Video Mesyuarat Ppbm Bahagian Tangga Batu Kecoh



MELAKA – Program mesyuarat beberapa cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tangga Batu di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini semalam kecoh apabila sekumpulan ahli jawatankuasa bahagian itu tampil menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ketua Bahagiannya, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen.
Sekumpulan 40 ahli Bersatu dari bahagian itu termasuk Timbalan Ketua Bahagian, Hamidi Harun; Naib Ketua Bahagian, Lal Saberi Lal Muhammad dan Ketua Penerangan Armada bahagian, Khairul Firdaus Ramli dikatakan tidak berpuas hati mendakwa mereka sebagai ahli parti cawangan Krubong hanya dimaklumkan mengenai mesyuarat itu beberapa jam sebelum ia bermula.
Menurut Lal Saberi, sebagai ahli mereka sepatutnya dimaklumkan mengenai mesyuarat tersebut namun apa yang mengejutkan, nama mereka juga tiada dalam senarai jawatankuasa yang sepatutnya hadir pada program tersebut.
“Saya sebagai Ketua PDM (Pusat Daerah Mengundi) Krubong yang sepatutnya memimpin ahli Bersatu di cawangan Krubong hanya dimaklumkan mengenai mesyuarat itu pada pukul 11 pagi sedangkan ia bermula pukul 2 petang.
“Sehubungan itu, saya bersama timbalan ketua bahagian dan 10 ahli jawatankuasa bersama kira-kira 40 ahli datang ke mesyuarat itu untuk mendapatkan penjelasan daripada ketua bahagian,’ katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Rakaman video berdurasi 3 minit 52 saat mengenai kekecohan yang berlaku di luar dewan sebelum mesyuarat itu serta tindakan kumpulan terbabit menyerbu bagi mendapatkan kenyataan daripada Mohd. Rafiq turut tular dalam laman sosial sejak hari ini.

Kumpulan tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Mohd. Rafiq yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka yang didakwa mereka melanggar tiga fasal dalam perlembagaan parti itu iaitu tidak memanggil ahli untuk menghadiri persidangan dalam tempoh 14 hari; setiausaha bahagian tidak memaklumkan mengenai panggilan mesyuarat serta mengadakan mesyuarat tanpa memaklumkan kepada ahli.
Kata Lal Saberi, mereka datang ke mesyuarat semalam bukan untuk membuat kecoh sebaliknya mengikut Fasal 9.2 perlembagaan parti iaitu ahli-ahli mempunyai hak untuk bersuara.
“Mohd. Rafiq telah melanggar tiga fasal iaitu Fasal 20.6; Fasal 21.7.3.5 dan Fasal 21.71.4 dan kami akan membuat laporan kepada pucuk pimpinan parti mengenai perlanggaran perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Rafiq yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri dalam kenyataannya memaklumkan, walaupun ada provokasi pihak yang membawa budaya gangsterisme, mesyuarat Penubuhan dan Persidangan Cawangan Bukit Rambai, Pantai Puteri, Bukit Terendak dan Krubong Bersatu Bahagian Tangga Batu berjalan dengan lancar.
“Walaupun terpaksa menunggu sehingga dua jam sebelum dapat memulakan persidangan, perwakilan dan ahli masih setia menunggu sehingga persidangan selesai dan berjaya.
“Saya harap Lembaga Disiplin parti dapat bertindak tegas kepada mereka yang menjejas dan memalukan imej parti dengan bertindak menghuru-harakan dan menularkan video dengan niat mensabotaj perjalanan persidangan,” katanya. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/07/video-mesyuarat-ppbm-bahagian-tangga-batu-kecoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Design Banner Backdrop Tag Dan Kulit Buku Cenderamata Untuk Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Batu Pahat

Design Banner Backdrop Tag Dan Kulit Buku Cenderamata Untuk Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Batu Pahat

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 1137 hits
Design Banner Backdrop Tag dan Kulit Buku Cenderamata Untuk Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Batu Pahat Berminat untuk dapatkan design Bleh hubungi saya Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing vide...
Penganalisis Dakwa Langkah Ppbm Tangguh Pemilihan Seperti Umno

Penganalisis Dakwa Langkah Ppbm Tangguh Pemilihan Seperti Umno

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 315 hits
Pengerusi PPBM Mahathir Mohamad ketika hadir pada Mesyuarat Agung Khas PPBM semalam PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata langkah PPBM meluluskan pindaan perlembagaan bagi membolehkan pemilihan parti itu ditangguhkan selama 18 ...
Syed Saddiq Umum Bertanding Ketua Pemuda Ppbm

Syed Saddiq Umum Bertanding Ketua Pemuda Ppbm

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 378 hits
Bernama Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman BUKIT MERTAJAM Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti yang akan diadakan pada tahun ini Syed Sad...
Umno Like To Allow Postponement Of Ppbm Polls Says Analyst

Umno Like To Allow Postponement Of Ppbm Polls Says Analyst

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 388 hits
PPBM chairman Dr Mahathir Mohamad arrives for the party s extraordinary general meeting yesterday PETALING JAYA A political analyst says PPBM s move to allow for the postponement of party polls by 18 months through an amendment in its const...
5152 Majlis Perpisahan Pengarah Bahagian Standard Kepenggunaan Kpdnhep Ppim 08 08 2019

5152 Majlis Perpisahan Pengarah Bahagian Standard Kepenggunaan Kpdnhep Ppim 08 08 2019

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 356 hits
Toqqi telah menghadiri bagi memeriahkan majlis perpisahan Dato Che Sukri Che Mat Pengarah Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNHEP yang akan berpindah ke Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian di sana Majlis diad...
Mb Beri Lembu Korban Ketua Bahagian Jual Beli Komputer

Mb Beri Lembu Korban Ketua Bahagian Jual Beli Komputer

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 319 hits
Tiga ekor lembu yang diberikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada PPBM Bagan Datuk telah diseleweng Foto oleh Farhan NajibKUALA LUMPUR 6 Ogos Bimbang ketua bahagian menjual lagi lembu korban satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegah...
Raise Salaries Of Imams Ustaz Ppbm Tells Sabah Govt

Raise Salaries Of Imams Ustaz Ppbm Tells Sabah Govt

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 724 hits
KOTA KINABALU The Sabah government should consider raising the allowances paid to imams and ustaz in line with their increased duties and responsibilities Silam PPBM chief Hakim Gulam Hassan said the allowance received by these religious le...
Azmin Masuk Ppbm

Azmin Masuk Ppbm

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 783 hits
Setiusaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Azmin Ali menafikan bahawa Azmin Ali akan meninggalkan Parti PKR Setiausaha politik itu berkata bahawa itu merupakan satu fitnah yang dibuat oleh siapa yang kalah pada pilihanraya parti S...
Kumpulan Pro Anwar Kebudak Budakan Ppbm

Kumpulan Pro Anwar Kebudak Budakan Ppbm

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 811 hits
Otai Reformis kebudak budakan Bersatu Otai Reformis disarankan supaya belajar untuk tutup mulut daripada melakukan tindakan yang bersifat kebudak budakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tariq Ismail Mustafa ber...
Aku Jeje Lihat Kebunku Chord

Penjual Buah Bebas Tuduhan Miliki Senjata Api Dan Peluru Tanpa Lesen Sah

Speed Read A Honda Cbx 1000 Restomod And More

Ecobrown S Riceberry Rice

Ron95 Jpj Tambah Waktu Operasi Untuk Individu Perbaharui Lesen

Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic

9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama

Buffet Breakfast Di Sovq Garden Restoran Hotel Raia Sebelahan Lobi Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pembawa Dulang Anzalna Paling Tua Tapi Nampak Paling Muda

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

Beyond Lucky The Invisible Walls Malay Professionals Face In Chinese Majority Workplaces

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Minggu Penulis Remaja