Video Demi Cinta Sejati Lelaki Ini Sanggup Bina Taj Mahal Mini Buat Arwah Isteri



Seutuh binaan bangunan Taj Mahal yang masih megah terbina di bandar Agra, India sehingga hari ini, begitulah juga lambang kekuatan kuasa cinta Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz yang tidak akan pernah terpadam.
Untuk pengetahuan anda, Taj Mahal ini telah dibangunkan oleh Mughal Emperor Shah Jahan untuk dijadikan sebuah makam yang agam dan monumen cinta sejati buat isterinya. Kini ia merupakan salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia.
Bukan sahaja Shah Jahan, tahukah anda mengenai kisah seorang lelaki di India bernama Faizul Hasan Qadri yang juga membangunkan sebuah monumen cinta Taj Mahal versi mini buat isterinya
Sanggup gadaikan wang simpanan dan barang kemas arwah isterinya Pada 2011, Faizul Hasan Qadri juga pesara postman mengambil keputusan untuk menghabiskan semua wang simpanannya berserta barang kemas milik isterinya, Taja Mulli Begum demi membangunkan sebuah replika Taj Mahal mini di sebelah rumahnya di perkampungan Kaser Kalan di daerah Uttar Pradesh, India.
Difahamkan, pasangan ini telah berkahwin sejak tahun 1953. Namun sayangnya tidak dikurniakan zuriat. Seperti yang diketahui, anak merupakan pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Seandainya salah seorangnya meninggal dunia, anaklah yang menjadi pengubat rindu kepada pasangan mereka.
Disebabkan tidak dikurniakan zuriat, Taja Mulli mula rasa bimbang seandainya dia meninggal dunia terlebih dahulu, kesetiaan dan rasa cinta daripada Faizul terhadapnya mula pudar. Jadi, dia telah meminta Faizul untuk membangunkan sebuah replika Taj Mahal mini sebagai memperingati simbol cinta mereka berdua.
Taj Mahal mini merupakan permintaan terakhir isterinya
FAIZUL MENDEDAHKAN GAMBAR PERKAHWINANNYA BERSAMA TAJA MULLI DAN SEBELAHNYA PULA MERUPAKAN MAKAM ARWAH ISTERINYA. SUMBER: TWITTER
Separuh nyawa Faizul mula ‘lumpuh’ apabila Taja Mulli disahkan meninggal dunia pada Disember 2011 disebabkan kanser tekak. Faizul meratapi kesedihan dan berjanji untuk melunaskan hajat arwah isterinya itu. Kemudiannya, dia memulakan proses pembinaan monumen itu pada awal tahun 2012.
Impian cinta mereka berdua ini tidak kesampaian. Pembinaan Taj Mahal mini terbengkalai pada 2014 disebabkan Faizul kehabisan modal untuk membeli batu marmar sebagai kemasan yang terakhir bagi monumen ini.
“Monumen cinta ini saya hasilkan sendiri di atas tanah milik saya. Namun, kerja pembinaannya tertangguh disebabkan faktor kekurangan modal. Tambahan pula, kos untuk membeli batu marmarnya juga mahal.”
Menolak bantuan kewangan sebaliknya mewakafkan tanahnya untuk sekolah perempuan
FAIZUL SEMPAT MELAWATI BANGUNAN SEPARA SIAP BAGI PROJEK PEMBINAAN SEKOLAH PEREMPUAN DI TANAH YANG DIWAKAFKANNYA. SUMBER: HINDUSTAN TIMES
“Walaupun ada ahli politik tempatan, Akilesh Yadav yang sudi menghulurkan bantuan kewangan, namun saya menolaknya kerana ini merupakan perjanjian dan usaha peribadi saya yang tulus untuk menyemaikan memori cinta saya kepada arwah isteri,” ujar Faizul ketika dihubungi Hindustan Times pada 2015.
Faizul menolak bantuan kewangan tersebut namun sebaliknya dia meminta Yadav menggunakannya untuk membina sebuah sekolah perempuan di hadapan rumahnya. Berikutan itu, Faizul telah mewakafkan 4 bighas (ekar) tanahnya untuk projek pembinaan sekolah perempuan ini.
Sikap Faizul ini dipuji kerana dia tidak mengharapkan bantuan orang lain demi kepuasan impiannya sendiri sebaliknya memberikan keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan.
Faizul dikuburkan bersebelahan kubur arwah isterinya di dalam makam Taj Mahal mini mereka
FAIZUL DUDUK DI DALAM KEDIAMAN TAJ MAHAL MININYA ITU. SUMBER: HINDUSTAN TIMES
Malang tidak berbau, Faizul mengalami kemalangan dan dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti di hadapan rumahnya. Menambah rasa pilu apabila Faizul ditemui oleh Mohammad Aslam, anak saudaranya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.
Faizul kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Aligarh. Ajal dan maut di tangan Tuhan, Faizul disahkan telah meninggal dunia di hospital berkenaan pada pagi hari Jumaat (cara kematian husnul khatimah), 10 November 2018 di usia 83 tahun setelah mengalami kecederaan yang agak serius.
Persis Shah Jahan dan Mumtaz yang dimakamkan di dalam Taj Mahal, Faizul juga meminta Aslam supaya mengebumikan jenazahnya bersebelahan kubur arwah Taja Mulli yang ditempatkan di dalam Taj Mahal mini itu. Sebelum meninggal dunia, Faizul juga meminta Aslam untuk menyiapkan kemasan batu marmar pada monumen tersebut.
“Sekolah perempuan tersebut kini sudah siap sepenuhnya namun sayangnya pak cik saya tidak sempat untuk melihat hasilnya.”
“Saya juga pernah berjanji kepada arwah untuk menyiapkan kemasan terakhir batu marmar pada Taj Mahal mini memandangkan arwah ingin sekali melihat hasilnya persis Taj Mahal yang asal seperti di Agra.”
“Saya akan cuba apa yang termampu sampai ianya siap. Kini kami cuba untuk memakam arwah pak cik Faizul di dalam monumen ini bersebelahan kubur arwah isterinya,” ujar Aslam kepada Hindustan Times pada tahun 2018.
Begitulah kuatnya kuasa cinta Faizul terhadap Taja Mulli yang setia sehingga hujung nyawa persis utuhnya cinta Shah Jahan kepada Mumtaz. Jika ingin membuktikan kesetiaan anda kepada pasangan, usaha seperti mana yang bakal anda tunjukkan? – TheVocket

The post [VIDEO] Demi Cinta Sejati, Lelaki Ini Sanggup Bina Taj Mahal Mini Buat Arwah Isteri appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/14/video-demi-cinta-sejati-lelaki-ini-sanggup-bina-taj-mahal-mini-buat-arwah-isteri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=video-demi-cinta-sejati-lelaki-ini-san

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Tahun Bantu Isteri Berniaga Tajul Beli Kereta Bmw Demi Keselesaan Keluarga

Tiga Tahun Bantu Isteri Berniaga Tajul Beli Kereta Bmw Demi Keselesaan Keluarga

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 836 hits
Rezeki itu milik Allah Buat sesiapa yang berusaha Allah pasti memberi rezeki melimpah ruah kepada empunya diri berkenaan Begitulah apa yang dilalui oleh seorang penyanyi lelaki ini Setelah sekian lama menyepi dari dunia nyanyian penyanyi Ta...
Video Isu Isteri Kedua Ziela Jalil Selisih Faham Dengan Anak Tiri Ini Jawapan Saya

Video Isu Isteri Kedua Ziela Jalil Selisih Faham Dengan Anak Tiri Ini Jawapan Saya

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 681 hits
Penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil telah tampil memperjelaskan situasi sebenar antara dirinya dan juga anak tiri yang dikenali sebagai Najwa
Sweetnya Ustaz Puisi Cinta Ustaz Don Daniyal Sempena Hari Lahir Isteri Warganet Puji Romantik

Sweetnya Ustaz Puisi Cinta Ustaz Don Daniyal Sempena Hari Lahir Isteri Warganet Puji Romantik

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 462 hits
Siapa yang tidak sayangkan isteri Hari hari istimewa isteri sebaiknya janganlah dibiarkan sepi tanpa ucapan Biar pendek dan ringkas asalkan detik istimewa isteri sentiasa diingati suami Sesekali muncul di instagram Ustaz Don Daniyal Don Biy...
Video Niat Nak Gurau Baling Ulat Kena Tangan Sekali Isteri Nangis Suami Berlari Pujuk

Video Niat Nak Gurau Baling Ulat Kena Tangan Sekali Isteri Nangis Suami Berlari Pujuk

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 382 hits
Setiap orang pastinya mempunyai perasaan fobia terhadap binatang atau serangga kecil seperti lipas cacing cicak atau seangkatan dengannya Lazimnya perasaan fobia ini lebih ketara di kalangan orang perempuan namun begitu segelintir kaum lela...
Video Tindakan Nissa Isteri Syahmi Cuci Munt4h Asif Jadi Buah Mulut Ramai

Video Tindakan Nissa Isteri Syahmi Cuci Munt4h Asif Jadi Buah Mulut Ramai

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 274 hits
loading Benarlah reaksi seseorang terhadap ujian akan mengangkat mart4batnya Itulah yang dapat kita lihat daripada tindakan Anissa Faizul isteri kepada Syahmi Sazli yang tidak kek0k membersihkan munt4h adik iparnya di dalam kereta
Isteri Rela Bertarung Nyawa Demi Lahirkan Zuriat Pandanglah Dia Dengan Kasih Sayang

Isteri Rela Bertarung Nyawa Demi Lahirkan Zuriat Pandanglah Dia Dengan Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 173 hits
Demi si kecil si ibu sanggup bergadai nyawa melahirkan zuriat suami Begitulah besarnya pengorbanan ibu Mereka tak kisah jika nyawa jadi pertaruhan tumpah darah dan pelbagai lagi komplikasi yang berlaku asalkan bayinya selamat Tumpah darah a...
Celah Mana Sweetnya Tu Pu Syed Mengulas Mengenai Video Trend Isteri Mencari Suami Dengan Hidu Bau

Celah Mana Sweetnya Tu Pu Syed Mengulas Mengenai Video Trend Isteri Mencari Suami Dengan Hidu Bau

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 424 hits
Apalah nak jadi dengan budak budak zaman sekarang Heboh apabila tular satu video di apps TikTok satu video challenge memaparkan bagaimana seorang wanita kononnya mencari suami sebenarnya dengan cara mengenal pasti bau pasangan dalam keadaan...
Video Cinta Anta Benua Satukan Budaya Penang Jerman

Video Cinta Anta Benua Satukan Budaya Penang Jerman

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 183 hits
Biarpun sudah lima tahun menetap di Frankfurt Jerman usahawan muda dikenali Amir tetap tidak lupa dengan asal usulnya sebagai rakyat Malaysia Buktinya Amir 25 sentiasa memuat naik video di TikTok bersama tunangnya Michelle 23 yang berasal d...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al Quran Dan Fardu Ain Tahun 2023

Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah