Wabak Koronavirus Antara Kekuasaan Allah Dan Kelemahan Pentadbiran Ph




BERITA mengenai penularan wabak novel Coronavirus dari Wuhan, China bukan sahaja menggemparkan seluruh Malaysia, malah menjadi isu yang sangat menakutkan diseluruh dunia. Laporan Al Jazeera, CNN, BBC dan beberapa media mega lain menunjukkan betapa parah virus pembunuh itu mampu membunuh manusia dengan pantas, hanya melalui pernafasan dan sentuhan manusia.
2. Setakat ini, angka kematian mencatatkan hampir 80 orang dan semakin meningkat dari hari ke hari. Angka kes positif koronavirus pula kira-kira 2000 kes termasuk empat kes daripadanya di Malaysia. Rakyat Malaysia menyuarakan kebimbangan serta kegusaran mereka disebabkan beberapa tindakan kerajaan yang masih tidak menjamin apa-apa tentang pengawalan pelancongan China ke negara ini. https://www.google.com/amp/s/www.bbc.co.uk/news/amp/world-asia-china-51259649
3. Ketika berada di Syria dalam Misi Bantuan Musim Sejuk kepada pelarian Syria, saya melihat satu sudut yang mengubah getar hati mengenai besarnya hikmah, ujian, serta cabaran Allah SWT kepada umat manusia. Di sebalik ujian, terkandung ilmu dan Maha Suci Allah yang berkuasa mencipta sesuatu, seperti terkandung dalam Surah Al Baqarah ayat 155-156 :
(وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(ٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِیبَةࣱ قَالُوۤا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ)
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
4. Koronavirus adalah satu ujian terbesar dari Tuhan sekalian alam yang manusia sendiri tidak mampu untuk membendung dengan petikan jari. Ketika ini, para saintis bertungkus-lumus mencari penawar hingga mereka sendiri menjadi keliru, sedih, kecewa. Malah, pakar perubatan yang merawat mangsa juga meninggal dunia akibat jangkitan virus di hospital Wuhan semasa menjalankan tugas menyelamat manusia.
5. Ia justifikasi kepada kuasa Allah, yang berkuasa menjadikan dunia ini seaman-aman dunia, dan sekelip mata Dia mampu jadikan dunia milikNya ini menjadi huru-hara.
6. Apakah kita pernah berfikir mengapa ini terjadi? Sedangkan Allah berfirman
(… فَٱعۡتَبِرُوا۟ یَـٰۤأُو۟لِی ٱلۡأَبۡصَـٰرِ)
Ambillah pengajaran wahai orang-orang yang mampu melihat.
[Surat Al-Hashr: 2]
7. Jawapannya terletak pada diri kita sendiri yang khianat kepada diri dan melakukan kerosakan kepada diri sendiri. Kita mempersendakan hukum, kita menggalakkan LGBT, mempersendekan Al-Quran, kita memperlekehkan junjungan Nabi, malah kita sering menganggap hidup kita langsung tiada kena mengena dengan spiritual dan Islam. Baru-baru ini di negara kita sendiri pendidikan agama selama empat hari seminggu diperlekehkan, tulisan Jawi dijadikan bahan tentangan, dan aktiviti agama di sekolah dianggap membebankan oleh sesetengah pihak.
8. Paling ketara adalah politik dunia kita sendiri yang mengutamakan kemajuan fizikal, tanpa menitik beratkan perihal rohani dan spiritual serta mengisi kelopongan jiwa manusia yang semakin lompong dari nilai ketuhanan dan akhlak Islam.
9. Di dalam kekalutan ini, ketika inilah rakyat memberi harapan penuh kepada politik dan kerajaan Malaysia untuk mencegah, membendung, dan mengurus dengan bijaksana. Pengurusan haruslah mengikut akal yang benar serta berpandukan ilmu, bukan tindakan mengejar kekayaan dan keuntungan semata-mata.
10. Saya terkilan dengan kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang gagal membatalkan visa automatik pelancongan China, sedangkan realiti sudah mereka tahu betapa tingginya ketakutan rakyat Malaysia dalam menerima ancaman yang cukup bahaya.
11. Sedangkan Filipina secara tegas menjaga nyawa rakyatnya dengan ‘menghalau’ balik pelancong dari Wuhan agar keberangkalian virus pembunuh tidak merebak ke dalam tiap tubuh badan rakyat Filipina. Russia juga dengan tegas menyekat kemasukan warga China dengan pembatalkan penerbangan mereka melibatkan pelancong tanah besar China dan mengetatkan sempadan agar tiada siapa dari Wuhan lolos memasuki negaranya. Hong Kong mengisytiharkan darurat selepas larangan pelancong Wuhan ke negara mereka untuk keselamatan warga mereka.
11. Sementara di Malaysia, betapa rapuh mereka mentadbir dengan mempertaruhkan nyawa rakyat Malaysia dengan dogma kepada rakyat ‘ia tidak apa-apa’ sedangkan musibah sains itu tidak pernah wujud penawar hingga kini! Beberapa pelancong Wuhan yang dijangkiti virus telah pun lolos dari Singapura ke Malaysia dengan jalan darat hingga terpaksa dirawat di Hospital Sungai Buloh dan merisikokan warga kerja dan pesakit di Sg Buloh.
12. Dahulu, PH mendabik dada menyatakan mereka berada dalam kebenaran apabila menuduh Barisan Nasional (BN) menjual negara kepada China. Sekarang, ianya menjadi karma apabila virus Koronavirus turut menyerang Malaysia dan kerajaan baharu pula seolah-olah ‘menjual nyawa orang Malaysia’.
13. Berapa banyak lagi kerosakan yang mahu dilakukan wahai kepimpinan negara?
14. Apakah kematian dan penyakit berjangkit yang diuji Allah mengatasi Sains, tidak memberi apa-apa pengajaran kepada kita?
15. Kepimpinan dan politik harus kembali kepada dasar yang betul seperti disyorkan dalam Al-Quran kerana kalam Allah lebih lengkap dan terdiri bermacam ilmu untuk dijadikan panduan.
16. Politik juga adalah dari rakyat, maka kepada rakyat politik itu harus menyumbang bakti. Politik yang baik juga perlu berorentasikan rakyat, bukan keegoaan ahli politik itu sendiri.
17. Sama-sama kita merasa insaf dan mengambil dugaan ini dengan penuh keperluan ilmu, serta menjaga kebersihan diri agar terhindar dari serangan kematian ini.
18. Solidariti Muafakat Nasional akan terus bersandarkan kebajikan, keselamatan yang selari dengan pembangunan rakyat berteraskan ilmu-ilmu serta penghormatan yang setara untuk semua bangsa.
19. Sesungguhnya kepada Allah jua kita meminta pertolongan dan kepada Allah saya berserah diri. – UMNO ONLINE
Khaidhirah Dato Seri Abu Zahar
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/29/wabak-koronavirus-antara-kekuasaan-allah-dan-kelemahan-pentadbiran-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wabak Koronavirus Menular Di Ipoh

Wabak Koronavirus Menular Di Ipoh

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 429 hits
PALSU Tular di media sosial dakwaan kononnya wabak Koronavirus telah menular di Ipoh Perak PALSU Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tiada penularan wabak koronavirus di Ipoh
Allah Tampakkan Tanda Tanda Kekuasaan Nya 9691

Allah Tampakkan Tanda Tanda Kekuasaan Nya 9691

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 310 hits
Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah sentiasa mengingatkan hamba hamba Nya untuk kembali kepada Nya Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui semua yang terjadi di alam ini Allah memiliki hikmah dari semua kej...
Sedap Sedap Tak Peduli Wabak Koronavirus Lelaki Ini Telan Anak Tikus Hidup Hidup

Sedap Sedap Tak Peduli Wabak Koronavirus Lelaki Ini Telan Anak Tikus Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 562 hits
Di kala ramai yang menyuarakan kebimbangan dengan penularan wabak koronavirus di China sehingga merebak di beberapa negara lain masih ada individu yang sanggup makan makanan eksotik yang dilaporkan antara penyebab kepada kewujudan virus ter...
Wabak Koronavirus Di Negara Ini Belum Memasuki Tahap Serius Pm

Wabak Koronavirus Di Negara Ini Belum Memasuki Tahap Serius Pm

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 276 hits
Wabak koronavirus di negara ini belum memasuki tahap serius kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah wajar untuk menyaring pelancong dari China dan mengenakan kuarantin kepada mereka...
Ucapan Di Antara Allah Nabi Muhammad S A W

Ucapan Di Antara Allah Nabi Muhammad S A W

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 523 hits
Master cerita pasal tadi dia dapat daripada khutbah minggu lepas Rupa rupanya bacaan tahiyyat yang manusia Muslim duk baca dalam solat itu adalah ucapan2 di antara Rasulullah sollallahu alaihi wassalam dan Allah subhanahu wa ta ala 3 ucapan...
Apa Saja Cara Berpakaian Itu Antara Saya Dengan Allah

Apa Saja Cara Berpakaian Itu Antara Saya Dengan Allah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 298 hits
Beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat yang berpakaian wanita dan lengkap bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah yang mengundang The post appeared first on
Saringan Suhu Tidak Cukup Kekang Wabak Koronavirus

Saringan Suhu Tidak Cukup Kekang Wabak Koronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 326 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Malaysia berhak buat keputusan walaupun WHO belum keluar larangan BANGI Tindakan memperketatkan saringan suhu di pintu masuk negara tidak mencukupi untuk mengawal atau mengekang penyebaran wabak Novel Coronavirus ke ...
Bukan Semua Koronavirus Adalah Wuhan Koronavirus Dikenal Pasti Sejak 60 An Doktor Perjelas Asal Usul Wabak Ini

Bukan Semua Koronavirus Adalah Wuhan Koronavirus Dikenal Pasti Sejak 60 An Doktor Perjelas Asal Usul Wabak Ini

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 319 hits
Virus yang telah membunuh 80 orang penduduk di Wuhan terus menjangkiti lebih ramai mangsa sehingga beberapa bandar di wilayah itu dikuarantin menyebabkan kenderaan tidak dibenarkan keluar masuk dan pergerakan dibataskan Virus ini dikatakan ...
Netizen Suarakan Kebimbangan Wabak Koronavirus Dah Dikesan Di Malaysia

Netizen Suarakan Kebimbangan Wabak Koronavirus Dah Dikesan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 579 hits
Netizen Suarakan Kebimbangan Wabak Koronavirus Dah Dikesan Di Malaysia Kementerian Kesihatan telah membuat sidang media mengenai kes pertama koronavirus di Malaysia yang melibatkan warga China yang memasuki negara ini melalui Johor Netizen ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo