Video Tular Bergaduh Guna Senjata Di Pusat Futsal Youtuber Isa Isarb Rasa Bersalah Dan Tampil Jelaskan Perkara Sebenar



 
“Saya minta maaf kepada semua yang terkesan, sepatutnya saya tunjuk contoh baik tetapi tidak kerana bertindak mengikut emosi,” kata Youtuber, Isa Isarb.
Tular pada hujung minggu lalu apabila didakwa kumpulan daripada YouTuber terkenal membelasah seorang individu di pusat futsal berdekatan Pusat Perindustrian Subang atas faktor tidak puas hati.
Isu tersebut turut mendapat perhatian para netizen selepas didakwa kumpulan YouTuber berkenaan membawa 25 ahli beserta kerambit bagi membalas dendam. Insiden yang berlaku turut menjadi kes polis selepas kedua-dua pihak tampil membuat laporan selepas Rahimie selaku mangsa pukul cedera parah khususnya pada bahagian muka.
Isa Isarb atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman, 23, membuat permohonan maaf itu menerusi video berdurasi 17 minit 32 saat yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya semalam.
Perkongsian video itu bertujuan menjelaskan keadaan sebenar dan kisah di sebalik insiden pergaduhan di gelanggang futsal dekat Taman Perindustrian Subang, Selangor, Jumaat lalu
Sehubungan dengan itu, Isa Isarb pada hari ini selaku ketua mewakili Isarb Clan serta rakan kepada Isarb Hafiz tampil dengan sebuah video penjelasan di Instagram bagi menerangkan isu yang berlaku pada malam tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by Isa Isarb (@isaisarb)

Menerusi penerangan yang dibuat Isa Isarb, beliau pada malam itu telah mendapat panggilan daripadanya rakannya memaklumkan Isarb Hafiz dipukul beramai-ramai di pusat futsal. Mengenangkan rakannya serta mengakui dirinya mengikut emosi ketika itu, beliau bersama kumpulannya terus ke pusat futsal berkenaan.
Setibanya di pusat futsal, Isa memaklumkan melihat rakannya dipukul di mana beliau bersama kumpulannya cuba untuk membalas dendam kembali. Beliau turut mengakui terdapat perselisihan cerita mengenai isu yang berlaku di mana terdapat pihak yang memaklumkan Rahimie yang cuba memukul Hafiz manakala terdapat yang mengatakan pihak lain yang menyerang Hafiz.
Isu menjadi lebih besar apabila dimaklumkan Rahimie bukanlah individu yang menyerang Hafiz pada awalnya sebaliknya individu lain. Lebih parah, Rahimie turut diserang oleh dua atau tiga individu daripada Isarb Clan.

Rahimie mahu isu pergaduhan tidak diperbesarkan Selepas pergaduhan dileraikan, Isa Isarb bersama kumpulannya serta kumpulan daripada Rahimie turut ke balai polis bagi membuat laporan mengenai isu yang berlaku.
Isa Isarb turut memaklumkan menerima panggilan daripada Rahimie yang menjelaskan di mana beliau tidak memukul Hafiz sebaliknya Hafiz diserang oleh individu lain. Berdasarkan penjelasan, Rahimie turut menyatakan minat beliau terhadap video yang dikeluarkan Isarb Clan serta ingin isu yang berlaku tidak dibesarkan kerana mampu menjatuhkan air muka Isarb Clan.
Isu diselesaikan dengan kedua-dua pihak telah menarik laporan yang dibuat di balai polis berikutan perselisihan faham yang berlaku.
Terima RM10,000 daripada kumpulan Isa Isarb
Mendengar penjelasan yang dibuat Rahimie, Isa Isarb memaklumkan beliau berasa sebak serta rasa bersalah. Bagi menebus kesalahan kumpulannya, beliau dengan rela hati menawarkan untuk membayar kos rawatan bernilai rm2,000 di mana bahagian muka Rahimie dikatakan koyak.
Beliau juga turut membayar Rahimie RM8,000 di mana bayaran sebanyak dua kali ansuran. Isa Isarb mengakui wang yang dibayar mungkin tidak setanding darah yang tertumpah namun sedikit sebanyak dapat membantu Rahimie. Isa Isarb turut memaklumkan dakwaan kumpulan beliau membawa kerambit sewaktu bergaduh hanyalah fitnah semata-mata.
“Semuanya selesai cuma, keadaan jadi bertambah rumit apabila kisah itu tular di Twitter dan ia bukan hanya memburukkan nama malah bahagian pemasaran saya menerima banyak kiriman mesej berbaur makian selain tuntutan pemulangan wang bayaran dibuat oleh pelanggan.
“Ada dalam RM30,000 hingga RM40,000 yang sudah dipulangkan semula,” katanya.
Isa berkata, selain menanggung kerugian wang ringgit, dia turut kehilangan 30,000 pengikut di saluran Youtube.
“Ada 2.06 juta pengikut di Youtube tetapi jumlah itu berkurangan menjadi 2.03 juta selepas kes berkenaan.
“Ini bermakna 30,000 pengikut berhenti mengikuti saluran di Youtube,” katanya.
Meskipun begitu, Isa berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mengambil tindakan pantas dalam mengendalikan kes berkenaan.
Katanya, polis sudah mengambil tindakan sepatutnya dan dia menganggap kes itu sudah selesai.
“Apa yang berlaku disebabkan saya terlalu ikutkan darah muda.
“Saya akan cuba perbaiki diri dari masa ke semasa,” katanya.
Terdahulu, satu hantaran berserta video mengenai seorang youtuber bersama beberapa rakannya didakwa memukul seorang lelaki ketika perlawanan futsal tular di media sosial.
Dalam video berdurasi 31 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki dilihat bergaduh di gelanggang futsal berkenaan.
Susulan insiden itu, polis menahan 12 individu termasuk Youtuber Ahad lalu dan mengenakan kompaun kerana terbabit dalam pergaduhan itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, tindakan itu diambil selepas mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Turut mendapat perhatian Caprice
Selain mendapat pelbagai respon daripada netizen, rapper dan juga usahawan Carpice turut tampil komen pada video penjelasan Isa Isarb. Walau bagaimanapun, komen beliau telah dibuang setelah dikatakan baru sahaja menghubungi Isa Isarb mengenai isu yang berlaku.
Beliau juga turut memuat naik gambar komen beliau di laman Instagram beliau sendiri dalam mempersoalkan mengapa komen beliau dipadam. Caprice juga memaklumkan telah berhubung dengan Rahimie serta mendapat info alatan yang digunakan untuk menyerang Rahimie bukanlah kerambit seperti yang didakwa sebaliknya adalah walkie talkie.
Menerima panggilan daripada kedua-dua belah pihak, Caprice memaklumkan bakal memuat naik video baharu mengenai isu yang berlaku di laman Instagram beliau seawal esok. Sama-sama kita nantikan adakah isu yang berlaku sama seperti yang didakwa Isa Isarb atau sebaliknya.-TheVocket /HM

The post [VIDEO] Tular Bergaduh Guna Senjata Di Pusat Futsal, Youtuber Isa Isarb Rasa Bersalah Dan Tampil Jelaskan Perkara Sebenar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/09/video-tular-bergaduh-guna-senjata-di-pusat-futsal-youtuber-isa-isarb-rasa-bersalah-dan-tampil-jelaskan-perkara-sebenar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video I Want Justice Thats All Mangsa Pukul Geng Youtuber Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar

Video I Want Justice Thats All Mangsa Pukul Geng Youtuber Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 276 hits
Pada minggu lalu tular di media sosial apabila didakwa kumpulan daripada YouTuber terkenal membawa di sebuah pusat futsal di Subang disebabkan rasa tidak berpuas hati Difahamkan insiden tersebut telah menyebabkan mangsa Rahimie cedera parah...
Lelaki Dermakan Hati Kepada Afiq Tampil Ceritakn Perkara Sebenar Seminggu Selepas Afiq Meninggi Dnia

Lelaki Dermakan Hati Kepada Afiq Tampil Ceritakn Perkara Sebenar Seminggu Selepas Afiq Meninggi Dnia

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 225 hits
Apa yang saya lakukan bukanlah semata mata mahu mengejar nama atau meraih populariti malah tidak terlintas di hati untuk menjual organ saya kepada Allahyrham Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini 22 tahun lalu
Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar Rumah Tangga Anaknya Dan Puteri Sarah Datin Fatimah Akhirnya Bongkar Apa Yang Terjadi

Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar Rumah Tangga Anaknya Dan Puteri Sarah Datin Fatimah Akhirnya Bongkar Apa Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 217 hits
Ini kata ibu kepada Syamsul Yusof Datin Fatimah Ismail Syamsul dengan Sarah bukan dah tak tinggal sebumbung cuma Sarah datang duduk di rumah saya dan Syamsul pun datang ke rumah saya Ibu kepada pelakon dan pengarah itu tampil menjelaskan si...
Video Sampai Gitu Sekali Koyak Main Futsal 25 Geng Isarb Hafiz Balun Seorang Lelaki

Video Sampai Gitu Sekali Koyak Main Futsal 25 Geng Isarb Hafiz Balun Seorang Lelaki

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 612 hits
Tular rakaman video pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Subang Jaya yang didakwa melibatkan salah seorang ahli YouTuber Isa Isarb Isarb Hafiz Menurut seorang pengguna Twitter pergaduhan tercetus atas faktor tidak puas hati Berdasarkan...
Tular Tentang Video Jemaah Solat Jumaat Dari Hentian Bas Sekali Mufti Tampil Bersuara Lantang Beri Penjelasan

Tular Tentang Video Jemaah Solat Jumaat Dari Hentian Bas Sekali Mufti Tampil Bersuara Lantang Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 217 hits
BARU BARU ini tular satu rakaman video melihat orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat di kawasan luar masjid gara gara kapasiti masjid terpaksa dihadkan disebabkan perlu menjaga jarak sosial dan mematuhi prosedur operasi standard yang d...
Kes Masih Berlarutan Sehingga Kini Kali Ni Ali Puteh Tampil Dedah Perkara Sebenar Buat Ramai Tergamam

Kes Masih Berlarutan Sehingga Kini Kali Ni Ali Puteh Tampil Dedah Perkara Sebenar Buat Ramai Tergamam

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 303 hits
Nampaknya masalah antara Ali Puteh dan balu Abam Nor Hidayah masih berlarutan Terbaru dikhabarkan kes saman antara ereka mula didengar di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur
Polis Perjelas Video Tular Geledah Rumah Jufazli Enggan Beri Kerjasama

Polis Perjelas Video Tular Geledah Rumah Jufazli Enggan Beri Kerjasama

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 233 hits
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Polis mempertahankan tindakan anggotanya yang menggeledah sebuah rumah untuk mendapatkan bahan bukti membantu siasatan di Taman Bukit Segar Cheras Kajang pa...
Tular Video Lelaki Dipukul Di Jalan Raya

Tular Video Lelaki Dipukul Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN TANGKAP layar video tular seorang penunggang motosikal dipukul di jalan raya sekitar pusat perniagaan Cukai di Kemaman petang semalam KEMAMAN Tular video seorang penunggang motosikal yang didakwa dipuk...
Hiburan Dia Dah Tak Suka Biarlah Tular Video Bersama Kembar 7g Rosyam Beri Penjelasan

Hiburan Dia Dah Tak Suka Biarlah Tular Video Bersama Kembar 7g Rosyam Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 179 hits
Baru baru ini tular di media sosial terutamanya Twitter apabila sebuah video memaparkan pelakon senior Rosyam Nor sedang menemubual kembar viral 7G iaitu Ieka Tajudin dan Iera Tajudin di laman Youtube Sumber Google Sekadar info kembar Ieka ...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Melaksanakan Perintah Allah Itu Bagaikan Obat Pahit Tetapi

Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban