Video Sanusi Mohon Ampun Kepada Sultan Selangor


kosmo_online
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
25 September 2024, 5:26 pm
Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.
ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini membuat permohonan ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Permohonan ampun Menteri Besar tersebut berkaitan kenyataan beliau pada 11 Julai tahun lalu di Taman Selayang Mutiara dalam Daerah Gombak, Selangor yang didakwa menghina Sultan Selangor.

“Patik, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah memohon keampunan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tuanku Sultan Selangor atas kenyataan patik pada 11 Julai 2023 di Taman Selayang Mutiara dalam daerah Gombak, Selangor seperti mana yang dipertuduhkan terhadap patik di mahkamah yang dianggap menghina dan tidak menghormati DYMM Tuanku.

“Patik menyedari bahawa kata-kata patik telah menimbulkan rasa tidak selesa dan telah mengguris hati dan perasaan DYMM,” katanya ketika membacakan permohonan maaf itu pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Ia adalah permohonan ampun pertama Menteri Besar tersebut yang dibuat secara terbuka.

Muhammad Sanusi menambah, beliau menzahirkan rasa kesal atas perkara negatif yang timbul akibat kenyataannya itu.

“Patik benar-benar kesal atas segala kesan negatif yang telah timbul daripada kenyataan patik tersebut. Patik ingin menyembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa tiada niat di hati patik untuk mempersendakan DYMM Tuanku yang amat patik hormati dan sanjungi selama ini.

“Patik sedar apabila patik hadir ke negeri orang khususnya berkaitan kes patik ini apabila berada di negeri Selangor, patik tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab, menghina dan tidak sopan seperti mana yang telah patik perkatakan walaupun ucapan tersebut dibuat ketika suasana kehangatan kempen pilihan raya,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya juga dengan penuh rasa insaf dan rendah diri memohon beribu keampunan kepada Sultan Selangor termasuk Menteri Besar Selangor dan rakyat Selangor atas segala keterlanjuran kata-katanya itu.

“Patik berjanji untuk lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan pada masa akan datang dan akan memastikan bahawa setiap ucapan patik adalah selaras dengan adab sopan budaya Melayu kita yang sentiasa menjunjung tinggi Raja-Raja Melayu dan Institusi Raja. Sekian, menjunjung kasih Tuanku. Patik pacal yang hina,” katanya.

Pada 29 Februari lalu, Muhammad Sanusi mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas dua tuduhan menyebut perkataan menghasut berkaitan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara Kampung Bendahara, Gombak pada pukul 11 malam, 11 Julai tahun lalu.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) merangkap Ketua Jabatan Pilihan Raya Pas didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. – KOSMO! ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/video-sanusi-mohon-ampun-kepada-sultan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Selangor Berkenan Menerima Permohonan Ampun Menteri Besar Kedah

Sultan Selangor Berkenan Menerima Permohonan Ampun Menteri Besar Kedah

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 163 hits
bharian com myOleh September 26 2024 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Gambar kecil Muhammad Sanusi Md Nor SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besa...
Sultan Of Selangor Accepts Sanusi S Apology Tells Him To Be Mindful Of Words Etiquette

Sultan Of Selangor Accepts Sanusi S Apology Tells Him To Be Mindful Of Words Etiquette

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 392 hits
The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah has accepted the apology issued by Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor The sultan also advised Sanusi to avoid being overly emotional and to use appropriate language whe...
Menjunjung Penghargaan Titah Ampun Sultan Selangor

Menjunjung Penghargaan Titah Ampun Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 127 hits
harakahdaily netSeptember 27 2024Sultan Sharafuddin Idris ShahKUALA LUMPUR Dewan Pemuda PAS Selangor menzahirkan ucapan penghargaan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj atas perkenan Baginda memberikan ampun terhadap p...
Sanusi Apologises To Selangor Sultan

Sanusi Apologises To Selangor Sultan

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 129 hits
Kedah menteri besar Sanusi Nor said he regretted the ramifications caused by his remarks PETALING JAYA Kedah menteri besar Sanusi Nor has apologised to the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah over his offensive and disrespectfu...
Sultan Selangor Titah Semua Rumah Sekolah Gisbh Ditutup Segera

Sultan Selangor Titah Semua Rumah Sekolah Gisbh Ditutup Segera

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 202 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua rumah amal dan sekolah islam dibawah kawalan GISB Holding Sdn Bhd diarah tutup segera dan tidak dibenarkan beroperasi di negeri ini
Ke Bawah Dymm Sultan Selangor This Is What Can Happen When The Religious Fraternity Takes Control Of Religious Affairs

Ke Bawah Dymm Sultan Selangor This Is What Can Happen When The Religious Fraternity Takes Control Of Religious Affairs

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 200 hits
In a most unusual but most welcome turn of events DYMM the Sultan of Selangor has penned a FOUR PAGE document expressing his disappointment with the events surrounding the GISBH matter and the foot dragging by the relevant State authorities...
Sultan Selangor Ampunkan Mb Kedah Atas Dua Sebab

Sultan Selangor Ampunkan Mb Kedah Atas Dua Sebab

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 318 hits
K PRAGALATHSultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah telah menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Beta dengan ini berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Datuk Seri ...
Titah Sultan Selangor

Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 181 hits
Menjunjung Kasih atas titah dan ketegasan DYMM Sultan Selangor Royal Office berhubung isu GISB baru ini Titah ini menzahirkan rasa dukacita DYMM Tuanku Sultan Selangor akan kelewatan bertindak penguatkuasa dan badan autoriti agama yang diib...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Arenaa Batik Boutique Hotel

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Kemungkinan Punca Letupan Paip Gas

Family Staycation Indonesia Percutian Kami Sekeluarga Ke Bandung Indonesia Buat Pertama Kali Teruja Sangat

Rakyat Malaysia Elak Sehingga 6 Juta Kalori Melalui Kempen Raya Scott

Parlay Winstrike Pialabet Sensasi Baru Menang Beruntun Di Dunia Taruhan

People First Lsh Capital Vows No Job Cuts In Kl Tower Takeover Focuses On Staff Welfare

Nothing Grows Forever