Selamat Pengantin Baharu Nurul Nadia Dan Pasangannya
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Selamat Pengantin Baharu Nurul Nadia Dan Pasangannya. Kisah throwback 08072023 yang lalu alhamdulillah rezeki dapat menghadiri jemputan kahwin cousin Mrs. A di Felda Jelai 1. Cousin Mrs. A adalah pengantin perempuan iaitu anak kepada arwah bapa saudara (adik emak Mrs. A) yang Mrs. A panggil pakcik Latif.[SINI]
Kiranya pada tahun 2023, ini adalah kali kedua Mrs. A ke Felda Jelai 1 yang pertama dulu kisahnya di coretan [SINI] Pada majlis Nurul ini Mrs. A pergi sekali dengan KakNgah. Janji berkumpul di kampung dulu kemudian gerak sama-sama ke Jelai 1. Pada hari kejadian tu Mr. A tak join sebabnya dia dah ada program lain di Ipoh, Perak so kekdahnya Mrs. A pergi satu kereta bersama anak-anak. KakNgah pulak satu kereta bersama bangah, emak dan 2 orang mak sedara. Anak dia Iqin tak dapat ikut sebab kerja da..
Walaupun we all gerak dari kampung awal iaitu kira-kira pukul 11.00 pagi tapi tulah malang tidak berbau dah sampai Gemencheh tu kereta KakNgah pulak pancit tayarnya. Bertambah malang tayar spare pun tak boleh guna. So Bangah kata semua keluar tunggu sini (tepi jalan bawah pokok) sementara dia drive slow-slow patah balik ke pekan Gemencheh pergi betulkan tayar tu 😓😓😓. Setelah kejadian tayar pancit tu emak Mrs. A tukar kereta naik Myvi dengan Mrs. A dan anak-anak. Lebih kurang 1 jam jugaklah kena sidai barulah Bangah sampai dan we all pun meneruskan perjalanan ke Jelai 1. Alhamdulillah selamat juga sampai ke destinasi lebih kurang pukul 1 lebih gittewww..
Selamat Pengantin Baharu Nurul Nadia Dan Pasangannya.
Bergambar bersama pengantin yang hero lagi 3 orang tak mau bergambar
✌Adik bongsu pengantin dan Emak
Aduh lolap pulak Bangah 😐 Yatie serta family cousin we all jugak
Baju purple Acik Ina emak perantin
Lagi gambar bersama perantin 😍
Adik Perantin
Alhamdulillah dapat jumpa Yatie lama betul tak jumpa
Okay last gambar sebelum pulang yang tengah tu abang perantin
Alhamdulillah seronok sangat dapat berjumpa dengan sepupu-sepapat. Pakcik Jeff pun ada jugak time ni tapi anak-anak dia tak jumpa sebab we all sampai lambat depa dah pulang. Dia ajak datang rumah tapi we all masing-masing nak pulang awal. Cuma tulah cousin mak Mrs. A yang dari Bangi dan KL tu tak jumpa pulak. Selalunya bila kenduri-kendara macam ni jika dijemput mereka pasti datang menyantuni. Agaknya time ni mereka ada hal yang tak dapat dielakkan atau pun depa datang timing tak sama wallahualam.
Selamat Pengantin Baharu Nurul Nadia Dan Pasangannya didoakan berbahagia hingga ke Jannatul Firdausi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2023/07/selamat-pengantin-baharu-nurul-nadia-dan-pasangannya.html