Azmin Sendiri Akui Terlibat Jadi Gegurlz Semburit
Sekali lagi kerajaan Pakatan Harapan di bawah pentadbiran Dr. Mahathir buktikan mereka adalah pentadbiran yang layak digelar sebagai kerajaan PHancing terkemuka di dunia!!!
Isu video Semburit yang dikaitkan dengan Azmin Ali dan diakui sendiri oleh Haziq yang memegang watak 'boboy' sekali lagi jadi perhatian.
Laman blog ini ada menyiarkan kronologi 'shooting' filem Semburit (BACA DI SINI).
Secara ringkasnya, 20 November 2019, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, mengumumkan video Semburit telah dihantar ke firma di salah sebuah universiti di Amerika untuk dianalisa oleh seorang pakar forensik digital (BACA DI SINI).
Huzir juga beri jaminan, keputusan analisa akan diperolehi selewat-lewatnya pada akhir bulan Disember 2019 atau pada penghujung tahun lepas.
Tapi selepas tempoh waktu yang telah dijanjikan, pihak PDRM masih lagi tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai hasil analisa yang dikatakan.
Desakan demi desakan diterima oleh pihak PDRM dari pelbagai pihak terutamanya dari netizen telah menyebabkan Huzir Mohamed mengumumkan keputusan analisa pelaku video Semburit akan diumumkan bersama oleh PDRM dan Peguam Negara (BACA DI SINI).
9 Januari 2020, Peguam Negara, Tommy Thomas mengeluarkan satu kenyataan media yang mengatakan tiada pendakwaan yang akan dilakukan oleh pihak Jabatan Peguam Negara ke atas pelaku video Semburit (BACA DI SINI).
Antara alasan basi yang diberikan oleh Tommy Thomas ialah walau pun video tu diakui tulin tapi pelaku video tidak boleh dikenal pasti.
Mungkin sebab video tu tak ada audio, sebab tu tak boleh dikenal pasti kut...😜😜😜
Agak pelik bila Ketua Polis Negara, Hamid Bador kata dia tak tahu menahu mengenai keputusan yang dibuat oleh Tommy Thomas (BACA DI SINI), walau pun pada awalnya Ketua Siasatan Jenayah, Huzir beritahu keputusan mengenai pendakwaan kes video Semburit akan dibuat bersama oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
Hamid, Hamid, semua kau bantai tak tahu.
Rasanya lebih baik kau letak jawatan, ambil upah beli van bawa Mat Bangla kerja kilang!!!
Yang hantar video tu untuk analisa ialah PDRM, bukannya Jabatan Peguam Negara, macam mana pula Ketua Polis Negara boleh keluar kenyataan tak tahu?
Lagi pelik dan menimbulkan tandatanya bila Azmin pula tiba-tiba keluarkan kenyataan syukur sebab tak ada pendakwaan!!!
Lain macam jer bunyinya...🤔🤔🤔
Apa maksud Azmin sebenarnya, apakah secara tak langsung Azmin mengakui memang jadi heroin dalam video Semburit tu tapi bernasib baik sebab tidak didakwa?
Kira sama macam orang yang dah mencuri, dah dipanggil ke Balai Polis untuk soal siasat, akhirnya dilepaskan.
Ayat pertama yang keluar, "Nasib baik tak kena dakwa, kalau tak, ke dalam aku".
Sebenarnya kenyataan Tommy Thomas tidak langsung menyelesaikan isu video Semburit malah menimbilkan berbagai persoalan di kalangan rakyat.
》Hanya dengan bantuan aplikasi Face Detection Technology tanpa meminta mana-mana bantuan dari pakar, kesahihan Azmin sebagai 'gegurlz' dalam video Semburit dapat disahkan sehingga 87%.
Tapi kalau nak juga disahkan hingga 99%, PDRM boleh jer perintahkan Azmin supaya berbaring seperti posisi dalam video Semburit.
Pengecaman dalam posisi yang berbeza walau pun dari orang yang sama pasti tak akan dapat keputusan 100% kerana pasti akan ada perbezaan dari garis kedutan kulit dalam posisi yang berbeza.
》PDRM dan Jabatan Peguam Negara dengan pantas akan buat kajian untuk buka balik kes pembunuhan Altantuya bila menganggap SD yang di buat oleh Azilah boleh dijadikan asas untuk perbicaraan semula kes pembunuhan Altantuya.
Tapi kenapa SD Haziq tidak dijadikan asas untuk pendakwaan perlakuan seks luar tabie dalam isu video Semburit?
Malah Haziq secara terbuka telah mencabar Azmin supaya mengambil tindakan ke atas beliau sekiranya Azmin merasakan pengakuan Haziq ke atas video Semburit yang membabitkan Azmin adalah fitnah.
Hakikatnya, bukti sudah nyata dan sekiranya kes dibawa ke mahkamah, pasti Azmin akan berhadapan dengan hukuman di bawah Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukaman penjara maksima 20 tahun berserta sebatan rotan.
Bukan sikit hukuman tu, tak hairanlah bila Azmin lega sebab tak didakwa tapi yang tak disedari Azmin ialah netizen tersenyum bila mendengar pengakuan secara tak langsung dari Azmin...😉😉😉
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2020/01/azmin-sendiri-akui-terlibat-jadi.html