik mereka erti ...
Penyusuan Anak Perlu Gandingan Suami Isteri Untuk Berjaya Bapa Penyokong Tegar Susu Ibu Kongsi Tip

Penyusuan Anak Perlu Gandingan Suami Isteri Untuk Berjaya Bapa Penyokong Tegar Susu Ibu Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 239 hits
Penyusuan anak perlu gandingan suami dan isteri untuk berjaya Penyusuan susu ibu bukan tugas ibu sendirian walaupun hanya ibu sahaja yang menghasilkan susu ibu Golongan bapa perlu mencari ilmu bagaimana cara terbaik mereka boleh membantu da...
Cara Bentuk Kemahiran Komunikasi Anak

Cara Bentuk Kemahiran Komunikasi Anak

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 169 hits
Cara bentuk kemahiran komunikasi anak Menggalakkan anak berkomunikasi dengan berkesan adalah dengan cara meningkatkan kemahiran komunikasinya terlebih dahulu Perkongsian ini adalah tentang cara tingkatkan kemahiran anak untuk petah bercakap...
Wajah Arwah Berseri 2 Minggu Koma Selepas Bersalin Ibu Dua Anak Dijemput Ilahi

Wajah Arwah Berseri 2 Minggu Koma Selepas Bersalin Ibu Dua Anak Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 161 hits
Besarnya pengorbanan ibu apatah lagi ketika saat melahirkan anak Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga ibu kepada tiga cahaya mata apabila dijemput ilahi selepas dua minggu koma akibat komplikasi selepas bersalin Arwah Siti...
Kem Motivasi Neraka 4 Laporan Ibu Bapa Dakwa Anak Anak Dikasari Diaibkan Fasilitator

Kem Motivasi Neraka 4 Laporan Ibu Bapa Dakwa Anak Anak Dikasari Diaibkan Fasilitator

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 281 hits
Polis menerima empat laporan dari ibu bapa yang mendakwa anak anak mereka telah dikasari oleh fasilitator semasa menghadiri kem motivasi yang dianjurkan pihak sekolah di Serdang Selangor baru baru ini Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komi...
Nasib Gigit Kaki Saja Ibu Syukur Anak Terselamat Dari Sambaran Buaya

Nasib Gigit Kaki Saja Ibu Syukur Anak Terselamat Dari Sambaran Buaya

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 126 hits
Sejak kebelakangan ini kejadian melibatkan buaya dan penduduk sekitar perkampungan di Lahad Datu Sabah dilihat semakin menjadi jadi Bukan sahaja reptilia amfibia itu kelihatan bertempiaran di merata rata tempat bahkan turut menganggu manusi...
Doktor Tak Nasihat Ke 8 Kali C Sect Kisah Ibu Muda Meninggal Dunia Ketika Lahirkan Anak Ke 11 Undang Perdebatan

Doktor Tak Nasihat Ke 8 Kali C Sect Kisah Ibu Muda Meninggal Dunia Ketika Lahirkan Anak Ke 11 Undang Perdebatan

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 192 hits
Tular di media sosial baru baru ini apabila satu laman majalah wanita dan keibubapaan Mingguan Wanita ada menyajikan pembaca mengenai kisah ibu muda yang melahirkan anak ramai namun meninggal dunia akibat komplikasi plasenta pada kelahirann...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction