Wajah Anak Dicakar Ibu Geram Dengar Alasan Taska Whatsapp Kata Lain Cctv Nampak Lain
Seorang ibu meluahkan kekesalan apabila mendapati wajah anak lelakinya dipenuhi kesan cakaran selepas berada di bawah jagaan sebuah pusat taska dalam kejadian beberapa bulan lalu
Menerusi satu posting di laman Facebook kelmarin, Lidiya Izam berkongsi beberapa keping gambar anaknya Aqasha termasuk tangkap layar perbualan dalam WhatsApp bersama seorang guru selepas kejadian tersebut
Lidiya mendakwa, pusat taska itu memberi alasan tidak sempat bagi meleraikan ‘pergaduhan’ kanak-kanak yang mencakar anaknya, tapi lain pula apabila dia melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
“Kejadian berlaku 2-3 bulan yang lepas.. Kesal sangat sangat bila bagi amanah pada taska yang berdaftar yang mempunyai nama & juga established. Sikap kecuaian pihak taska yang bagi saya tak boleh diterima pakai
“Based on conversation via Whatsapp pada awalnya, kononnya cikgu tak sempat meleraikan kanak kanak yang mencakar Aqasha, tapi hakikatnya bila tengok CCTV, lain pulak jadinya,” katanya
Berdasarkan rakaman CCTV, Lidiya berkata tiada orang dewasa dilihat berada dalam bilik jagaan namun dalam perbualan WhatsApp pula, guru itu mendakwa pengasuh sedang memberikan susu kepada kanak-kanak lain
WhatsApp kata lain, CCTV nampak lain
“Kata pengetua taska tersebut, cikgu keluar buat susu & cikgu lain pergi solat. Solat berjemaah ke? Solat berjemaah memang bagus tapi kena lah dengan situasinya.
“Jadi dekat situ rasa macam dimanipulasi, sebab based on Whatsapp cikgu tengah bagi kanak kanak lain minum susu jadi saya expect cikgu ada depan Aqasha, rupanya satu cikgu pun takde dalam bilik,” ujarnya
Lebih mengecewakan apabila pihak taska seolah-olah mahu melepaskan tangan kerana tiada perbincangan lebih lanjut, jauh sekali untuk berjumpa dengan ibu mangsa berhubung kejadian terbabit
“Selepas kejadian, satu call pun saya tak dapat dari pihak taska untuk jumpa berbincang dengan saya walhal saya yang terhegeh hegeh whatsapp tanya keadaan.
“Patutnya saya yang emosi tapi aihh pengetua tu pulak yang emosi dan biadab pulak. Pengajaran buat saya & juga parents dekat luar sana.. Check background even berdaftar sekalipun, tanya macam macam sebelum daftar anak
“Macam macam dah dengar cerita pasal pengasuh puaka tapi akhirnya kena dekat anak sendiri atas sebab kecuaian. Kalau lama lagi ditinggal dalam satu bilik tu, nauzubillah,” luahnya lagi
Bagaimanapun, Lidiya tidak berkongsi perkembangan terkini mengenai anaknya atau mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat taska berkenaan
Posting itu menerima ratusan tanda suka dan 3,200 perkongsian selain 1,000 komen netizen yang rata-rata berasa simpati terhadap kejadian menimpa Aqasha serta menggesa ibu mangsa agar membuat laporan polis
Sumber: Facebook Lidiya Izam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kelimerah.com/2022/06/wajah-anak-dicakar-ibu-geram-dengar.html