Video Judi Tema Raya Pkr Pas Desak Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Kasino Dalam Talian


 

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR mendesak menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN), termasuk daripada PAS, supaya prihatin dan mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat kasino dalam talian, GDBet333, yang mengajak orang ramai berjudi dalam satu klip lagu Raya yang dikeluarkan olehnya.
Fuziah Salleh yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) berkata, GDBet333 mengeluarkan iklan Hari Raya dengan mengajak umat Islam berjudi untuk mencari dana balik kampung serta beraya.
Katanya, tindakan itu sungguh menyinggung sensitiviti umat Islam pada Ramadan ini.
Beliau juga menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas ke atas pengeluaran lagu itu oleh GDBet333 yang jelas melanggar Akta SKMM.
“GDBet333 mempromosikan syarikatnya sebagai syarikat kasino online dan cuba mempengaruhi umat Islam yang menggunakan media sosial supaya berjudi selepas berpuasa pada bulan Ramadan semata mata untuk berhari raya.
“Ini amat bercanggah dengan kefahaman beraya yang bermaksud kembali kepada fitrah dan bersih daripada dosa.
“Ini kerana bulan Ramadan juga adalah masa untuk memperoleh maghfirah atau keampunan daripada Allah,” katanya dalam kenyataan.
Fuziah berkata, iklan GDBet333 itu boleh dikira sebagai menghasut umat Islam, terutama anak muda supaya “melakukan dosa”.
Terdahulu, sebuah iklan yang mempromosikan aktiviti perjudian dengan menggunakan lagu Hari Raya Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang kecaman netizen gara-gara menyinggung sensitiviti umat Islam.
Iklan dikeluarkan oleh syarikat judi, GDBet333, berdurasi dua minit itu turut dikecam kerana menggunakan pelakon dipercayai beragama Islam.
Ia mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat bagi mencari dana untuk berhari raya.
Antara petikan iklan tersebut berbunyi: “GDBet333 ada, apa nak tunggu, marilah cuba, untung nasibmu, engkau berjaya, cuci semua, kemudian beraya”.
Sementara itu, PAS Wilayah Persekutuan turut mendesak kerajaan lebih tegas dan efektif dalam membendung penularan video iklan syarikat judi itu.
Pesuruhjaya PAS Wilayah, Azhar Yahya berkata, tindakan syarikat judi itu bukan sahaja mengganggu keharmonian awam pada Ramadan, malah sangat jelas bertentangan dengan undang-undang negara ini.
“Mengapa perlu mengambil masa terlalu lama untuk menanganinya?
“Dalam tempoh darurat ini, sewajarnya tidak menjadi masalah kepada kerajaan untuk lebih efektif dan efisien membanteras aktiviti perjudian dalam negara,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/04/video-judi-tema-raya-pkr-pas-desak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Ditahan Berikutan Pembikinan Video Judi Dalam Talian Bertema Hari Raya

8 Ditahan Berikutan Pembikinan Video Judi Dalam Talian Bertema Hari Raya

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 433 hits
FMT ReporterspETALING JAYA Bukit Aman menahan lapan individu yang disyaki terlibat dalam video promosi judi atas talian bertemakan Aidilfitri yang tular di media sosial baru baru ini Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berk...
Iklan Judi Raya Sudah Jadi Kerajaan Pas Masih Gagal Pertahankan Islam

Iklan Judi Raya Sudah Jadi Kerajaan Pas Masih Gagal Pertahankan Islam

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 309 hits
MALAYSIA DATELINESetelah kerajaan Perikatan Nasional yang dianggotai Pas menaikkan kembali jumlah cabutan nombor ekor dari 8 kali kepada 22 kali umat Islam di Malaysia kini berdepan penghinaan dengan kewujudan satu video iklan raya yang mem...
Pengarah Antara Lima Ditahan Terlibat Penerbitan Video Iklan Judi Raya

Pengarah Antara Lima Ditahan Terlibat Penerbitan Video Iklan Judi Raya

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 349 hits
90 total views 90 views today KUALA LUMPUR 19 April Lima lagi individu termasuk pengarah komposer dan penyanyi yang terlibat dalam pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi ditahan polis malam tadi Ketua Polis Daerah Dang Wa...
Polis Buru Pelakon Penerbit Video Judi Sempena Hari Raya

Polis Buru Pelakon Penerbit Video Judi Sempena Hari Raya

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 851 hits
Polis buru pelakon penerbit video judi sempena hari rayaPolis Diraja Malaysia mengambil maklum mengenai video viral lagu raya yang mempromosi judi online diterbitkan syarikat perjudian berkenaan Pihak polis kini sedang giat mengesan pelakon...
Hiburan Bront Palarae Beri Respon Berhubung Kenyataan Menteri Tentang Isu Video Raya Judi

Hiburan Bront Palarae Beri Respon Berhubung Kenyataan Menteri Tentang Isu Video Raya Judi

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 334 hits
Ketika ini isu mengenai muzik video iklan raya yang mempromosikan judi menjadi perbualan netizen Ramai yang tidak berpuas hati lagi lagi video tersebut keluar masa bulan puasa Menerusi laporan Malaysiakini Menteri Komunikasi dan Multimedia ...
Cemar Bulan Ramadan Pemuda Umno Lapor Polis Klip Video Lagu Raya Syarikat Judi

Cemar Bulan Ramadan Pemuda Umno Lapor Polis Klip Video Lagu Raya Syarikat Judi

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 609 hits
sebuah iklan yang mempromosikan aktiviti perjudian dengan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar mengundang kecaman netizen gara gara menyinggung sensitiviti umat Islam Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi berjudul...
Klip Video Lagu Raya Ajak Orang Ramai Main Judi Pelakon Melayu Juga Bersubahat Tak Hirau Sensitiviti Umat Islam

Klip Video Lagu Raya Ajak Orang Ramai Main Judi Pelakon Melayu Juga Bersubahat Tak Hirau Sensitiviti Umat Islam

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 1304 hits
Klip video lagu raya ajak orang ramai main judi pelakon Melayu juga bersubahat Tak hirau sensitiviti umat IslamJTangkapan skrin daripada video iklan raya mempromosikan aktiviti judi yang tular di media sosial KEMUNCULAN sebuah iklan yang me...
Suspek Utama Dua Video Judi Raya Direman 4 Hari

Suspek Utama Dua Video Judi Raya Direman 4 Hari

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 453 hits
113 total views 113 views today Suspek utama penghasilan video raya yang mempromosikan judi dalam talian direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia