Virus Covid 19 Cara Elak
Hai dan Assalamualaikum semua
Dunia sedang tenat sekarang.. Masalah virus Covid-19 masih meruncing terutamanya kat Malaysia ni
Takziah kepada individu yang kehilangan insan tersayang disebabkan virus ini, dan kepada sesiapa yang menghidap penyakit ni, stay strong okay! Terus positif and fight it!
Bila datang bencana camni, menyebabkan aku rasa tertampar juga, sebab betapa aku selama ni take for granted atas kehidupan normal aku sebelum ni yang aku rasa boring
Selama ni kita boleh keluar ke mana saja kita suka, makan di restoran kegemaran, hangout dengan kawan-kawan, balik kampung sebulan sekali, lepak mamak, tengok wayang.. Sekarang? Kemudahan dan nikmat itu ditarik
Mungkin kita perlu fikir sejenak, dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan asek merungut dan berkeluh-kesah selama ini. Diharap selepas kes Covid-19 ni selesai dan reda, kita semua berubah okay? Hargai kesenangan yang kita ada dan take care of this earth
Okaylah.. jom tengok apa cara untuk lindungi diri kita dari virus ni:
Cuci tangan selalu! Virus ni masuk ke dalam rongga badan kita melalui mulut, mata dan hidung so tangan kenalah sentiasa bersih dari virus tu. Sila rujuk cara cuci tangan yang betul okay? Kena sekurang-kurangnya 20 saatElakkan memegang muka sebab nanti virus Covid-19 masukSentiasa pakai mask (penutup mulut) dan guna hand sanitizer bila di luarElakkan berkumpul di tempat orang ramai. Kalau ada perkara yang tak boleh dielakkan, pastikan jarak 1 meter. Dan waktu ini elakkan bersentuhan, bersalam-salaman atau berpelukanElakkan dari ke pasar yang menjual haiwan-haiwan hidup atau tempat sembelihan haiwanElakkan memakan haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurnaSegera mendapat rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau mengalami kesukaran bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari mana-mana kawasan berisiko tinggi. Jujurlah kepada doktor
Sumber: SINI
Okay.. aku harapkan semua ikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu duduk di rumah sahaja. Ramai tak faham kenapa, sebabnya kita nak bagi virus-virus di tempat-tempat awam tu mati. Virus tu perlukan perumah iaitu manusia untuk hidup, so kalau takde manusia kat luar maka virus tu matilah, maka kuranglah orang dapat penyakit ni. Faham tak?
Semoga yang sakit akan cepat sembuh.. Semoga wabak pandemik ini cepat-cepat hilang dari mukabumi ni. Stay safe semua. Jaga kesihatan. May you all safe from all harm
Till then.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://razfira.blogspot.com/2020/03/virus-covid-19-cara-elak.html