Video Uqasha Senrose Syukur Doa Jodoh Dengan Kamal Adli Depan Kaabah Dimakbulkan Mahu Miliki 4 Cahaya Mata
SELEPAS mengumumkan sudah bergelar suami isteri sebulan lalu, pelakon Uqasha Senrose memberitahu rancangan mereka untuk menunaikan umrah pada 23 Disember depan sebelum berbulan madu.
Menurut Uqasha, 29, tujuannya berangkat ke tanah suci Makkah buat kali ketiga adalah bagi merealisasikan hajat Kamal yang pertama kali mengerjakan ibadah tersebut.
“Pertama kali saya mengerjakan umrah sebelum menjalani penggambaran drama bersiri, Selepas Terlafaznya Akad bergandingan dengan Kamal. Cuma ketika itu, hubungan kami tak lebih sebagai rakan artis sahaja.
“Alhamdulillah drama tersebut meletop dan selepas itu saya sekali lagi ke tanah suci bersama keluarga. Ketika itu kami sedang mengenali hati budi dan saya berdoa di depan Kaabah.
“Doa saya, sekiranya benar Ahmad Kamal Ahmad Adli adalah jodohku, Kau panjangkanlah jodoh kami dan jika sebaliknya, Kau pisahkan kami cara baik.
“Alhamdulillah jodoh kami berterusan dan kerana itulah sebabnya saya berhajat untuk buat umrah sekali lagi demi memanjatkan kesyukuran atas doa jodoh yang dimakbulkanNya,” katanya kepada mStar.
Majlis nikah pasangan selebriti ini diadakan di Janda Baik.
Uqasha dan Kamal ditemui semasa sidang media pengumuman perkahwinan mereka yang diadakan di De.Wan 1985 by Chef Wan @ The Linc, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November lalu.
Berita perkahwinan mereka terpaksa dirahsiakan kerana terikat dengan hak eksklusif bersama stesen penyiar Astro.
Doa saya, sekiranya benar Ahmad Kamal Ahmad Adli adalah jodohku, Kau panjangkanlah jodoh kami dan jika sebaliknya, Kau pisahkan kami cara baik.UQASHA SENROSEPELAKONTeruja untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri, Kamal berkata ini kali pertama menjejakkan kaki ke tanah suci itu.
“Ini pengalaman pertama saya buat umrah dan kami akan membawa bersama iringan-iringan doa yang baik-baik untuk kami berdua.
“Sudah semestinya saya tambah seronok sebab pergi tunai ibadah bersama-sama isteri. Doakan moga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Ditanya mengenai soal zuriat, pasangan ini mahu memiliki empat orang cahaya mata.
Malah kakak kepada Nelydia Senrose tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
Kamal dan Uqasha nikah pada 5 November lalu.
“Sejujurnya saya bersedia sekiranya ada rezeki hamil awal. Iyelah hal macam ni, sebaiknya tidak perlulah dirancang.
“Kalau ada (rezeki anak), ada la. Kalau ikut Kamal, dia gembira sekiranya kami mempunyai empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan,” katanya.
Pada 6 Oktober lalu, mStar melaporkan Uqasha telah menganjurkan sebuah majlis bridal shower (meraikan bakal pengantin) bersama adik-beradik dan sepupunya di sebuah restoran terkemuka.
Pada Disember tahun lalu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020).
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2021/12/video-uqasha-senrose-syukur-doa-jodoh.html