Umno Dan Bersatu Makin Berantakan Ini Petandanya


Umno terus memberi tekanan terhadap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Latiff Ahmad susulan kenyataannya yang menyifatkan Umno tidak laku di Sabah

Umno Online memuat naik dua artikel berhubung kenyataan Abdul Latiff, walaupun anggota Parlimen Mersing itu telah membuat permohonan maaf

Dalam salah satu artikel itu, Umno Online memaparkan surat terbuka ketua Umno bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof yang mengingatkan Abdul Latiff, yang juga bekas ketuanya agar menunaikan janji letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Mersing sebelum melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

“Sebagaimana dalam ucapan Datuk di Tenggaroh 03, di hadapan ahli-ahli Umno, dua tahun yang lepas sebelum Datuk melompat ke Parti PPBM yang mana Datuk akan meletakkan jawatan dahulu sebagai Ahli Parlimen Mersing kalau Datuk nak melompat, Datuk kena tunaikan,” tegasnya dalam satu surat terbuka kepada Abd Latiff, pada Rabu

Abdul Latiff semalam mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas kenyataannya yang menyebut "Umno tidak laku di Sabah" yang menurutnya disalah anggap

Mengulas lanjut, Youzaimi menegaskan Umno adalah parti keramat dan bukan parti yang boleh dijual beli

Dalam artikel lain, Umno Online turut memuatkan kenyataan Pengarah Komunikasi Umno Negeri Sabah, Ghazalie Ansing, yang menuntut Abdul Latiff memohon maaf khas secara terbuka kepada ahli-ahli parti itu

Tegas Ghazalie, dakwaan Abdul Latiff bahawa kenyataannya disalah tafsir adalah satu pembohongan dari mata Umno Sabah

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri ini merupakan kenyataan lisan dan bukan kenyataan bertulis yang boleh disalah tafsir," katanya

Sebelum ini, Abdul Latiff yang juga pemimpin Bersatu membuat kenyataan dalam sebuah forum terbuka yang kemudian menjadi tular di media sosial

“Orang Sabah dia tak panggil lompat, dia panggil hijrah. Biasa dari Berjaya ke PBS, PBS pergi Umno

“Sekarang ini Umno sudah tak lakulah. Umno, maksud saya parti Umno di Sabah. Itu realitinya kerana (orang) tak yakin. Semua yang lompat juga sudah hijrah ke Bersatu,” kata menteri berkenaan

Untuk rekod, Abdul Latiff ialah antara beberapa bekas ahli parlimen Umno yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu selepas kekalahan BN pada PRU14 lalu

Sementara itu, aanggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman yang dipetik Sinar Harian berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu kembali kepada Umno bagi memastikan kestabilan politik negara

Menurut Tajuddin, beliau dan ramai pemimpin Umno yang lain mahu Presiden Bersatu itu menyertai Umno semula dan akan menyokong beliau untuk terus kekal sebagai perdana menteri

"Kita mahu dia balik kerana dia pun bekas pemimpin Umno. Kalau boleh baliklah

"Ia ibarat sirih pulang ke gagang dan kita bagi jaminan, dia masuk kita sokong (jadi perdana menteri). Selepas beliau nanti, mana-mana pemimpin dalam Umno yang sesuai boleh ambil alih dan kita akan sokong mereka pula, " katanya

Sementara itu, Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad mencadangkan parti Bersatu dibubatkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula Umno

Saarani berkata penyertaan semula bekas ahli ke dalam Umno bukan sesuatu yang baru memandangkan ia pernah berlaku selepas Parti Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996

"Jika orang Bersatu berjiwa besar, dia pun ada masalah, parti mereka kecil jadi bubar Bersatu, semua ahli Bersatu marilah masuk Umno. Tapi tak boleh pegang jawatan lagilah, kena tunggulah

"Tahun depan ada pemilihan UMNO bertandinglah. Kalau menang, menanglah,"katanya. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Klik link di bawah:-http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/07/umno-dan-bersatu-makin-berantakan-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Selepas Pilih Perdana Menteri Umno Bersatu Berantakan

Video Selepas Pilih Perdana Menteri Umno Bersatu Berantakan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 296 hits
Pemuda UMNO tidak sesekali merelakan maruah parti terus dicabuli buat kali kedua dengan kata nista berupa penghinaan setelah perilaku pengkhianatan ke atas parti ini cuba kami kompromi ujar Asyraf Dalam video pendek itu Abdul Latiff berkata...
Bersatu Hilang Air Muka Digesa Bubar Masuk Umno

Bersatu Hilang Air Muka Digesa Bubar Masuk Umno

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 342 hits
Seruan Buat Shbt2ku ahli Bawahan PPBM Sepanjang 22 bulan bersama dalam PH aku kenal ramai ahli bawahan PPBM dulu yang mmg ikhlas menolak UMNO dan sanggup merisikokan diri mereka pada waktu itu untuk bersama parti baru PPBM yg pada waktu awa...
Mampukah Mereka Laga Lagakan Umno Bersatu Pas

Mampukah Mereka Laga Lagakan Umno Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 374 hits
Sukar untuk berjaya kerana UMNO cukup takut kehilangan kuasa sekali lagi dan PAS memang akan genggam erat kesedapan kuasa Pusat Mereka akan berkompromi secara paksa rela jarum cucuk gagal Muhyiddin sudah tunjuk kuasa belinya dari awal lagi ...
Veteran Umno Pelik Bersatu Masih Pelihara Manusia Seperti Rais

Veteran Umno Pelik Bersatu Masih Pelihara Manusia Seperti Rais

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 263 hits
MALAYSIAKINIVeteran Umno membidas Anggota Majlis Pimpinan Bersatu Dr Rais Yatim yang mendakwa Umno tak menghargai penghargaan Bersatu kepada mereka sebaliknya hanya mementingkan soal kerusi Kata setiausaha agungnya Mustapha Yaakub kenyataan...
Umno Nak Lelong Kawasan Parlimen Pada Bersatu Pas

Umno Nak Lelong Kawasan Parlimen Pada Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 410 hits
BARU baru ini tersebar senarai calon Perikatan Nasional untuk PRU15 Ada yang mengatakan ianya PALSU PRU15 lambat lagi tak mungkin senarai tersebut betul Tetapi di dalam politik ada macam macam HELAH Tetapi kalau diteliti senarai itu mungkin...
Bersatu Dakwa Umno Lebih Pentingkan Kerusi Daripada Pertahan Kuasa Melayu Islam

Bersatu Dakwa Umno Lebih Pentingkan Kerusi Daripada Pertahan Kuasa Melayu Islam

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 341 hits
Anggota Majlis Pimpinan Bersatu Dr Rais Yatim menyatakan rasa terkilannya terhadap kepemimpinan Umno yang dilihat lebih mementingkan kerusi yang akan ditandingi nanti berbanding mempertahankan kuasa Melayu Islam Bekas menteri itu berkata ke...
Matter Of Time Before Umno Wipes Out Bersatu Says Dap

Matter Of Time Before Umno Wipes Out Bersatu Says Dap

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 761 hits
The untied front put up by Bersatu and Umno now is nothing more than a smokescreen and the latter is expected to play out the former in a power grab that will see a resurgence of the tainted party an assemblyman said Perak s Pasir Pinji ass...
Jom Ahli Umno Join Bersatu

Jom Ahli Umno Join Bersatu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 279 hits
Nampaknya UMNO kena masuk Bersatu secara beramai ramai mulai hari ini
Pengorbanan Bersatu Perak Yang Sia Sia Bersedialah Ditalkin Umno

Pengorbanan Bersatu Perak Yang Sia Sia Bersedialah Ditalkin Umno

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 278 hits
Sayugia Pemuda AMANAH Negeri Perak ingin merujuk kenyataan Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Mohamad pada 9 Julai yang lalu yang mencadangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dibubarkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula Umno Timbalan ...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej