

Villa Hamat 5Dua (2) malam menginap di Villa Hamat 5 sudah tentu sangat menerujakan dan banyak hal menarik untuk dikongsikan dengan korang semua. Sebuah bilik yang sangat luas dengan kelengkapan yang cukup lengkap
kedudukan katil & almari baju di Villa Hamat 5
kedudukan katil & sofa di Villa Hamat 5
ruang rehat bersofa dan mini pantry di Villa Hamat 5Bukan sahaja ruangan bilik tidur sahaja, malah ruangan mandi juga mampu buat sesiapa saja yang tengok teruja. Ruang mandi yang cukup besar dan selesa.
ruangan tandas dan tempat mandi di Villa Hamat 5Untuk pengetahuan korang semua, setiap kamar di Villa Danialla Beach Resort dihias dengan dekorasi dan susun atur perabot yang berbeza
Villa Meriam sesuai untuk pasanganSelain Villa Hamat yang kami inap, korang juga boleh memilih untuk tinggal di Villa Matahari, Villa Ombak, Villa Zainab, Villa Meriam, Villa Haflin, Villa Russkaya, Villa Sarah, atau Villa Dato Siti. Tentang harga, korang tak perlu risau kerana mereka menawarkan harga yang cukup berbaloi-baloi dengan hanya serendah RM300 ke atas semalam mengikut cita rasa masing-masing
swimming pool bersaiz olympic hingga kedalaman 12 kakiINFINITY POOL | Istimewanya Villa Danialla ni kerana ianya berada di pesisiran pantai dan mempunyai sebuah kolam renang infiniti (infinity pool) yang bersaiz olympik dari kedalaman lima (5) kaki hingga ke dua belas (12) kaki yang betul-betul menghadap pantai
kedalaman swimming pool bermula dari 5 hingga 12 kakiBagi booking setiap bilik:*penggunaan kolam renang PERCUMA untuk 2 dewasa dan 2 orang kanak-kanak sahaja*add on kolam renang utk extra dewasa Rm30*add on kolam renang utk extra kanak2 rm20
menikmati keindahan matahari terbit di pantai sambil menunggang kudaHORSEBACK RIDING | Selain dari berehat di bilik yang sangat selesa dan mandi di infinity pool mereka, pengunjung juga boleh melakukan banyak aktiviti menarik seperti menikmati matahari terbit (sunrise) sambil menunggang kuda di persisiran pantai dengan hanya bayaran RM100 sejam (termasuk kelengkapan topi dan boot).
gelanggang bola tampar pantaiBEACH VOLLEYBALL | Untuk yang datang dengan kawan-kawan secara berkumpulan, korang juga boleh meluangkan masa bersama untuk bermain bola tampar pantai berdekatan dengan Villa Dato Siti
kuih tradisi akok yang dibakar guna dapur kayu dan sabut kelapaAKOK DAPUR KAYU | Di Villa Danialla ini juga, korang boleh menikmati keenakan makanan tradisi masyarakat negeri Kelantan iaitu "akok" . Lebih menarik, akok yang bakal dihidangkan pada korang adalah akok yang dibakar dengan menggunakan 100% cara asal atau cara tradisional iaitu dengan menggunakan dapur kayu dan sabut kelapa
dewan utama untuk pelbagai program & majlisSEWA DEWAN | Pada pendapat saya, Villa Danialla juga merupakan sebuah tempat peranginan yang sangat cantik untuk dijadikan lokasi aktiviti korporat (meeting dll) dan majlis perkahwinan, kerana mereka juga mempunyai dewan yang besar dengan kelengkapan yang cukup bagus dan selesa
sekitar ruang dalam dewan utamaPengunjung juga boleh berkunjung ke bandar kerana jarak vila ini hanya berlokasi 48 km dari bandar Kota Bharu. Selain itu, vila ini juga menjadi satu lokasi persinggahan yang popular bagi mereka yang ingin bercuti di Pulau Perhentian. Mana taknya, lokasi vila ni hanya makan masa tak sampai setengah jam perjalanan untuk ke jeti Kuala Besut. Jadi, alang-alang korang plan untuk bercuti ke Pulau Perhentian tu bolehlah ambil masa sehari dua untuk stay di sini|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |