Video Staf Yapeim Diugut Jangan Sokong Pakatan Tersebar



YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berdepan satu lagi kontroversi apabila muncul satu video menunjukkan kakitangannya diugut agar tidak menyokong Pakatan Harapan (PH).
Video yang berlegar di media sosial semalam menunjukkan seorang individu didakwa sebagai seorang pemimpin kanan Yapeim berucap kepada kakitangan dalam satu acara di sebuah hotel.

Ia merakam suara hadirin ketawa apabila individu berkenaan dengan nada bergurau menyatakan beliau akan memeriksa satu persatu undi setiap kakitangan Yapeim.

Malah terdapat juga suara dalam rakaman itu yang menyahut dengan menyebut “undi rahsia” apabila mendengar gurauan itu.

Namun sahutan dan ketawa itu tidak lagi kedengaran apabila individu tersebut menyatakan dengan tegas bahawa penyokong PH tidak layak berkhidmat dalam yayasan tersebut.

Sebaliknya, kakitangan yang menyokong PH perlu memohon kerja daripada DAP, kata individu tersebut dalam rakaman sepanjang kira-kira dua minit itu.

“Kalau anda mengundi Pakatan Harapan, anda tidak layak duduk di Yapeim. Pergilah cari kerja dengan DAP,” kata individu tersebut.

Video tidak bertarikh itu dipercayai dirakam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 – sewaktu gabungan PKR, Amanah, DAP dan Bersatu berkempen untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN).

Ia selanjutnya menunjukkan individu tersebut memberi amaran bahawa jawatan dalam Yapeim tidak akan wujud tanpa sistem sedia ada, yang dipercayai merujuk kepada pentadbiran BN.

Malah beliau juga akan hilang jawatan jika kerajaan diambil alih, kata individu itu lagi yang memakai baju berwarna biru dalam rakaman tersebut.

“(Kita ada) sebabnya sistem sedia ada. Kalau kerajaan bertukar bermakna kita pun tidak ada. Percayalah.

“Saya sudah pasti tidak ada (jawatan) kalau kerajaan bertukar. Yang ada di depan anda ini semua pun tidak ada. Balik kampung, tanam kangkung,” katanya lagi dalam rakaman tersebut.

The Malaysian Insight sedang mendapatkan penjelasan daripada pegawai kanan Yapeim yang didakwa sebagai individu yang berucap dalam rakaman berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Mohd Daud Bakar ketika ditanya mengenai perkara itu semalam enggan mengulas mengenai video tersebut.

Pegawai yang didakwa sebagai individu dalam video berkenaan juga sedang bercuti, kata Mohd Daud.

Video berkenaan muncul sewaktu Yapeim berdepan pelbagai publisiti buruk bersabit dengan dakwaan penyelewengan dalam organisasi berkenaan, yang disiasat kerajaan.

The Malaysian Insight sejak minggu lalu mendedahkan penyelewengan dana Yapeim termasuk untuk membayar saman pengarahnya yang juga bekas pegawai Najib Razak, tanpa kelulusan ahli lembaga pemegang amanah.

Pelan tindakan dan penstrukturan semula Yapeim, yang dilihat The Malaysian Insight, turut mendedahkan ketua pengarah dan pegawai kanan yayasan dibayar bonus dan gaji yang tinggi, mencurigakan dan tidak munasabah.

Mereka juga didakwa menerima elaun daripada anak-anak syarikat yang didakwa melantik diri mereka sendiri sebagai ahli lembaga pengarah.

Yapeim juga dilaporkan rugi RM12 juta dalam skim gadai Ar-Rahnu setelah gagal melelong gadaian yang tidak ditebus semula.

Yapeim juga didakwa membuat keputusan bisnes tidak wajar seperti membeli bangunan di Putrajaya dengan pinjaman bank lebih tinggi daripada harga belian dan melabur tanpa perakuan jawatankuasa risiko dan pelaburannya.

Pengerusi LPA Yapeim Mohd Daud semalam mengakui berlaku penyelewengan dan salah laku dalam yayasan itu dan memberi jaminan tindakan akan diambil ke atas pelakunya.

Menurutnya Yapeim juga menyusun semula perniagaan, jawatankuasa penting untuk memelihara integriti selain menyemak semula ganjaran besar untuk pengurusan tertingginya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa menyambut baik pengakuan tersebut dan berkata ia merupakan salah satu langkah untuk memutihkan Yapeim dan memulihkan kepercayaan ke atas agensi tersebut.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/05/video-staf-yapeim-diugut-jangan-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yapeim Dg Suspended Over Anti Harapan Ge14 Video Probe Launched

Yapeim Dg Suspended Over Anti Harapan Ge14 Video Probe Launched

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 334 hits
The Islamic Economic Development Foundation has suspended its director general Abibullah Samsudin pending an investigation into alleged wrongdoing In a statement today Yapeim chairperson Mohd Daud Bakar said an investigation committee set u...
Pkr Minta Polis Siasat Video Tular Didakwa Pengarah Yapeim

Pkr Minta Polis Siasat Video Tular Didakwa Pengarah Yapeim

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 282 hits
M Fakhrull Halim Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil membuat laporan polis terhadap video individu dipercayai pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia mengugut kakitangannya supaya tidak mengundi Pakatan Harapan Kata Fahmi ...
Pengarah Yapeim Masih Boss Selepas Ugut Kakitangan Jangan Unndi Ph

Pengarah Yapeim Masih Boss Selepas Ugut Kakitangan Jangan Unndi Ph

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 460 hits
MASIH RAMAI KAKITANGAN KERAJAAN TERUTAMANYA DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN DI PPD DAN JUGA JPN ADAKAH PENYOKONG SENDIRI TIDAK MAMPU DUDUK DIKERUSI YANG ADA MEREKA DURI DALAM DAGING BAGI PH TAK KENA SIASAT KA DIA NI Tugas Ketua Pengarah kempen un...
Yapeim Will Not Misuse Funds Under Pakatan Says Fuziah

Yapeim Will Not Misuse Funds Under Pakatan Says Fuziah

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 350 hits
KUANTAN The Malaysia Islamic Economic Development Foundation under the Pakatan Harapan administration will not misuse funds says Deputy Minister in the Prime Minister s Department Fuziah Salleh She said in the past year the government made ...
Work For Dap Video Not Main Reason For Yapeim Suspension Says Chair

Work For Dap Video Not Main Reason For Yapeim Suspension Says Chair

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 393 hits
The Islamic Economic Development Foundation said the of its director general Abibullah Samsudin is not related to the viral video in which staff were warned against voting for Pakatan Harapan ahead of the 14th general election Yapeim has ta...
Hiburan Lagi Video Nakal Lelaki Mirip Zaquan Adha Tersebar

Hiburan Lagi Video Nakal Lelaki Mirip Zaquan Adha Tersebar

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 2330 hits
Sekali lagi satu video nakal mirip pemain bola sepak Zaquan Adha tersebar luas di Twitter Tidak berpakaian di hadapan kamera dan beraksi panas Video ini mendapat perhatian ramai di Twitter dan mereka tertanya adakah benar individu tersebut ...
Malaysiakini Jangan Jadi Batu Api Perkauman Ahmad Faisal

Malaysiakini Jangan Jadi Batu Api Perkauman Ahmad Faisal

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 452 hits
DEWAN Pemuda PAS Perak menyelar sekeras kerasnya tindakan Akhbar MalaysiaKini yang telah memutarbelitkan fakta sejarah berkenaan 13 Mei 1969 Sudah acap kali lidah tidak rasmi yang Pro DAP ini mencetuskan kemarahan sebahagian besar Rakyat Ma...
Terkini Jangan Kecewa Tidak Dapat Jawatan Ingat Kepada Pengorbanan

Terkini Jangan Kecewa Tidak Dapat Jawatan Ingat Kepada Pengorbanan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 248 hits
Semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia perlu ingat bahawa perjuangan parti adalah bersandarkan pengorbanan dan bukan mengejar jawatan semata mata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti itu ditubuhkan dengan tujuan untuk berko...
Dugaan Pagi Khamis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Sambal Bendi Goreng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Beza Term Deposit I Dengan Saving Pot Aeon Bank

Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap