Wajah Anak Kerap Di Body Shaming Erni Zakri Ambil Langkah Kurang Kongsi Gambar Anak


Wajah anak kerap ‘di body shaming’ Erni Zakri ambil langkah kurang kongsi gambar anak. Penyanyi Ernie Zakri telah mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian mengenai anak perempuannya, Nur Khawla Soleha, di media sosial selepas wajah anak kerap jadi bahan hinaan.
Wajah Anak Kerap ‘Di Body Shaming’
Menurut Ernie, yang juga dikenali dengan nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, netizen tidak mempunyai hak untuk mengutuk anak kecil yang tidak berdosa.
“Sebagai seorang ibu, adalah normal untuk berasa sedih apabila ada segelintir netizen yang saya boleh katakan tidak berakal, tetapi saya bertanggungjawab atas semua itu kerana saya yang memilih untuk berkongsi tentang anak saya,” katanya.
Ernie menegaskan bahawa dia tidak mengharapkan pujian, tetapi juga tidak menerima dengan hati terbuka apabila ada orang mengutuk anaknya. Oleh itu, apabila dia menyedari bahawa perkongsian tersebut membawa kepada reaksi negatif, dia akan mula mengurangkan hantaran berkaitan anaknya.
“Ini adalah tanggungjawab saya dan suami. Saya tahu tidak semua orang suka melihat anak kami, tetapi apabila ada yang mengatakan anak saya tidak comel, saya berasa sedih,” luahnya dalam sebuah program hiburan.

Meskipun sedih berdepan tohmahan, Ernie dan suaminya, Syamel, enggan mengambil tindakan undang-undang selagi perkara berkenaan tidak mencalarkan reputasi mereka.
Erni Zakri Ambil Langkah Kurang Kongsi Gambar Anak “Setakat ini, saya dan suami anggap apa yang kami lalui tidak terlalu teruk. Jika dilayan, semakin menjadi-jadi perangai netizen ini. Mereka mahukan perhatian. Jadi jika tidak diberi perhatian, pasti mereka akan berhenti. Tapi bagi yang tidak berhenti komen, mungkin banyak masa di rumah dan boleh dikatakan mereka gila,” katanya.
Ernie juga menyatakan bahawa dia berdepan dengan ramai netizen yang tidak berhenti-henti menghantar mesej peribadi (DM) kerana mahukan perhatian. Namun, selagi ia tidak menjatuhkan reputasi kerjaya dan mengganggu keluarga, dia tidak akan mengambil tindakan.

Selain Ernie, ramai artis seperti Nora Danish, Caprice, dan Sharifah Sakinah turut berdepan isu yang sama apabila wajah anak mereka dikutuk tidak comel bahkan disamakan dengan haiwan.
Untuk info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha, yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram Erni Zakri  dan kosmo.online
Baca artikel lain juga: Anak Ernie Zakri, Khawla Nyanyi Lagu ‘Masing-Masing’ Cuit Hati Warga Maya
Ernie Zakri Sentiasa Belajar Jadi Ibu Terbaik, Nur Khawla Permata Tidak Ternilai
Dia Pandai Bagi Helah Khawla Dah 1 Tahun Lebih, Anak Ernie Zakri Syamel Makin Cute!
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Wajah Anak Kerap ‘Di Body Shaming’ Erni Zakri Ambil Langkah Kurang Kongsi Gambar Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/wajah-anak-kerap-di-body-shaming-erni-zakri-ambil-langkah-kurang-kongsi-gambar-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedih Hiba Gembira Kak Km Dato Hattan Zarina Zainuddin Kongsi Kejayaan Anak Anak Cemerlang Spm

Sedih Hiba Gembira Kak Km Dato Hattan Zarina Zainuddin Kongsi Kejayaan Anak Anak Cemerlang Spm

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 212 hits
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan semalam memperlihatkan kejayaan anak anak cemerlang yang berusaha gigih untuk berjaya Begitu juga rakan selebriti dan pempengaruh yang turut sama meraikan kejayaan anak masing ma...
Makanan Minuman Tinggi Gula Kalau Anak Makan Selalu Otak Jadi Kecut Doktor Kongsi Bahaya Gula

Makanan Minuman Tinggi Gula Kalau Anak Makan Selalu Otak Jadi Kecut Doktor Kongsi Bahaya Gula

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 239 hits
kalau anak makan selalu otak jadi kecut doktor kongsi bahaya gula Pengambilan gula dalam minuman mahupun makanan akan memudaratkan kesihatan diri Makanan Minuman Tinggi Gula Kalau Anak Makan Selalu Otak Jadi Kecut Maka sebab itulah ramai do...
Pu Riz Kongsi Momen Bercuti Bersama Anak Isteri Bawa Anak Kecil Travel Memang Mencabar

Pu Riz Kongsi Momen Bercuti Bersama Anak Isteri Bawa Anak Kecil Travel Memang Mencabar

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 210 hits
kongsi momen bersama anak dan isteri bawa anak kecil travel memang mencabar Membawa anak kecil bercuti ke luar negara boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan tetapi juga mencabar PU Riz Kongsi Momen Bercuti Bersama Anak Isteri Perancang...
Ww Say No To Body Shaming

Ww Say No To Body Shaming

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 117 hits
Assalamualaikum BULI Yang paling ketara berlaku setiap hari adalah BODY SHAMING Walau sekadar jenaka pada awak tetap sebuah PENGHINAAN bagi mereka yang melaluinya mengeluarkan kata kata yang menjerumus penghinaan terhadap fizikal seseorang ...
Wanita Kongsi Gambar Pasangan Tular Berniat Baik Bahagian Kita Dah Lepas

Wanita Kongsi Gambar Pasangan Tular Berniat Baik Bahagian Kita Dah Lepas

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 150 hits
Disebabkan seorang wanita kongsi gambar pasangan tular menaiki motosikal sambil mengendong anak yang memakai alat bantuan khas pernafasan pelbagai maklum balas diterima warganet berhubung kondisi mereka yang memprihatinkan Walau bagaimanapu...
Anak Ernie Zakri Khawla Nyanyi Lagu Masing Masing Cuit Hati Warga Maya

Anak Ernie Zakri Khawla Nyanyi Lagu Masing Masing Cuit Hati Warga Maya

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 254 hits
Anak Khawla nyanyi lagu Masing Masing cuit hati warga maya Bagi pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel puteri kesayangan pasangan ini Nur Khawla Soleha yang dilahirkan pada tanggal 22 Februari 2022 banyak mengajar mereka untuk berusaha m...
Bawa Anak Bersiar Siar Peminat Bertuah Kongsi Pengalaman Jumpa Song Joongki Keluarga

Bawa Anak Bersiar Siar Peminat Bertuah Kongsi Pengalaman Jumpa Song Joongki Keluarga

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 276 hits
Song Joong ki telah dilihat bersiar siar bersama keluarganya Artikel Berkaitan Terkini pada 18 Mei lalu seorang peminat telah terserempak dengan Song Joong ki dan isterinya di sebuah taman di Korea dan pasangan bahagia itu dilihat sedang be...
Datin Anne Ngasri Kongsi Kegembiraan Pencapaian Spm Anak Mama Bangga Dengan Result Spm Warits

Datin Anne Ngasri Kongsi Kegembiraan Pencapaian Spm Anak Mama Bangga Dengan Result Spm Warits

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 280 hits
Datin kongsi kegembiraan pencapaian anak Mama bangga dengan result SPM Warits Datin Anne Ngasri berkongsi kegembiraan dengan kejayaan yang diraih anaknya Abdul Warits Abdul Wafi dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2023 Datin Anne Ngasri Kongsi K...
Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Siri 1 2025

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles

Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Lomba Trading Pontianak 2025 Buktikan Skillmu Di Akun Demo Dan Live

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemuda Pas Fitnah Psb Rampas Hak Milik Rakyat Dicabar Debat Terbuka

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Biar Biduk Berlalu Asalkan Kiambang Bertaut

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London