Video Cinta Anta Benua Satukan Budaya Penang Jerman



Biarpun sudah lima tahun menetap di Frankfurt, Jerman, usahawan muda dikenali Amir tetap tidak lupa dengan asal usulnya sebagai rakyat Malaysia.
Buktinya, Amir, 25, sentiasa memuat naik video di TikTok bersama tunangnya, Michelle, 23, yang berasal dari Baden Wurttemberg, Jerman berkaitan keistimewaan Malaysia.
Pemuda kelahiran Georgetown, Pulau Pinang itu tidak menyangka perkongsiannya di TikToK mendapat sambutan baik hingga dapat mengumpul 95,500 dalam tempoh lima bulan sejak Ogos lalu.
Penerimaan positif itu mendorong Amir mengaktifkan pula saluran YouTube dikenali Amirchelly Show sejak sebulan lalu di samping menguruskan syarikatnya, AbroadAssist yang bertanggungjawab mengendalikan kemasukan penuntut dalam dan luar negara.
VIDEO :-
“Asalnya, saya hanya memuat naik video untuk berkongsi kehidupan di perantauan dan jadikannya sebagai hobi pada masa lapang.
“Kebetulan, Michelle pernah ke Malaysia dan jatuh cinta dengan makanan tempatan terutama cempedak goreng dan durian.
“Jadi, kami cuba lakukan aktiviti bersama seperti keluar mencari durian di Jerman selain memasak nasi kandar, kek batik dan pelbagai juadah lain bersama serta merakam video itu dan tidak menyangka ia akan tular serta mendapat sambutan daripada warganet di Malaysia dan Singapura,” katanya ketika dihubungi menerusi kiriman emel kepada Harian Metro.
Bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Michelle, Amir berkata, dia berkenalan dengan tunangnya itu lima tahun lalu ketika menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Kewangan di Universiti Reutlingen, Jerman.
 
PERBEZAAN budaya tidak menghalang Amir dan Michelle menjalin hubungan, malah Amir turut mengajar tunangnya makan durian serta nasi kandar. FOTO ihsan Amir  
Katanya, sejak itu mereka menjalin hubungan sebelum mengikat tali pertunangan pada tahun lalu dengan restu kedua belah keluarga.
“Mengikut perancangan, kami sepatutnya berkahwin pada tahun lalu namun terpaksa menangguhkannya kerana pandemik Covid-19 walaupun sudah mengatur majlis resepsi di kedua-dua negara.
“Memang ada jurang di antara kami pada mulanya kerana perbezaan budaya dan bahasa, tetapi akhirnya dapat menerima satu sama lain dengan seadanya.
“Meskipun Michelle anak kelahiran Jerman, keluarganya pernah menetap di Kazakhstan. Jadi, dia tahu membawa budaya timur seperti memberi salam, tidak memakai kasut di dalam rumah, berpakaian sopan dan ia memudahkannya memahami budaya dan menyesuaikan diri di Malaysia,” katanya.
Amir berharap perkongsiannya dan Michelle di TikTok mahupun YouTube dapat memberi inspirasi kepada pengikut mereka.
Beliau berkata, mereka hanya mahu menyampaikan mesej positif iaitu perbezaan budaya bukan penghalang untuk bersama pasangan.
“Diharap pengikut kami sentiasa bersama keluarga dan insan tercinta walaupun dalam situasi yang mencabar,” katanya.

The post [VIDEO] Cinta Anta Benua…Satukan Budaya Penang, Jerman’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/19/video-cinta-anta-benua-satukan-budaya-penang-jerman/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=video-cinta-anta-benua-satukan-budaya-penang-jerman

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Demi Cinta Sejati Lelaki Ini Sanggup Bina Taj Mahal Mini Buat Arwah Isteri

Video Demi Cinta Sejati Lelaki Ini Sanggup Bina Taj Mahal Mini Buat Arwah Isteri

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 326 hits
Seutuh binaan bangunan Taj Mahal yang masih megah terbina di bandar Agra India sehingga hari ini begitulah juga lambang kekuatan kuasa cinta Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz yang tidak akan pernah terpadam Untuk pengetahuan anda Taj Mahal...
Ilya Feat Lidiya Kalaulah Cinta Chord

Ilya Feat Lidiya Kalaulah Cinta Chord

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 367 hits
Cm F A D Cm D DGm A Dirimu janganlah merayuA CmMerenung kasih yang terdahuluF A Bagailah mana kita bersua Cm DmDan berpisah lupakan segalaGm FDan aku usahlah tertipuA CmMengimbas kisah kisah yang dah berlaluF A Bagailah mana kita bertemu da...
Jatuh Cinta Dengan Elise Wallet Dari Jovi Leather

Jatuh Cinta Dengan Elise Wallet Dari Jovi Leather

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 468 hits
AssalamualaikumJatuh Cinta Dengan Elise Wallet Dari JOVI Leather Saya ni bukanlah seorang yang suka memiliki barang berjenama Meski begitu tidaklah bermakna saya taknak memilikinya langsung Ada certain barang akan saya utamakan kualiti mesk...
Lirik Lagu Mencari Cinta Sejati Cakra Khan

Lirik Lagu Mencari Cinta Sejati Cakra Khan

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 499 hits
Lirik Lagu Mencari Cinta Sejati Cakra Khan Hembusan angin meniup wajah alam Mataku tak berkedip menatap langit Terlalu luas tak bertepi pandang Bisakah aku menyentuh awan Berwaktu waktu aku mengasuh rasa Mendengarkan jiwaku berkata kata Tak...
Saya Mengaku Hubungan Cinta Dengan Shuk Sudah Berakhir Fara Salleh Report Polis Selepas Terima Ugutan Bunuh

Saya Mengaku Hubungan Cinta Dengan Shuk Sudah Berakhir Fara Salleh Report Polis Selepas Terima Ugutan Bunuh

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 466 hits
Bimbang dengan pelbagai ugutan diterima daripada individu tidak dikenali wanita didakwa menjalin hubungan sulit dengan penyampai radio Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tampil membuat laporan polis Wanita berusia 28 tahun itu kesal apabila apabi...
Lirik Lagu Cinta Membawa Derita Andra Respati

Lirik Lagu Cinta Membawa Derita Andra Respati

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 419 hits
Lirik Lagu Cinta Membawa Derita Andra RespatiAku menyesal mengenalimuKau hanya singgah menyakitikuDulu kunilai baik hatimuTernyata busuk dalam jiwamuKusangka engkau bawa bahagiaTernyata engkau membawa dukaKau buat aku jadi meranaSengsara ak...
Video Kedai Banjir Pun Tetap Tebar Roti Canai

Video Kedai Banjir Pun Tetap Tebar Roti Canai

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 270 hits
42 total views 42 views today Musibah banjir yang berlaku di beberapa buah negeri memberikan kesan yang amat mendalam terutamnya kepada mangsa mangsa yang terlibat Hal ini disebabkan keadaan rumah mereka yang dinaiki air dan mereka tidak da...
Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Gadget Baru Semangat Baru Infinix Raikan Merdeka Dengan Hadiah Eksklusif

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

As Kesan Kes Pertama Jangkitan Parasit Pemakan Daging Pada Manusia

Buasir Otak Tv Apa Yang Lebih Berharga Dari Berlian

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Projek Ets3 Ke Johor Bahru Dijangka Beroperasi Dis 2025 Loke

Pelajar Lelaki Jatuh Asrama Tiga Tingkat Polis Mula Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Mengujakan Naik Atv Melawat Dusun Durian

Drama Thariq Ridzuwan His Treasure Cipta Fenomena Di Media Sosial

Influencers As Marketing Strategy

Penunggang Motosikal Terlelap Pembonceng Tercampak Dari Jejantas

Bukan Saja Rafizi Sindir K Jaan Madani Anwar Pun Kena Balun Atas Isu Rasuah

Oem Factory Malaysia Reliable Manufacturing Solutions For Global Brands In 2025