Veteran Umno Pelik Bersatu Masih Pelihara Manusia Seperti Rais



MALAYSIAKINI
Veteran Umno membidas Anggota Majlis Pimpinan Bersatu, Dr Rais Yatim yang mendakwa Umno tak menghargai penghargaan Bersatu kepada mereka, sebaliknya hanya mementingkan soal kerusi.
Kata setiausaha agungnya, Mustapha Yaakub, kenyataan Rais itu sengaja membangkitkan hal-hal yang tidak pun dipertikaikan oleh ahli Umno bagi menimbulkan rasa benci orang Umno terhadap PN.
Mustapha turut meluahkan rasa hairan tentang mengapa presiden Bersatu Muhyiddin Yassin masih "memelihara" Rais.
“Rais dengan sengaja menimbulkan rasa benci orang Umno kepada PN dengan membangkitkan isu yang tidak pun dipertikaikan oleh Umno.
“Kenyataannya berniat jahat dan mempunyai unsur hasutan.
“Malangnya Midin (Muhyiddin) masih memelihara manusia seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan Facebook.
Rais hari ini meluahkan rasa terkilan apabila kepemimpinan Umno katanya lebih mementingkan kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15, berbanding mempertahankan kuasa Melayu Islam.
Kata Rais, Umno seakan-akan tidak menghargai usaha Muhyiddin yang memberikan mereka banyak jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Bab paling penting ialah mengekalkan kuasa Melayu Islam, tetapi Umno tidak menyebut perkara itu. Penghargaan diberikan kepada mereka juga seperti tidak dihargai,” Rais dipetik berkata.
Bagi Mustapha, penghargaan yang diberikan kepada Umno tidaklah sebesar pengorbanan yang harus dilakukan oleh Umno, sehingga membolehkan parti minoriti menjadi dominan dalam PN.
'Kenapa perlu banyak sangat parti Melayu?'
Sementara itu, bekas menteri pertanian dan industri asas tani Ahmad Shabery Cheek mengingatkan bekas rakan seperjuangannya mengapa perlu terlalu banyak parti berasaskan Melayu.
Rais dan Shabery pernah menyertai Parti Semangat 46 yang diasaskan Tengku Razaleigh Hamzah selepas Umno diharamkan pada 1988.
Pengharaman Umno itu berlaku selepas penyokong Razaleigh mendakwa wujud cawangan tidak berdaftar dalam pemilihan Umno ketika itu, yang menyaksikan Razaleigh mencabar kerusi presiden yang disandang Mahathir Mohamad.
Parti itu kemudian dibubarkan dan mereka menyertai semula Umno pada tahun 1996.
"Abang Rais patut beritahu kenapa perlu ada banyak sangat parti Melayu dalam satu kerajaan?
"Dulu kita sama-sama bubar Semangat 46 untuk bersama Umno atas alasan Melayu perlu bersatu," kata Shabery dalam hantaran di Facebook beliau.
Meskipun PN- khususnya Bersatu dan Umno- memang dibayangi isu agihan kerusi sebelum ini, ia kian panas apabila Ahli Parlimen Mersing, Dr Abdul Latiff Ahmad membuat kenyataan bahawa Umno sudah tidak laku di Sabah, dan semua ahli Umno yang keluar parti sudah berhijrah masuk Bersatu.
Abdul Latiff memenangi kerusi Mersing di atas tiket Umno dalam PRU lalu sebelum menyertai Bersatu.
Menteri pembangunan luar bandar itu sudah membuat permohonan maaf atas kenyataannya, namun ramai pemimpin Umno yang tetap menggesa beliau meletakkan jawatan.
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi juga berkata Umno akan tetap bertanding di kerusi Mersing yang disandang Abdul Latiff.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/veteran-umno-pelik-bersatu-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rais Serang Veteran Umno Balik

Rais Serang Veteran Umno Balik

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 331 hits
Tan Sri Dr Rais Yatim membalas serangan Setiausaha Agung Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub yang mempersoalkan mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin masih memelihara anggota Majlis Pimpinan Bersatu itu Rais meminta Mustapha menjawab soalan itu t...
Umno Pertahan Semua Kerusi Bersatu Muhyiddin Gigit Jari

Umno Pertahan Semua Kerusi Bersatu Muhyiddin Gigit Jari

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 317 hits
Umno pertahan semua kerusi Bersatu Muhyiddin gigit jari Oleh July 10 2020Hasrat pemimpin Bersatu terutama bekas Umno untuk bertanding di kerusi masing masing mungkin akan berkubur Hal ini kerana Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata kemun...
Adun Dap Ramal Umno Akan Khianati Muhyiddin Bersatu

Adun Dap Ramal Umno Akan Khianati Muhyiddin Bersatu

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 356 hits
AHLI Dewan Undangan Negeri Paloh dari DAP Sheikh Omar Ali meramalkan UMNO akan mengkhianati Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan parti yang diterajuinya Bersatu Menurut Sheikh Omar perang mulut antara Menteri Pembangunan Luar B...
Bersatu Dan Umno Ni Bagai Anjing Dengan Kucing Pas Senyum Kambing

Bersatu Dan Umno Ni Bagai Anjing Dengan Kucing Pas Senyum Kambing

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 492 hits
HAMDAN TAHABersatu kata ke Umno kot kami tak ajak kamu bersama kamu masih pembangkang tau tak Umno pulak kata heeeiii BERSATU kot kami tak sokong kamu Muhyuddin tak jadi PM laaahhhhPas pula diam jer suka hati hampa berdua lah dua dua tu Umn...
Umno Dan Bersatu Makin Berantakan Ini Petandanya

Umno Dan Bersatu Makin Berantakan Ini Petandanya

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 354 hits
Umno terus memberi tekanan terhadap Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Latiff Ahmad susulan kenyataannya yang menyifatkan Umno tidak laku di Sabah Umno Online memuat naik dua artikel berhubung kenyataan Abdul Latiff walaupun anggota Parl...
Tamparan Hebat Buat Peja Umno Perak Cadang Bubar Bersatu

Tamparan Hebat Buat Peja Umno Perak Cadang Bubar Bersatu

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 359 hits
UMNO Perak mencadangkan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia dibubarkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula UMNO Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad berkata penyertaan semula bekas ahli ke dalam UMNO bukan sesuatu yang baharu memandang i...
Pengorbanan Bersatu Perak Yang Sia Sia Bersedialah Ditalkin Umno

Pengorbanan Bersatu Perak Yang Sia Sia Bersedialah Ditalkin Umno

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 273 hits
Sayugia Pemuda AMANAH Negeri Perak ingin merujuk kenyataan Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Mohamad pada 9 Julai yang lalu yang mencadangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dibubarkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula Umno Timbalan ...
Annuar Umno Bersatu To Discuss Ge15 Seat Distributions Like Brothers And Sisters

Annuar Umno Bersatu To Discuss Ge15 Seat Distributions Like Brothers And Sisters

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 384 hits
The distribution of seats between Umno and Bersatu will be discussed in the spirit of brothers and sisters according to BN secretary general Annuar Musa Amid perceived strained ties between Umno and Bersatu over the issue Annuar said seat d...
Tular Gambar Kelawar Saiz Seperti Manusia Ramai Yang Tak Tahu Ia Memang Wujud

Tular Gambar Kelawar Saiz Seperti Manusia Ramai Yang Tak Tahu Ia Memang Wujud

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 335 hits
Kelawar menjadi bualan yang paling hangat dan mendapat gelaran haiwan yang paling bahaya akibat munculnya beberapa virus yang menyebabkan kematian seperti SARS MERS dan sekarang COVID 19 Bila sebut sahaja perkataan kelawar ia cukup untuk me...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lawatan Presiden Cina Kominis

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam