Video Kasut Hitam Ada Yang Sokong Ada Yang Mahu Kekal Kasut Putih



Oleh: Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR – Keputusan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan pemakaian kasut hitam bagi murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, mengundang reaksi yang pelbagai daripada ibu bapa.
Rata-ratanya menyambut baik keputusan berkenaan dan sememangnya bersetuju dengan perubahan tersebut, atas alasan ia akan memudahkan tugas ibu bapa yang tidak lagi perlu bersusah payah menyental kasut sekolah anak-anak.
Seorang ibu, Arina, 34, berkata beliau menyokong sepenuhnya keputusan berkenaan kerana memahami ‘beban’ yang ditanggung ibu bapa.
“Bagi saya tiada masalah… ada anak saya yang memakai kasut hitam di sekolah. Kalau kerajaan mahu mulakan kasut hitam,ok rasanya.. sebab kalau putih, cepat kotor.
“Sepatutnya ibu bapa setuju kerana ia memudahkan…kerana kalau kasut putih, kena pakai kapur. Jadi ini (kasut hitam) akan memudahkan, menyenangkan tugas,”katanya kepada SuaraTv.
Pendapat yang sama diutarakan seorang bapa, Zairi. Bapa berusia 34 tahun itu berkata, keputusan berkenaan sememangnya sesuatu yang ditunggu-tunggu para ibu bapa.
“Saya sebagai ibu bapa dan ada anak yang bersekolah, saya setuju dengan saranan kerajaan untuk menggunakan kasut hitam. Kerana bagi saya ia lebih menyenangkan, kasut pun tak nampak kotor sangat. 
“Untuk warna stokin, pun sama juga… Tak ada masalah kita sediakan stokin hitam,”katanya.
Aswani Abdullah, 42, berkata, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan kerana memahami perasaan ibu bapa.
Ujarnya, sebagai ibu kepada tiga cahaya mata yang masih bersekolah, tambahan pula kesemuanya aktif bersukan, bukanlah satu tugas yang mudah untuk mencuci kasut sekolah.
“Saya setuju sebab kasut hitam lambat kotor, jadi ia memudahkan pengurusan ibu bapa…sebab sebelum ini kasut putih kena dicuci dua atau tiga kali seminggu.
“Pendapat saya, kalau kasut hitam, kena padankan dengan stokin hitam lah.
“Bagi saya, mana-mana pun boleh tapi kalau dah putuskan untuk bertukar kasut hitam, itu lebih baik.Tak ada masalah, lagi memudahkan…Saya ada tiga anak bersekolah, jadi ia memudahkan,” katanya.
Namun bagi seorang bapa, Sani Adnan, 43, beliau agak kurang bersetuju dengan keputusan berkenaan kerana berpendapat, kerajaan sewajarnya mengekalkan ‘tradisi’ kasut putih terhadap murid sekolah.
“Sebagai ibu bapa, saya memang tak setuju kerana, mengapa ia diubah? Kasut putih kepada kasut hitam? Biar ia semulajadi dari awal, sejak turun temurun kasut putih… biarlah kekal saja walaupun sekarang ini kerajaan baru,” ujarnya namun menambah, setiap ibu bapa mempunyai pandangan masing-masing.
Kerajaan baru-baru ini berkata, pelaksanaan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.
Kementerian Pendidikan menjelaskan keputusan berkenaan diambil selepas mempertimbangkan pandangan semua pihak berkepentingan, merangkumi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), murid, pentadbir sekolah, pertubuhan bukan kerajaan dan pembekal.
Kementerian berkata pihaknya bersetuju pemakaian kasut hitam perlu dilaksanakan secara beransur-ansur mulai sesi persekolahan 2019 dan diperluaskan penggunaannya pada 2020.-SuaraTv



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2018/10/video-kasut-hitam-ada-yang-sokong-ada-yang-mahu-kekal-kasut-putih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Akan Kuatkuasa Kasut Hitam Tahun 2021

Sekolah Akan Kuatkuasa Kasut Hitam Tahun 2021

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 402 hits
Sekolah akan kuatkuasa kasut hitam mulai 2021 Dikemas kini 24 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 13 Oct 2018 1 37PM mid
Kasut Hitam Wajib 2021

Kasut Hitam Wajib 2021

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR Pelaksanaan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021 Kementerian Pendidikan menjelaskan keputusan berkenaan diambil selepas mempertimbangkan ...
Selesai Isu Kasut Sekolah Hitam Stokin Warna Apa Pula

Selesai Isu Kasut Sekolah Hitam Stokin Warna Apa Pula

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 588 hits
Imej via KUALA LUMPUR 14 Okt Walaupun isu berkenaan tarikh pe nguatkuasaan pemakaian kasut hitam telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan timbul pula isu warna stokin yang akan dipakai oleh murid dan pelajar di sekolah kerajaan serta ba...
Pemakaian Kasut Hitam Di Semua Sekolah Dikuat Kuasa 2021

Pemakaian Kasut Hitam Di Semua Sekolah Dikuat Kuasa 2021

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Pemakaian kasut berwarna hitam oleh murid serta pelajar di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan mula dikuat kuasakan sepenuhnya bermula 2021 Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata keputusan ...
Video Saya Penyokong Tegar Anwar Dia Sahabat Saya Masa Dia Susah Dan Tetap Akan Sokong Dia Nazri

Video Saya Penyokong Tegar Anwar Dia Sahabat Saya Masa Dia Susah Dan Tetap Akan Sokong Dia Nazri

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz yang masih bersama Umno tetap menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kira presiden PKR itu dilantik sebagai perdana menteri ke 8 atau sebaliknya Video Saya Penyokong Tegar Anw...
Pemakaian Kasut Sekolah Warna Hitam Dilaksanakan Sepenuhnya Tahun 2021

Pemakaian Kasut Sekolah Warna Hitam Dilaksanakan Sepenuhnya Tahun 2021

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 394 hits
Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Pelaksanaan Pemakaian Kasut Berwarna Hitam Oleh Murid Sekolah loading
Prnsarawak Video Gempar Rambut Pemimpin Supp Bertukar Menjadi Putih Teamadenan

Prnsarawak Video Gempar Rambut Pemimpin Supp Bertukar Menjadi Putih Teamadenan

papar berkaitan - pada 8/10/2018 - jumlah : 301 hits
Mari kita saksikan bagaimana rambut seorang pemimpin menjadi uban apabila menyertai bidang politik brought to you by mukapetang
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti