Saya dan Encik Suami tiba di sini pada pukul 12.30 tengah hari. Masa ni hujan lebat baru saja berhenti, tetapi rintik-rintik hujan masih membasahi bumi
Kadar bayaran masuk bagi warganegara - RM2/dewasa dan RM1/kanak-kanak. Bayaran tertentu juga dikenakan bagi fotografi dan videografi komersial
Pintu gerbang tempat permulaan untuk kita naik ke atas. Kami memilih untuk berjalan kaki (baca : mendaki 😄) supaya dapat lebih menikmati suasana sekitar
Beginilah rupa laluan ke atas. Kali ini saya sempat ‘mengukur’ dengan menggunakan smart watch, jarak direkodkan kira-kira 160 meter. Tak jauh pun, tapi perlukan stamina sebab laluan mendaki. Kami berjalan santai sambil sesekali berhenti menikmati suasana sekitar dan merakam foto, disamping itu bolehlah ambil nafas 😄
Sudut pandang dari laluan mendaki - ruang parkir yang terletak di seberang jalan
Pemandangan indah saujana mata memandang
Tiba di atas, iaitu View Point Wang Kelian. Mungkin disebabkan faktor cuaca hujan, jadinya tak ramai pengunjung ketika ini
Pelantar yang menjadi tumpuan pengunjung merakam memori di View Point Wang Kelian. Kalau cuaca cerah, memang cantik berfoto di sini dengan berlatarkan panorama perbukitan batu kapur dan hamparan hijau alam
Di sudut lain - sudah ada alat teropong berbayar
Masih seperti dahulu, terdapat deretan khemah gerai jualan. Kami mencari-cari penjual caffe latte, nasi goreng dan char kuetiau yang pernah kami makan dulu, tapi tak kelihatan
Tulisan ‘Wang Kelian Perlis’ yang gah dan menarik untuk berfoto tanda sudah sampai di sini, tapi jadi tak menarik sebab ada khemah jualan. Mungkin pihak berkenaan boleh memindahkan khemah jualan ke bahagian bawah atau membuat susun atur khemah jualan yang lebih kemas
Dalam keadaan gerimis dan suasana berkabus, ini sajalah foto alam yang dapat dirakam. Pemandangan yang indah mempesona di mata saya|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |