Ketua Sindiket Warga Malaysia Isteri Ditahan Kes Ubah Wang Haram Rm650 5 Juta


 
Ketua sindiket warga Malaysia berusia 38 tahun dan isterinya warga Thailand ditahan pihak berkuasa negara itu masing-masing pada 16 dan 18 Dis lalu. (Gambar CIB)
BANGKOK: Polis Thailand percaya berjaya membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht (RM650.5 juta) melalui rangkaian transaksi palsu, susulan penahanan ketua kumpulan yang merupakan rakyat Malaysia dan isterinya warga Thailand.
Komander Bahagian Pencegahan Jenayah Ekonomi (ECD) di bawah Biro Siasatan Pusat (CIB), Puttidej Bunkrapue berkata pasangan itu adalah suspek utama yang dikaitkan dengan skim pengubahan wang haram berskala besar.
Puttidej berkata lelaki Malaysia berusia 38 tahun itu, yang dikehendaki di bawah waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah, ditahan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao di Songkhla ketika memasuki Thailand pada 16 Dis dan isterinya yang terlibat dalam skim itu, ditangkap di lokasi berbeza pada 18 Dis.
“Kedua-dua suspek menghadapi tuduhan bersekongkol dalam pengubahan wang haram,” kata Puttidej dalam satu kenyataan.
Puttidej berkata kedua-dua suspek mengaku semasa disoal siasat merekrut individu untuk menubuhkan entiti sah terutamanya untuk membuka akaun bank dan akaun ini kemudiannya dijual kepada pelanggan di beberapa negara Asean.
Sementara itu, ketua siasatan Theeraphas Yungyuen berkata operasi sindiket itu adalah rangkaian yang sangat terancang melibatkan warga Thailand dan asing.
“Sindiket itu mengubah wang lebih 5 bilion baht melalui lapisan transaksi penipuan yang kompleks,” katanya, sambil menambah lebih 50 waran tangkap dikeluarkan kepada individu yang dikaitkan dengan kes itu sejak beberapa bulan lepas.
“Suspek yang ditangkap adalah dalang dalam skim yang canggih. Mereka didakwa mengatur proses pengubahan wang haram dengan memindahkan dana melalui pelbagai akaun bank sebelum menukar wang itu kepada mata wang kripto USDT. Penggunaan aset digital ini merumitkan usaha untuk mengesan dana,” katanya.
Theeraphas berkata tangkapan itu berikutan aduan daripada ramai mangsa yang diperdaya untuk melabur melalui aplikasi mudah alih palsu, termasuk ‘Nicshare’ dan ‘ComonApps’, yang aplikasi ini secara palsu menjanjikan pulangan tinggi daripada pelaburan pasaran saham.
Beliau berkata CIB melancarkan ‘Operation Ghost Company’ dan mendedahkan lebih 200 ‘shell company’ (yang wujud secara sah, namun hanyalah di atas kertas) di seluruh Thailand, dengan kebanyakan entiti ini tidak beroperasi tetapi digunakan untuk membuka akaun bank keldai yang memudahkan pengubahan wang haram.
“CIB bertekad untuk menjejaki baki ahli rangkaian jenayah ini dan memastikan bahawa mereka yang bertanggungjawab menubuhkan ‘shell company’ dan memudahkan pengubahan wang haram didakwa berlandaskan undang-undang,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/ketua-sindiket-warga-malaysia-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Papagomo Ditahan Berkait Kes Tipu Ubah Wang Haram

Papagomo Ditahan Berkait Kes Tipu Ubah Wang Haram

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 223 hits
FMT ReportersSiasatan itu dipercayai berkait dengan satu laporan polis yang dibuat seorang menteri pada Julai lalu PETALING JAYA Penulis blog Wan Azri Wan Deris ditahan polis pagi ini dipercayai untuk siasatan berkait kes menipu dan aktivit...
Rosmah Bebas 12 Kes Ubah Wang Haram Lebih Rm7 Juta Lima Kes Lhdn

Rosmah Bebas 12 Kes Ubah Wang Haram Lebih Rm7 Juta Lima Kes Lhdn

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 240 hits
Rosmah hadir ke Mahkamah Tinggi kelihatan ceria selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7 097 750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN pada Khamis Hadiah unt...
Baru Tiba Di Malaysia Jam 6 50 Pagi Shuib Terus Ke Mahkamah Kes Rm1 6 Juta

Baru Tiba Di Malaysia Jam 6 50 Pagi Shuib Terus Ke Mahkamah Kes Rm1 6 Juta

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 198 hits
Pelawak Shuib bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang perbicaraan berhubung enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1 6 juta Memetik laporan dari Mstar Shuib yang juga dikenali dengan nama S...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 800 hits
BernamaSuspek ditahan kira kira lima kilometer dari tempat kejadian dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine Facebook IPD MukahSIBU Polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes bun...
Disyaki Dalang Sindiket Dagang Manusia 4 Warga Bangladesh Ditahan

Disyaki Dalang Sindiket Dagang Manusia 4 Warga Bangladesh Ditahan

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 132 hits
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata tiga suspek lelaki dan seorang wanita dipercayai pasangan kepada seorang suspek ditahan di sebuah premis pada malam Rabu lalu KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen menahan tiga lelaki dan seorang wa...
Kronologi Kes Batu Puteh Bagaimana Rakyat Malaysia Dibohongi Mahathir

Kronologi Kes Batu Puteh Bagaimana Rakyat Malaysia Dibohongi Mahathir

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 224 hits
HarapandailyMOHD PUAD ZARKASHIPembohongan terbaru Tun Mahathir mengenai Batu Puteh ialah itu bukan keputusan dia seorang Itu keputusan kolektif jamaah menteri Tetapi ia disangkal oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail Datuk Seri Mohamad Sabu ...
Muka Nak Selamat Malaysia Hangpa Percaya Annuar Musa Kes Mara Kaki Fitnah Sekoq Lagi Nak Poligami Kah Kah Kah

Muka Nak Selamat Malaysia Hangpa Percaya Annuar Musa Kes Mara Kaki Fitnah Sekoq Lagi Nak Poligami Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 219 hits
Khairol MudinPI LA TOLONG LEPAS BANJIR TU SELAMATKAN ORANG DULU laaaa inggatkan himpunan nak buat perubahan di kelantan teganu supaya dapat tarik pelancong rupa2 nya himpunan untuk tambahkan lagi kebebelan Walaun ermmm satu sen tak berguna ...
Minggu Final Famili Duo 4 Catat 4 3 Juta Penonton Kekal Menjadi Rancangan Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Minggu Final Famili Duo 4 Catat 4 3 Juta Penonton Kekal Menjadi Rancangan Pilihan Utama Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 253 hits
Famili Duo Musim 4 menutup tirainya dengan penuh gemilang sebagai rancangan realiti nyanyian keluarga TV3 mencatatkan prestasi cemerlang yang mencecah 4 3juta penonton Peningkatan rating sebanyak 71 6 Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan k...
Kes Rasuah Rm250 Juta Di Sarawak Datuk Direman 5 Hari

Kes Rasuah Rm250 Juta Di Sarawak Datuk Direman 5 Hari

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 208 hits
BernamaMenurut sumber suspek merupakan rakan kongsi kepada pengarah syarikat yang ditahan SPRM Khamis lepas Lelaki dalam lingkungan 50 an yang bergelar Datuk dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching pagi tadi untuk permohonan reman KUALA LUMPUR...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara