Video Viral Suami Keji Pukul Isteri Hingga Cedera Ditempat Awam
Baru-baru ini viral di laman media sosial tentang perilaku keji seorang lelaki yang bertindak memukul bekas isteri dan bapa mertuanya sehingga cedera di tempat awam. Perkara itu telah didedahkan seorang teman rapat kepada wanita tersebut dan mendapat perhatian rata-rata netizen
Menerusi laporan Harian Metro, kejadian berlaku disebabkan oleh konflik rumah tangga yang berlaku di antara pasangan itu
Berlaku pada 4 SeptemberMenurut laporan tersebut, kejadian itu berlaku di Jalan Utarid, Sungai Buloh pada pukul 12:15 tengah hari 4 September lalu
Video mengenai kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan telah menjadi tular di Facebook dan Twitter selepas dikongsikan seorang wanita yang juga merupakan teman rapat kepada mangsa
Nak periksa tayar tapi lain yang jadi
Menceritakan tentang kejadian itu, seorang sumber yang telah dihubungi portal itu berkata mangsa bersama bapanya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan urusan di Shah Alam
Namun, ketika sedang memandu mangsa yang merupakan bekas isteri kepada pelaku menyedari tayar keretanya telah pancit disyaki ditoreh
Mangsa memberhentikan kenderaannya di bahu jalan untuk memeriksa tayar sebelum menyedari kereta dipandu bekas suaminya berusia 34 tahun berhenti berhampiran
Suspek kemudian bertindak menghentak kepala mangsa dan bapanya di permukaan jalan sehingga menyebabkan pergelutan
Disedari orang awam
Kejadian itu telah disedari orang awam yang berada disitu. Bagaimanapun ceritanya, lelaki tersebut berjaya melarikan diri dan beredar dari lokasi tidak lama kemudian
Selepas kejadian, mangsa seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis USJ8, Subang Jaya
Lelaki terbabit kemudian beredar dari lokasi manakala mangsa dan bapanya bergegas ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut
Akibat kejadian itu, bapa mangsa menerima tiga jahitan di kepala manakala mangsa hanya mengalami cedera ringanSuspek ditahan namun dibebaskan dengan jaminan polis
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu berkata suspek telah ditahan dan memberi keterangan pada 9 September lalu
Bagaimanapun katanya, suspek tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama selepas dimaklumkan mengalami masalah tekanan perasaan
Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh ketika tampil memberi keterangan berkaitan kes itu kira-kira jam 12 tengah hari pada 9 September lalu
Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan pada hari sama
Suspek turut mengemukakan surat rujukan perubatan memaklumkan dia disahkan mengalami tekanan perasaan
Katanya, polis masih menunggu laporan penuh perubatan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan
Sebelum ini, kisah tersebut tular dan lelaki itu dikatakan telah mendera fizikal dan mental isterinya berkali-kali. Dikatakan juga, lelaki itu cuba mengugut untuk mengambil anak mereka daripada bekas isterinya selain mahu melakukan perkara yang lebih dasyat terhadap wanita itu
Sumber: Harian Metro, Facebook Mohd Kamal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/09/video-viral-suami-keji.html