Van Jenazah Bekalan Akhirat Atu Zero


ATU Zero membeli van untuk kerja pengurusan jenazah di Kudat, Sabah akhirnya termakbul. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)




Kuala Lumpur: Impian pelawak Atu Zero membeli van untuk kerja pengurusan jenazah di Kudat, Sabah akhirnya termakbul.

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli berkata, dia bagaimanapun belum menghantar van itu kerana perlu menjalani pengubahsuaian seperti dilengkapi tempat mandi jenazah bagi tujuan pengurusan yang lebih sistematik.


"Saya tak menjangka impian untuk memiliki sebuah van jenazah menjadi kenyataan. Saya akui gembira walaupun orang kata itu ayat klise.

"Saya amat berterima kasih kepada sahabat yang tidak putus membantu dalam urusan ini. Saya berharap sumbangan kecil ini dapat memberikan ganjaran buat kita semua,"katanya.


Menurut Atu, kos membeli van jenazah itu adalah RM121,000, tidak termasuk kos pengubahsuaian.

"Saya masih belum tahu berapa kos yang diperlukan lagi untuk ubah suai. Insya-Allah saya akan usahakan dalam waktu terdekat untuk menjayakan misi van jenazah bagi fakir miskin. Saya mahu van jenazah ini dilengkapi kemudahan memandikan jenazah termasuk sistem paip yang baik. Saya pernah tengok van bapa mentua Ajak Shiro di Kluang, Johor yang seumpama itu.

"Saya ingin van ini memberi pelbagai kemudahan selepas mengambil kira saiz rumah di perkampungan sekitar Kudat yang kecil selain surau dan masjid jauh dari kawasan penempatan.

Saya juga berharap van ini dapat mengatasi masalah pengurusan jenazah. Mana tahu, selepas ini kami boleh luaskan perkhidmatan di luar daerah Kudat," katanya.

Dalam masa sama, Atu turut berhasrat untuk meluaskan perkhidmatan misi van jenazah untuk fakir miskin sehingga ke Sarawak.


Tidak hanya itu, Atu turut memasang impian untuk membina sebuah masjid di Kudat.

"Biarlah harta saya tidak banyak di dunia tetapi adalah sedikit bekalan yang boleh saya bawa ke akhirat nanti.

Saya mohon doa semua agar impian ini dimakbulkan Allah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Atu kini sedang sibuk mempersiapkan diri di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 bersama kumpulan Boro, bergandingan dengan Fad dan Achey.

Keluarga Atu Zero bantu keluarga yang tidak mampu menguruskan jenazah di kampung halaman Atu di Kudat, Sabah.
Aktif usahakan program pengurusan jenazah di Kudat, Sabah, pelawak Atu Zero, 29, bersyukur inisiatif sejak 2019 itu terus memberi manfaat kepada penduduk di sekitar daerah berkenaan.

Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif berkata, sebolehnya dia berharap usaha itu akan terus meringankan beban penduduk yang berdepan pelbagai isu menguruskan jenazah ahli keluarga mereka.

“Inisiatif itu kami mulakan kerana ramai penduduk di sana berdepan masalah apabila kematian ahli keluarga. Kami mahu bantu mereka menguruskan tuntutan waris dari hospital sehinggalah ke proses pengebumian.

“Ini kerana, ramai penduduk tidak berkemampuan membiaya kos pengurusan jenazah. Tidak ketinggalan, mereka berdepan isu mengenai dokumentasi sah sekali gus menyukarkan lagi keadaan mereka.

“Memasuki tahun ketiga jalankan inisiatif itu (pengurusan jenazah), kami juga sebolehnya bantu menguruskan proses itu untuk penduduk di daerah terdekat juga. Mana yang kami boleh sampai di luar Kudat, kami pergi bantu,” katanya.
ATU bersama isteri dan anak-anak.
Atu mengakui inisiatif itu sememangnya ada cabaran tersendiri juga terutama dana. Ini kerana mereka bergantung kepada wang simpanan sendiri serta sumbangan ikhlas daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, dia bersyukur ia bukan menjadi halangan besar untuk mereka teruskannya. Menurut Atu, mereka mahukan inisiatif terbabit dilakukan untuk jangka masa panjang.

“Daripada segi dana itu memang ada sedikit cabaran. Ini kerana wang yang digunakan dalam proses pengurusan jenazah itu memang kami sendiri iktiharkan termasuk pembelian perkakas penting.

“Syukur, sumbangan itu sentiasa masuk meskipun ada penderma yang tidak dedahkan identiti mereka. Keikhlasan mereka jugalah yang sentiasa memastikan dana kami cukup dalam program ini” katanya.

Dalam pada itu, Atu juga berhasrat mahu membeli caravan bagi tujuan pengurusan jenazah lebih sistematik di sana. Ini kerana, pasukannya di Kudat kerap berdepan isu terbabit.
Atu tidak bekerja atau ditawarkan membuat persembahan sejak dua bulan lalu berikutan penularan pandemik COVID-19.
“Pasukan pengurus kami di sana ada kira-kira 8 orang dan dipimpin Imam Nazri. Mereka cuma bergantung kepada van terpakai yang kami beli sebelum ini.

“Justeru, mereka berdepan isu termasuk ruang memandikan jenazah berikutan tiada tempat khas, selain jarak jauh untuk dibawa ke kubur. Disebabkan itu, sekarang kami berharap dapat membeli caravan yang siap boleh uruskan jenazah sepenuhnya di dalam saja,” katanya. – HMetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/van-jenazah-bekalan-akhirat-atu-zero.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Seseorang Itu Meninggal Dunia Jadikan Amalan Ini Bekalan Untuk Akhirat Rugi Kalau Tak Lakukan

Sebelum Seseorang Itu Meninggal Dunia Jadikan Amalan Ini Bekalan Untuk Akhirat Rugi Kalau Tak Lakukan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 532 hits
Selagi kita masih hidup jangan terus lupa untuk melakukan pelbagai amalan yang disuruh oleh Allah Ini adalah untuk menambah pahala berganda sebagai bekalan di akhirat kelak
Lebih 50 000 Pesawah Kecewa Bekalan Benih Padi Lewat

Lebih 50 000 Pesawah Kecewa Bekalan Benih Padi Lewat

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 277 hits
Oleh ZAID MOHD NOOR SEBAHAGIAN daripada pesawah yang menyertai himpunan pesawah bagi mendesak benih padi dibekalkan segera di Kampung Tempayan pecah Jerlum Kedah hari ini FOTO ZAID MOHD NOORJERLUN Lebih 50 000 pesawah yang mengusahakan tana...
Paip Pecah Gangguan Bekalan Air Di 156 Kawasan Sepang Kuala Langat

Paip Pecah Gangguan Bekalan Air Di 156 Kawasan Sepang Kuala Langat

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 272 hits
145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ Jalan B48 Kampung Chinchang Salak Tinggi Sepang Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyata
Bekalan Air Gangguan Di Sepang Dan Kuala Langat Pulih Sepenuhnya

Bekalan Air Gangguan Di Sepang Dan Kuala Langat Pulih Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 388 hits
Bekalan air di 145 kawasan terjejas di daerah Sepang dan 11 kawasan di Kuala Langat pulih sepenuhnya pada jam 7 pagi hari ini Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd memaklumkan paip pecah yang berlaku berhampiran Simpang 3 LBJ Jalan B48 Kampu
Wall Street Dan Ekonomi Sebenar Tidak Lagi Bersama Masalah Bekalan Semakin Meningkat

Wall Street Dan Ekonomi Sebenar Tidak Lagi Bersama Masalah Bekalan Semakin Meningkat

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 196 hits
Dunia menghadapi gangguan panjang dalam aliran kargo menurut ketua pengendali pelabuhan terkemuka ICTSI Indeks saham AS meningkat pada hari Rabu Wall Street dan ekonomi sebenar tidak lagi bersama masalah bekalan semakin meningkatPengangkuta...
38 Projek Bekalan Air Luar Bandar Sedang Dilaksanakan Di Sarawak

38 Projek Bekalan Air Luar Bandar Sedang Dilaksanakan Di Sarawak

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 196 hits
Oleh COWEN LINCH MAHDZIR Khalid meninjau pam penggalak projek bekalan air luar bandar di Kampung Mentong Merau Mongkos di daerah Serian Sarawak hari ini SERIAN Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang melaksanakan 38 projek Bekalan Air Lu...
Polis Sesb Potong Bekalan Elektrik 14 Premis Judi Haram Di Labuan

Polis Sesb Potong Bekalan Elektrik 14 Premis Judi Haram Di Labuan

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 188 hits
Ketua Polis Labuan Ahmad Jawila berkata kerjasama dengan SESB itu sebahagian daripada operasi berterusan polis untuk membanteras kegiatan perjudian haram di seluruh Labuan 14 premis judi haram dipotong bekalan elektrik LABUAN Polis Labuan d...
28 Bekalan Air Di Lembah Klang Pulih

28 Bekalan Air Di Lembah Klang Pulih

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 243 hits
BERNAMA Bagaimanapun peratusan pemulihan di Gombak Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih lagi sifar Seorang pekerja restoran di Sentul Kuala Lumpur mengambil air daripada tadahan ketika bekalan air terganggu pada 13 Oktober Gambar Bernama Pem...
Ini Bekalan Setahun Ke Vide0 Ramai Gelak Sakan Tengok Cara Lelaki Ini Simpan Air

Ini Bekalan Setahun Ke Vide0 Ramai Gelak Sakan Tengok Cara Lelaki Ini Simpan Air

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 575 hits
Umum ketahui bahawa banyak kawasan di Selangor akan mengalami g4nggu4n bekalan air berjadual berikutan kerja kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset aset krit1kal seperti yang diumumkan pihak Air Selangor Menurut notis pemberitahuan ter...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Boleh Tak Nak Gaduh Depan Anak Farah Nabilah Kongsi Cara Tangani Selisih Faham Dengan Suami

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit