Lebih 50 000 Pesawah Kecewa Bekalan Benih Padi Lewat


 Oleh ZAID MOHD NOOR
SEBAHAGIAN daripada pesawah yang menyertai himpunan pesawah bagi mendesak benih padi dibekalkan segera di Kampung Tempayan pecah, Jerlum, Kedah,  hari ini. - FOTO/ZAID MOHD. NOORJERLUN: Lebih 50,000 pesawah yang mengusahakan tanaman padi seluas 100,000 hektar di kawasan Lembaga Kemajuan Muda (MADA) di negeri ini mendakwa berlaku masalah kelewatan bekalan benih padi sah sejak tiga tahun lalu.
Pengerusi Badan Bertindak Petani Mada, Che Ani Mat Zain berkata, kelewatan bekalan benih padi tersebut menyebabkan pesawah tidak dapat mengikut jadual penanaman padi yang ditetapkan termasuk mengelakkan musim hujan dan kemarau.
Menurutnya, kegagalan pesawah menanam padi mengikut jadual ditetap akan menyebabkan hasil tanaman padi dan pendapatan mereka merosot kerana bertembung dengan musim hujan dan kemarau.
“Mengikut jadual, kebanyakan pesawah di kawasan MADA sepatutnya telah menerima bekalan benih padi dan mereka perlu menanam padi bermula 15 Oktober lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian pemberita ketika mengetuai himpunan pesawah bagi mendesak benih padi dibekalkan segera di Kampung Tempayan Pecah, di sini hari ini.
Che Ani memberitahu, pada masa ini, pihaknya juga masih belum mendapat jaminan daripada syarikat pembekal padi terbabit tarikh bekalan padi dapat dihantar kepada pesawah di kawasan MADA.
Tambahnya, Kementerian Pertanian dan agensi yang terlibat sepatutnya dapat memastikan pembekal dan pengedar benih padi kepada pesawah mengikut jadual yang ditetapkan oleh MADA.
“Masalah kelewatan pesawah menerima bekalan benih padi berlaku sejak beberapa musim penanaman padi sebelum ini.
“Sehubungan itu, pesawah juga mengarahkan Jabatan Pertanian, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Pertubuhan Peladang Kawasan (Nafas) dam MADA dapat menyelesaikan masalah kelewatan bekalan benih padi dengan segera dan tidak berlarutan lagi selepas ini,” ujarnya.
Sementara itu, seorang pesawah, Shafie Said, 66, pula mendakwa, pesawah juga berhadapan dengan kenaikan benih padi yang semakin mahal dan membebankan pesawah.
Jelasnya, kenaikan harga benih padi membebankan pesawah, selain pendapatan hasil jualan padi semakin merosot.
“Harga benih padi sebelum ini hanya RM35 bagi seguni benih padi seberat 20 kilogram (kg), namun sekarang telah melambung sehingga RM42 seguni bagi berat yang sama.
‘Setiap satu hektar, pesawah memerlukan kira-kira tujuh guni benih padi(setiap guni 20 kg),” katanya.
Tambahnya, harga baja dan racun padi juga semakin terlalu tinggi sejak kebelakangan ini. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/lebih-50000-pesawah-kecewa-bekalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benih Padi Didakwa Lepasi Harga Siling

Benih Padi Didakwa Lepasi Harga Siling

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 213 hits
Benih padi didakwa lepasi harga siling BAGAN SERAI Pesawah pesawah di daerah Kerian di sini terbeban berikutan kenaikan harga benih padi yang dikhuatiri menjejaskan jadual penanaman padi musim baharu tidak lama lagi Bercakap kepada Utusan M...
Gagal Lagi Benih Padi Pun Tak Reti Nak Bagi Yang Berkualiti Pooooodaaaaahhhhh

Gagal Lagi Benih Padi Pun Tak Reti Nak Bagi Yang Berkualiti Pooooodaaaaahhhhh

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 153 hits
Pemuda AMANAH Kedah desak Pengerusi MADA selesaikan isu harga kualiti benih padiOleh MOHD ALI HASHIM October 22 2021Pemuda AMANAH Negeri Kedah mendesak supaya Pengerusi MADA Ahmad Tarmizi Sulaiman segera mengambil tindakan agar pesawah tida...
Zoo Melaka Kena Serbu Kutipan Tiket Lebih Rm800 000 Dalam Masa 16 Hari

Zoo Melaka Kena Serbu Kutipan Tiket Lebih Rm800 000 Dalam Masa 16 Hari

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 642 hits
Oleh JUALAN tiket masuk ke Zoo Melaka mencatatkan kutipan lebih RM800 000 dengan kira kira 10 000 pengunjung dalam tempoh 16 hari selepas ikon pelancongan negeri itu kembali beroperasi bermula 1 Oktober lepas Yang Dipertua Majlis Perbandara...
Enhypen Jual Lebih 500 000 Album Dimension Dilemma

Enhypen Jual Lebih 500 000 Album Dimension Dilemma

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 277 hits
ENHYPEN kumpulan di bawah agensi Belift Lab yang telah dibentuk melalui program pertandingan survival I LAND telah berjaya memecah rekod Pada 12 Oktober diumumkan bahawa ENHYPEN telah sertai kumpulan popular lain seperti BTS EXO BLACKPINK N...
Mudahkan B40 Miliki Kediaman Bina Lebih Banyak Rumah Bawah Rm100 000 Kata Ngo

Mudahkan B40 Miliki Kediaman Bina Lebih Banyak Rumah Bawah Rm100 000 Kata Ngo

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 415 hits
Rumah untuk rakyat marhaen seharusnya tidak dijadikan alat untuk mencari keuntungan kata Gabungan Marhaen PETALING JAYA Gabungan Perumahan Awam menuntut kerajaan membina lebih banyak rumah mampu milik di bawah harga RM100 000 bagi membolehk...
Jangan Kecewa Perancangan Allah Lebih Baik

Jangan Kecewa Perancangan Allah Lebih Baik

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 366 hits
Saat hati berkata ingin Namun Allah berkata tunggu Saat air mata harus menitis Namun Allah berkata tersenyumlah Maha Suci Allah yang memberikan kebahagiaan dan ketenangan hati pada hambaNya Tahu apa yang membuat hati tenang Ketika kita bole...
Covid 19 Jumlah Kematian Lebih 28 000 Sejak Pandemik Melanda

Covid 19 Jumlah Kematian Lebih 28 000 Sejak Pandemik Melanda

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 297 hits
KKM melaporkan 69 kes kematian pada Selasa dan daripada jumlah itu sebanyak 11 kes berlaku di luar hospital SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terk
Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah Bernilai Lebih Rm563 000

Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah Bernilai Lebih Rm563 000

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 235 hits
KUANTAN Polis Pahang akan melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM563 000 iaitu barang kes melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Pahang bagi tempoh 2008 hingga 2021 Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoos...
Lebih 1 000 Penduduk Di 5 Negeri Dipindah Akibat Banjir

Lebih 1 000 Penduduk Di 5 Negeri Dipindah Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 274 hits
Oleh Banjir di daerah Yan melibatkan rumah penduduk di beberapa mukim dinaiki air GAMBAR media sosial HUJAN lebat di lima negeri mengakibatkan lebih 1 000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan kediaman mereka dilanda ...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini