Video Kes Puasa Bongkar Sindiket Ah Long Judi Haram



KLANG: Penahanan empat suspek berhubung insiden dua pengawal peribadi dipukul majikan kerana berpuasa semalam membongkar sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ‘ah long’ serta judi haram kumpulan itu.
https://mykmu.net/wp-content/uploads/2021/04/VID-20210415-WA0069.mp4 Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata ia susulan serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah seorang suspek di daerah ini. Selepas tangkapan dilakukan, polis membuat pemeriksaan dan menemui sejumlah 12,500 keping wang tunai matawang Dollar Amerika Syarikat (AS) serta 100 keping jongkong emas dengan berat satu kilogram sekeping.
“Jumlah keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM28.45 juta berdasarkan harga emas semasa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.
Turut dirampas adalah sepucuk pistol dengan 10 biji peluru, lima telefon bimbit dan rotan yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.
Terdahulu, empat suspek berusia dalam lingkungan 35 hingga 43 tahun dibawa ke Mahkamah Klang untuk polis mendapatkan perintah reman pagi tadi.
“Seorang daripada suspek dikenakan reman tujuh hari manakala tiga lagi direman lima hari. Semua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod lampau. Bagi kes di Klang Selatan, polis klasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK); Seksyen 298 KK dan 307 KK.
“Kita juga menyiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) serta Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951,” katanya.
Arjunaidi berkata, pihaknya masih menyiasat secara mendalam mengenai sindiket berkenaan termasuk berapa lama kumpulan itu bergiat aktif. Polis juga meminta agar orang ramai bertenang serta tidak membesarkan isu ini termasuk mengaitkan dengan isu perkauman.
Semalam, tular di media sosial dua pengawal keselamatan mendakwa ditampar, dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang bukan beragama Islam.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, kedua-dua mangsa ditampar dan dimarahi apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya sama ada mereka berpuasa atau tidak ketika berada di lobi sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, dalam satu kenyataan memaklumkan berkata kedua-dua mangsa kemudian mengikut suspek yang berusia 43 tahun itu ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, sebelum dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol.
The post [VIDEO] – Kes puasa bongkar sindiket ah long, judi haram appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/15/video-kes-puasa-bongkar-sindiket-ah-long-judi-haram/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Kes Pukul Bodyguard Puasa Yusuf Azmi Ngo Semboyan Serbu Rumah Tauke Judi

Video Kes Pukul Bodyguard Puasa Yusuf Azmi Ngo Semboyan Serbu Rumah Tauke Judi

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 863 hits
1 856 total views 1 856 views today Kes dua pengawal peribadi dipukul majikannya yang juga tauke judi online turut mendapat perhatian Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia yang tampil mempertahankan nasib dua mangsa kejadian Rombongan yang d...
Larang Puasa Polis Bongkar Aktiviti Judi Ceti Haram Majikan

Larang Puasa Polis Bongkar Aktiviti Judi Ceti Haram Majikan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 348 hits
Susulan kes pukul dua orang pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa semalam telah membawa kepada pembongkaran aktiviti judi haram dan sindiket ceti haram atau Along yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit Ketua Polis Selangor...
8 Ditahan Berikutan Pembikinan Video Judi Dalam Talian Bertema Hari Raya

8 Ditahan Berikutan Pembikinan Video Judi Dalam Talian Bertema Hari Raya

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 362 hits
FMT ReporterspETALING JAYA Bukit Aman menahan lapan individu yang disyaki terlibat dalam video promosi judi atas talian bertemakan Aidilfitri yang tular di media sosial baru baru ini Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berk...
Kes Belasah Pekerja Kerana Puasa Sama Seperti Hina Islam

Kes Belasah Pekerja Kerana Puasa Sama Seperti Hina Islam

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 510 hits
BANGI 5 Ramadan 1442H Sabtu Menteri di negara ini mesti melihat isu pengawal peribadi dipukul bukan sebagai isu kecil kerana membabitkan penghinaan ke atas agama Islam Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia Ustaz Haji Zamani Ibrahim
Apa Cerita Kes Penceroboh Haram Musang King

Apa Cerita Kes Penceroboh Haram Musang King

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 281 hits
Jangan lupa kes pesara tentera dipenjara denda kerana ceroboh hutan BANGI Hampir tiga bulan isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian haram di Raub seolah olah sunyi tanpa apa apa perkembangan Keadaan ini da...
5564 Isu Video Raya Judi Kita Takut Saifuddin Tak Ambil Serius Ppim Malaysia Gazette 16 04 2021

5564 Isu Video Raya Judi Kita Takut Saifuddin Tak Ambil Serius Ppim Malaysia Gazette 16 04 2021

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 501 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap penularan video promosi aktiviti perjudian dengan sambutan hari raya Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Joha...
Majistret Tolak Permohonan Reman Lima Pelakon Produser Video Iklan Raya Judi Peguam

Majistret Tolak Permohonan Reman Lima Pelakon Produser Video Iklan Raya Judi Peguam

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini dilaporkan menolak permohonan polis untuk menahan reman lima pelakon dan produser video iklan raya promosi judi yang viral baru baru ini Menurut salah seorang peguam kepada pelakon berke...
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 655 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Senator Pn Pertikai Layanan Istimewa Polis Kepada Suspek Kes Pukul Dua Pengawal Peribadi Kerana Puasa

Senator Pn Pertikai Layanan Istimewa Polis Kepada Suspek Kes Pukul Dua Pengawal Peribadi Kerana Puasa

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 522 hits
PUTRAJAYA Ahli Dewan Negara Muhammad Zahid Md Arip mempertikaikan layanan istimewa polis kepada majikan yang didakwa memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa sehingga dibenar membuat sidang media memohon maaf kepada umat Islam dan Y...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal