Viral Parah Disondol Babi Hutan Selepas Selamatkan Dua Beranak Ayah Hero Kami


(Gambar besar) Rakaman CCTV menunjukkan salah seorang mangsa diserang babi hutan. (Gambar kecil) Salah seorang mangsa. Foto Facebook Nurbaiti Al-Habsyi
NIAT mahu menyelamatkan seorang wanita bersama anak kecilnya yang disondol babi hutan, seorang bapa menerima nasib malang diserang haiwan itu.

Dalam kejadian di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada petang Selasa itu dikongsikan anak mangsa di halaman Facebook sehingga ia tular.

Pengguna Facebook, Nurbaiti Al-habsyi memberitahu bapa saudaranya turut berada di lokasi kejadian di kampung halamannya ketika diserang babi hutan.

“Ayah datang untuk menyelamatkan seorang kakak dan anak kecil yang disondol babi hutan. Demi menyelamatkan mereka, ayah pula diserang.“Pakcik saya juga terkena serangan babi hutan. Sekarang ayah dan pakcik saya ada di Hospital Seberang Jaya. Doakan ayah saya ya, semoga kebaikan yang ayah lakukan ini mendapat ganjaran mulia daripada Allah SWT serta kesembuhan dan kesihatan seperti sedia kala,” katanya menurut perkongsian pada malam Selasa.
Perkongsian Nurbaiti di Facebook mengenai bapanya yang diserang babi hutan.
Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan yang kini tular, lokasi kejadian di Desa Cempedak di Tasek Gelugor itu, beberapa mangsa dilihat diserang babi hutan.

Pada petang Rabu, Nurbaiti meluahkan rasa sayang terhadap bapanya yang disifatkan sebagai wira kerana sanggup berkorban demi menyelamatkan nyawa orang lain.

“Ayah adalah hero kami yang paling terbaik. Ayah segala-galanya untuk kami. Kami tahu ayah kuat dan ayah mampu bertahan.“Kebaikan ayah menyelamatkan orang lain akan dibalas ganjaran kesembuhan dan kesihatan sepenuhnya demi menyelamatkan dua nyawa lain,” katanya.
Mangsa dibawa ke hospital. Foto Facebook
Nurbaiti mewakili adik-beradiknya berasa bahagia kerana mempunyai insan yang bergelar bapa yang terbaik buat mereka.

“Ayah sanggup bergelut melawan babi hutan bila diserang. Mulianya hati ayah. Kami anak-anak sentiasa mendoakan kesembuhan ayah. Ayah yang terbaik.

“Kamu adalah hero, kami anak-anak berbangga menjadi anak-anak ayah. Kami bahagia memiliki ayah yang terbaik dalam dunia akhirat kami. Kami semua sayangkan ayah,” katanya.
Perkongsian terbaharu Nurbaiti mengenai bapanya, sehari selepas insiden.
Sementara itu, memetik laporan Astro Awani pada malam Rabu, seorang wanita bersama anaknya yang berusia setahun lima bulan cedera diserang babi hutan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, mangsa, Asmawati Hassan dipetik sebagai berkata, seekor babi hutan yang muncul secara tiba-tiba di kawasan perumahan Desa Cempedak, Tasek Gelugor.

Asmawati menunjukkan kecederaannya selepas diserang seekor babi hutan di Desa Cempedak, Tasek Gelugor di Pulau Pinang, semalam. - Astro AWANI
Selepas dia terjatuh motosikal, haiwan tersebut terus menyerangnya menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian kaki dan calar-calar di seluruh badan, manakala anaknya cedera di bahagian muka.

Namun, kedua-dua mereka bernasib baik apabila seorang penduduk datang menghulurkan bantuan, sebelum dia dan anaknya berlari masuk ke sebuah rumah berdekatan.

Mangsa dirawat di Hospital Seberang Jaya. Foto Facebook Nurbaiti Al-habsyi
Seorang lagi mangsa, Wan Ibrahim Wan Ismail, 60 tahun, berkata dia baru sahaja selesai berkebun apabila diserang haiwan berkenaan dari belakang.

“Saya baru hendak masuk rumah apabila tiba-tiba saya terpelanting disondol. Haiwan tu datang dari belakang. Saya nak bangun semula tetapi babi tu sondol sekali lagi. Jadi saya sabit mata dia dan terus lari masuk pagar rumah,” katanya.
Akibat kejadian itu, ibu jari kiri Wan Ibrahim terpaksa dipotong dan tangan kanannya juga menerima beberapa jahitan.

Tambah Wan Ibrahim, abangnya Wan Idris yang menyelamatkan Asmawati dan anak kecilnya, mengalami kecederaan parah dan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Seberang Jaya.

Menerusi ruangan komen pada perkongsian Nur Baiti di Facebook petang Rabu, dia memaklumkan bapanya dalam keadaan stabil dan telah menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahagian paha dan tapak tangan.-mStar

 Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/BlogSensasi/~3/0SgmH6XjWPY/viral-parah-disondol-babi-hutan-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daging Babi Dilempar Dalam Dua Buah Surau Awal Pagi Tadi

Daging Babi Dilempar Dalam Dua Buah Surau Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 389 hits
Dua buah surau di Serkam di sini dicemari dengan penemuan objek dipercayai daging babi beserta nota di pekarangan surau berkenaan awal pagi tadi Dalam kejadian lebih kurang 5 00 pagi insiden pertama itu disedari jemaah Surau Bukit Serkam ya...
Dua Elang Dilepasliarkan Di Hutan Sancang Garut

Dua Elang Dilepasliarkan Di Hutan Sancang Garut

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 133 hits
Aktivitas elang di alam liar itu akan mendapatkan pengawasan dari petugas khusus untuk mengetahui keberadaan elang tersebut Pelepasan elang tersebut sebagai upaya menjaga kelestarian alam terutama menjaga populasi elang di Garut
Daging Babi Bersama Nota Ditemui Di Dua Surau Di Melaka

Daging Babi Bersama Nota Ditemui Di Dua Surau Di Melaka

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 334 hits
Dua buah surau di Serkam Merlimau Melaka pagi ini dikejutkan dengan penemuan cebisan dipercayai daging babi berserta nota di halamannya awal pagi tadi Menurut Sinar Harian insiden di pertama disedari jemaah Surau Bukit Serkam kira kira jam ...
Klhk Tangkap Dua Orang Dan Sita Alat Berat Diduga Hendak Rambah Hutan Riau

Klhk Tangkap Dua Orang Dan Sita Alat Berat Diduga Hendak Rambah Hutan Riau

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 179 hits
Saat ini dua orang pekerja itu masih diamankan dan berstatus saksi Sedangkan dua alat berat disita penyidik KLHK sebagai barang bukti Polisi sudah mengantongi identitas pengusaha yang menyuruh melakukan perambahan di kawasan hutan penyangga...
Dua Muncikari Dicokok Di Depok Usai Tawarkan Psk Di Bawah Umur Kepada Pemancing

Dua Muncikari Dicokok Di Depok Usai Tawarkan Psk Di Bawah Umur Kepada Pemancing

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 219 hits
Kedua muncikari itu biasanya menjadi penyedia jasa PSK bawah umur di sebuah pemancingan di Taman Jaya Bulak Timur Kecamatan Cipayung Kedua pelaku adalah pekerja serabutan
Dana Bantuan Parpol Di Dki Naik Dua Kali Lipat Jadi Rp 10 6 Miliar

Dana Bantuan Parpol Di Dki Naik Dua Kali Lipat Jadi Rp 10 6 Miliar

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 196 hits
Untuk mewujudkan kenaikkan tersebut Kesbangpol akan mengajukan kenaikan dana bantuan kepada Gubernur DKI Jakarta Hal tersebut sesuai dengan Pasal 5 Ayat 7 Peraturan Pemerintah Nomor 1 Tahun 2018 tentang Perubahan Kedua atas Peraturan Pemeri...
Penduduk Selangor Bertambah Dua Juta B40 Tetap Dapat Air Percuma

Penduduk Selangor Bertambah Dua Juta B40 Tetap Dapat Air Percuma

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 300 hits
Foto NSTSHAH ALAM 26 Nov Bilangan rakyat Selangor yang semakin meningkat merupakan antara faktor pemberian air percuma hanya terhad kepada golongan berpendapatan rendah bermula tahun depan kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari Beliau b...
Perang Rom Parsi 602 628 Dua Empayar Teragung Dunia

Perang Rom Parsi 602 628 Dua Empayar Teragung Dunia

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 293 hits
Sebelum Perang Rom Parsi empayar Parsi sejak era Akaemeni sering melanggar benua Eropah dengan menyerang negeri negeri Greek tetapi tidak berjaya sebaliknya keajaiban berlaku ketika lahirnya penakluk terulung dunia iaitu Alexander the Great...
Jika Anak Ada Dua Pusar Di Kepala Bukan Nakal Tapi Ada Rahsia Lain Yang Korang Tak Tahu

Jika Anak Ada Dua Pusar Di Kepala Bukan Nakal Tapi Ada Rahsia Lain Yang Korang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 649 hits
Jika Anak Ada Dua Pusar Di Kepala Bukan Nakal Tapi Ada Rahsia Lain Yang Korang Tak Tahu Anak yang ada dua pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal keras kepala dan tak dengar cakap Ooo Patutlah dua pusar Bila dengar ada ad...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing