Voucher Lazada Bernilai Rm566 Dan Rm633 Nak Beli Apa Ya


Baru-baru ini, Lazada Malaysia telah mengadakan promosi jualan murah bersempena dengan tarikh istimewa, iaitu 8.8
 
Promosi Mega Sale 8.8 ini juga turut dijalankan oleh beberapa online shopping yang lain, seperti Shopee, Watson dan lain-lain.
 
Mana-mana usahawan online yang turut menggunakan platform e-commerce Lazada dan juga Shopee, anda juga mungkin menerima tempias dalam bentuk pertambahan jualan pada hari tersebut.
 
Saya menjangkakan pada hari tersebut, jumlah trafik yang masuk ke laman web dan juga apps Lazada dan Shopee meningkat berkali ganda berbanding kebiasaan.
 
Kalau selama ini anda hanya bergantung kepada platform media sosial untuk buat jualan di internet, mungkin lepas ini anda boleh pertimbangkan untuk menjual di Shopee dan juga Lazada.

Saya telahpun membaca panduan menjadi seller di Shopee dan saya boleh katakan cara untuk mula menjadi seller disitu mudah sahaja.
Baca juga: Review panduan Bisnes Shopee
 
Saya tak bercadang untuk bercerita mengenai platform Shopee, sebabnya dalam Promosi Mega Sale 8.8 kali ini saya hanya beli barang menerusi Lazada.
 
Sebelum buat pembelian tu saya telahpun lakukan beberapa langkah yang biasa diambil oleh pengguna yang bijak.
 
Ya, saya telah lakukan perbandingan harga. Setelah membuat perbandingan harga di Shopee dan juga Lazada, dan meneliti semua seller yang menjual produk yang saya mahukan, akhirnya saya pilih untuk shopping di Lazada sahaja. (lagipun saya ada jumpa voucher bernilai RM566 dan RM633 di Lazada)

 
Promosi mega sale kali ini agak istimewa, sebabnya beberapa hari sebelumnya saya ada menerima kredit tunai dari e-PENJANA sebanyak RM50. Kredit ini saya tebus melalui akaun e-wallet Touch n Go.

Kredit ini akan expired pada 30 September 2020. Kalau tak pakai, atau tak habis pakai ia akan burn begitu sahaja. Sebelum ini, masa zaman Pakatan Harapan memerintah, saya pernah dapat kredit seperti ini dari Kerajaan Malaysia, dan ada baki yang saya tak sempat guna. Kali ini saya berazam untuk habiskan semua.
 
Baiklah, jadi saya pun nak ambik peluang ini untuk beli jam tangan G-Shock yang baru. Kebiasaannya, sebelum saya buat keputusan untuk beli, saya akan buat perbandingan harga antara beberapa seller dibawah ini.
i. All In One Hub
ii. C&H Movement
iii. Stussy Gallery
iv. The Wola
 
Memandangkan kesemua seller ini jual jam G-Shock Original, jadi saya akan pilih mana-mana satu yang boleh berikan harga paling menjimatkan.
 
By the way, selain pilih seller yang mampu bagi harga paling murah, saya juga akan lihat review dan komen-komen dari pembeli terdahulu juga. Kemudian saya akan chat dulu dengan seller untuk minta mereka hantarkan beberapa keping gambar produk (real picture) untuk saya buat penilaian seterusnya. Bila dah yakin baru buat tempahan dan bayar.
 
Tahukah anda, selain menunggu Lazada buat Mega Sale, masih terdapat beberapa lagi cara untuk dapatkan lebih penjimatan apabila membeli belah di platform tersebut.
 
Bagaimana caranya? Biar saya kongsikan kepada anda.
 
Dapatkan voucher Free Shipping Harga yang anda lihat pada listing kebiasaannya bukan harga akhir yang perlu dibayar. Ia masih belum campur dengan caj penghantaran.
 
Ada barang yang caj penghantarannya agak mahal, dan ada yang murah. Kadang-kadang caj penghantaran ini memang boleh buatkan kita jadi hilang minat untuk terus buat pembelian.

Kalau nak jimat duit bila membeli-belah di Lazada, pastikan anda tebus terlebih dahulu voucher untuk penghantaran percuma. Voucher ini agak limited, jadi kena selalu cek untuk tengok sama ada masih ada lagi atau tidak.
 
Tebus voucher kedai Seterusnya adalah tebus voucher promosi yang dikeluarkan oleh seller tersebut. Anda kena follow beberapa kedai sebab bukan semua akan berikan promosi tambahan.

Apabila anda klik pada tab voucher, dekat situ ada macam-macam seller yang tawarkan voucher diskaun. Boleh scroll down sampai anda jumpa seller yang anda rasa berkenan, atau kalau nak ambil semua pun boleh.

Tahu kan cara nak collect voucher ni semua? Ya betul. Tekan sahaja pada butang collect tersebut.
 
Pilih kaedah bayaran yang memberikan cash back tambahan Dalam contoh ini saya nak tunjuk tentang cash back yang bakal anda terima apabila bayar melalui e-wallet touch n go. Sila lihat dibawah ini ya.

 
Dengan pembelian minima sebanyak RM15 anda layak untuk memperolehi cash back sebanyak RM3.
 
Voucher Lazada bernilai RM566 dan RM633! Biasalah masa tu saya tengah tak buat apa-apa. Sambil-sambil tunggu masuk jam 12 malam, untuk Promosi Mega Sale 8.8, saya pun browse through senarai voucher yang ada.
 
Ini first time saya jumpa ada seller yang gila, yang bagi voucher sebegitu banyak.
 
Ini buktinya.


Voucher ini dikeluarkan oleh kedai bernama Benkeshop dan Yuemutshop. Kedua-dua seller ini adalah seller dari luar negara.
Benkeshop – RM566
Yuemutshop- RM633
 
Memandangkan pada waktu tu, saya ada masa terluang, maka saya pun lakukan beberapa eksperimen.
 
Saya nak tahu, dengan voucher sebanyak RM566 berapa banyak jam tangan jenama G-Shock yang saya boleh beli.
 
Bawah ini adalah hasilnya.

 
Seingat saya, saya ambil masa hampir satu jam untuk lihat senarai produk yang seller ini jual dan buat process mix and match bagi mengetahui berapa banyak penjimatan yang boleh saya terima.
 
Jumlah yang perlu dibayar adalah RM61.20
 
Dengan RM61.20 saya boleh dapat 4 buah jam tangan G-Shock dibawah. Hanya 3 buah jam yang perlu dibayar, satu lagi dapat percuma.

Untung sangat ni! Kan? Ada model Mud Master, G-Squad pun ada. Wow!
 
Kalaulah jam yang kedai ni jual adalah original, saya pasti tak teragak-agak untuk buat bayaran.
 
Ingat lagi kan, saya ada kata sebelum ni yang saya ada e-penjana sebanyak RM50. Kalau saya pilih untuk bayar menggunakan e-wallet Touch n Go, saya sebenarnya hanya perlu tambah duit sendiri sebanyak RM11.20 sahaja.
 
Seolah-olah seperti saya bayar RM11.20 untuk beli 4 jam tangan jenama G-Shock.
 
Saya ada buat pembacaan terhadap listing kedai ini, namun tak ada indikasi yang menunjukkan kedai atau seller ini jual produk original. Saya juga kurang yakin dengan seller ini, atas beberapa sebab. Antaranya
 
Nama Produk Nama produk dieja dengan ejaan yang salah.

Saya tak rasa ini adalah kesilapan menaip, tapi lebih kepada memang sengaja ditulis sedemikian rupa.
 
Casio dieja dengan ejaan Casioss
G-Shock ditulis sebagai G-Shockss
 
Jelas nama produk itu ditulis menggunakan perisian penterjemahan seperti Google Translate. Sebab tu ada perkataan “solar yang sukar” untuk merujuk kepada istilah Tough Solar.
 
Tiada gambar sebenar produk Seller hanya tunjuk gambar mock up yang biasa digunakan bagi tujuan promosi. Kalau semata-mata guna gambar seperti ini, kita tak boleh buat penilaian langsung.
 
Tiada review Buat masa ini belum ada sesiapa yang beli dari seller tersebut. Itu sebabnya tak ada sebarang review untuk seller ini. Ada ke sesiapa yang berani ambil risiko untuk beli dari seller ini?
 
Ship from overseas Barang ini dihantar dari luar negara. Saya kena tunggu hampir sebulan untuk dapat jam ini kalau saya beli. Selepas hampir sebulan, saya pasti mula hilang rasa teruja nak dapatkan jam tersebut.
 
Product description yang meragukan Seller tak sebut tentang fungsi-fungsi lain yang terdapat pada jam tangan.

Untuk brand atau jenama jam, hanya diletakkan istilah OEM atau merujuk kepada Original Equipment Manufacturer. Kalau produk Original, seller akan terus letak jenama sebagai Casio G-Shock.
 
Harga murah luar biasa Kita boleh rujuk di laman web rasmi untuk mengetahui berapakah harga yang dicadangkan bagi jam model tersebut. Kalau lebih murah sekalipun, ia tak seharusnya terlalu jauh beza.
 
Oleh yang demikian, jangan terlalu cepat teruja apabila dihidangkan dengan tawaran harga yang murah. Melainkan anda jenis yang tak kisah kalau dapat barang yang tak ada kualiti dan palsu.
 
Ada ke orang akan beli tanpa guna voucher? Saya mula merasakan yang seller ini sengaja berikan voucher yang tinggi sebab ini merupakan strategi mereka untuk jual lebih dari satu jam kepada seorang pelanggan.
 
RM61.20 boleh dapat 4 buah jam tangan.
Bermakna satu jam harganya jatuh kepada RM15.30 sahaja.
 
Lebih kurang macam harga jam di pasar malam sahaja, kan?
 
Bagaimana kalau ada pelanggan yang tak tahu atau tak perasan tentang voucher? Saya rasa perkara ini hampir tak mungkin berlaku, tapi sekadar untuk sembang kosong, dan kalau ada yang terus bayar harga jam, bermakna seller ini dapat untung yang sangat banyak menjual barangan yang belum tentu original!
 
Oleh sebab itu, sebagai pengguna, kenalah berhati-hati dan sentiasa baca penerangan. Beli sesuatu barangan dengan ilmu, dan kalau nak reject barangan tersebut juga, kena dengan ilmu.
 
Kesudahannya? Saya pun tak beli jam tersebut. Item masih lagi ada dalam shopping cart bagi memudahkan saya monitor pergerakkan harga jam tersebut.
 
Saya nak tengok, adakah satu hari nanti seller ini akan turunkan harga setiap jam yang dijual atau dia akan maintain dengan strategi bagi voucher diskaun melampau tinggi tak masuk akal. Saya tak pernah lagi jumpa strategi menjual seperti ini sebelum ini, dan saya rasakan ianya agak menarik untuk saya kongsikan disini.
 
Most likely, saya akan biar sahaja voucher yang saya collect ini expired dengan sendirinya. (ha3)
 
 
The post Voucher Lazada bernilai RM566 dan RM633 – Nak beli apa ya? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/voucher-lazada-bernilai-rm566-dan-rm633/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Beli Rumah Pertama Tapi Tiada Deposit Ini Cara Dapatkan Insentif Rm30 000

Nak Beli Rumah Pertama Tapi Tiada Deposit Ini Cara Dapatkan Insentif Rm30 000

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 424 hits
Buat anda yang ingin memiliki rumah pertama pasti anda pernah dengar dengan skim perumahan pertama yang diperuntukkan oleh kerajaan Skim MyDeposit ini membolehkan anda mendapat insentif sebanyak RM30 000 untuk membuat deposit rumah pertama ...
Hiburan Kena Reject Oleh Stesen Tv Sebab Instagram Sendu Amerul Affendi Buntu Nak Beli Followers Rasa Seperti Menipu

Hiburan Kena Reject Oleh Stesen Tv Sebab Instagram Sendu Amerul Affendi Buntu Nak Beli Followers Rasa Seperti Menipu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 561 hits
Jika anda penggemar drama indi tempatan pasti mengenali susuk tubuh pelakon berbakat ini iaitu Amerul Affendi Berilah apa saja watak untuk dibawa dalam sesebuah drama sudah pasti akan dipersembahkan dengan hasil yang terbaik Namun walaupun ...
Pengalaman Beli Jam G Shock Original Dari G People Store Di Lazada

Pengalaman Beli Jam G Shock Original Dari G People Store Di Lazada

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 525 hits
Baru baru ini Lazada telah mengadakan Promosi Mega Sale 8 8 Pada hari promosi tersebut diadakan ada banyak seller yang turut serta dalam kempen promosi tersebut dan menawarkan diskaun tambahan bagi produk produk terpilih yang mereka jual Ka...
Mudah Sangat Nak Anak Dengar Tiap Hari Wajib Bagi Ciuman Selitlah Ayat Sayang

Mudah Sangat Nak Anak Dengar Tiap Hari Wajib Bagi Ciuman Selitlah Ayat Sayang

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 377 hits
Mencium anak anak adalah sangat penting untuk menumbuhkan EQ anak dengan lebih segar Anak anak yang sering dicium dengan penuh kasih sayang merasai dirinya dikasihi Berdasarkan pengalaman Pakar Kekeluargaan Keibubapaan Dan Kasih Sayang dia ...
7 Cara Naikkan Berat Anak Underweight Nak Bagi Nasi Butter Boleh Tapi Berpada Pada

7 Cara Naikkan Berat Anak Underweight Nak Bagi Nasi Butter Boleh Tapi Berpada Pada

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 508 hits
Bila bayi kita disahkan underweight atau berat badan di bawah paras yang normal pada carta pertumbuhan kita tentu akan berusaha menaikkan berat badannya Ikuti 7 tip daripada pegawai dietetik ini Amar berumur 12 bulan tetapi berat badannya h...
11 Aksi Kucing Raksasa Menyerang Bandar Tak Tau Nak Seram Atau Tak

11 Aksi Kucing Raksasa Menyerang Bandar Tak Tau Nak Seram Atau Tak

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 542 hits
Apabila lihat newsfeed berkaitan kucing pasti terhibur dan ada saja gelagat haiwan kesayangan ini yang menyenangkan Tapi apa pula reaksi anda apabila kucing kucing ini hadir dalam bentuk gergasi dan menyerang kotaraya dan mengganggu ketentr...
Nak Anak Bijak Kena Rangsang Otak Sejak Bayi 10 Aktiviti Ini Boleh Buat Bayi Bijak

Nak Anak Bijak Kena Rangsang Otak Sejak Bayi 10 Aktiviti Ini Boleh Buat Bayi Bijak

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 444 hits
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi Bagaimana caranya Cuba lakukan kaedah di bawah bersama bayi anda Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat mer...
Semua Ibu Cuba Nak Normal Andainya Terpaksa Czer Terimalah Asalkan Ada Penghibur Hati

Semua Ibu Cuba Nak Normal Andainya Terpaksa Czer Terimalah Asalkan Ada Penghibur Hati

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 288 hits
Masa kini banyak kelahiran dilalui secara pembedahan caesarean disebabkan komplikasi komplikasi tertentu Walau apa pun cara kelahiran bayi semuanya ada risiko tersendiri Jika terlalu kerap melahirkan anak secara caesarean maka makin tinggi ...
Nasi Goreng Daging Marvelous Mudah Nak Buat Guna Daging Korban Buat Bekal Dalam Perjalanan Kenyang Satu Keluarga

Nasi Goreng Daging Marvelous Mudah Nak Buat Guna Daging Korban Buat Bekal Dalam Perjalanan Kenyang Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 997 hits
Hari Raya Aidiladha memang sinonim dengan ibadah korban sama ada kambing atau lembu Bila pulang ke kampung pasti ada kiriman daging yang akan di bawa pulang ke rumah Kadang bosan dengan menu yang sama seperti rendang dan daging apa kata bua...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever