Video Ingat Dia Tu Bola Ke Kepala Anak Kena Ten Dang Isma Af7 Ben Gang
“Ingat dia tu bola ke?” – Kepala anak kena tendang, Isma AF7 bengang! Penyanyi Isma telah meluahkan rasa kecewa terhadap seorang lelaki yang bertindak menendang kepala anak lelakinya, Muhammad Haiqal Aydiel bertub.i-tub.i dalam sebuah perlawanan seni mempertahankan diri taekwondo.
Selain meluahkan perasaan marah dan geram, Isma yang juga merupakan kakak kepada penyanyi terkenal iaitu Tomok, secara sinisnya memberitahu ingin berkenalan dengan individu berkenaan.
“Kau ten.dang tu kepala anak aku , kau bagi masa dia jalan keluar tak melawan.. Belakang kepala kau bagi..
video
sajalah nak tanya sbb kita xpandai sgt taekwando ni … boleh gini ke ? sajalah nak tanya .. https://t.co/G7T860VYdk
— ISMA (@ismalizaismaaf7) April 10, 2019
“Kau ingat kepala anak aku bola ke? Yang mana budak ni rasa nak berkenalan…,” ujarnya.
Terdahulu, anaknya yang berusia 20 tahun itu turut berkongsi sebuah rakaman video menerusi akaun Twitter miliknya sekitar perlawanan tersebut yang berlangsung di UiTM, Shah Alam.
“Geng mama saya nak cari lelaki yang rembat kepala saya ni. Katanya yang boleh rembat anak aku, aku ja,” tulis Haiqal dalam status berkenaan.
Rata-rata netizen juga turut tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit yang menendang kepala Haiqal tanpa belas kasihan.
Geram pulak saya tengok ni sis…
Geng mama saya nak cari lelaki yang rembat kepala saya ni HAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAH😂
Katanya " yang boleh rembat anak aku aku ja " @ismalizaismaaf7
Location : uitm shah alam pic.twitter.com/S8sYfjdfMs
— haiqal aydiel✨ (@haiqalaydiel_) April 9, 2019
Dalam posting terbaharu di Instagram Story, difahamkan anaknya itu telah mendapatkan rawatan di pusat perubatan universiti berkenaan.
Sumber : Haiqal Aydiel Ismaliza Islam
The post [VIDEO] “Ingat dia tu bola ke?” – Kepala anak kena ten.dang, Isma AF7 Ben.gang! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/video-ingat-dia-tu-bola-ke-kepala-anak-kena-tendang-isma-af7/