Isma Kata Bmf Boleh Berjaya Tanpa Parti Pas


 


March 9, 2021 Kempen ‘Buy Muslims First’ yang selalu dilaungkan, sebenarnya tidak perlu kepada kempen parti politik untuk dijayakan di dalam masyarakat.
Ini kerana, membina rantaian ekonomi umat Islam yang tersendiri juga boleh dimainkan oleh pertubuhan bukan politik.
Langkah ini berkait dengan struktur dan agensi-agensi yang sentiasa wujud di dalam masyarakat, walau berubah tampuk pemerintahan negara dari satu parti ke parti yang lain.
Timbalan Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, objektif pertubuhan bukan politik biasanya adalah objektif jangka jauh, kerana tidak mampu untuk diukur dalam tempoh yang pendek.
Sebahagian dari objektifnya berkait dengan pembudayaan yang sudah tentu memakan masa yang panjang untuk dilihat kesannya, katanya.
“Dengan itu penting untuk pekerja-pekerja pertubuhan bukan politik ini untuk mempunyai ketahanan jiwa dan stamina yang tinggi.
“Kesan yang akan ditinggalkan oleh pertubuhan bukan politik di dalam masyarakat adalah kesan yang mendalam jika ia dilakukan dengan senyap, tekun, sabar dan tenang.
“Perlahan tapi pasti. Dan apabila ianya tercapai, untuk pihak lain mengubahnya, mereka juga perlukan masa yang panjang dan lama,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ustaz Fauzi berkata, Islam satu-satunya agama yang meletakkan ilmu di kedudukan yang amat tinggi sehingga sanggup belajar dari tamadun-tamadun luar, semata-mata menjadikan ilmu sebagai landasan dalam kehidupan.
Bagaimanapun agak mengecewakan, apabila melihat umat Islam hari ini seolah-olah ditolak ke arah kebodohan oleh Barat.
Barat memperkenalkan kepada umat Islam metodologi ilmu yang salah hingga akhirnya yang bergelar ilmuwan itu sendiri masih lagi tidak pandai.
Oleh itu katanya, masyarakat yang terus belajar hingga mati adalah masyarakat yang tidak akan dikalahkan oleh mana-mana kuasa luar.
“Justeru, banyak aktiviti pembelajaran tidak formal yang boleh dihidupkan oleh pertubuhan bukan politik, dan sebahagiannya tidaklah memerlukan modal kewangan yang banyak. Apa yang perlu hanyalah stamina yang tinggi dan istiqamah.
“Dan ada banyak lagi objektif sosial ekonomi di dalam masyarakat yang boleh dimainkan oleh pertubuhan bukan politik,” katanya..








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/isma-kata-bmf-boleh-berjaya-tanpa-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Boleh Kerjasama Dengan Ppbm Tapi Jangan Susahkan Umno Kata Tajuddin

Pas Boleh Kerjasama Dengan Ppbm Tapi Jangan Susahkan Umno Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 316 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Umno tidak ada halangan untuk PAS bekerjasama dengan PPBM selagi PAS tidak membantu parti itu menyerang calon Umno pada pilihan raya umum ke 15 kata Tajuddin Abdul Rahman Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu menega...
Pas Boleh Terima Parti Bukan Berasaskan Melayu Asalkan Tanpa Dap Anwar

Pas Boleh Terima Parti Bukan Berasaskan Melayu Asalkan Tanpa Dap Anwar

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 409 hits
malaysiadateline com Ketua Pemuda Pas Senator Ir Khairil Nizam Khirudin menegaskan Pas boleh menerima parti lain termasuk yang bukan berasaskan Melayu dengan syarat tanpa penjajaran politik dengan DAP dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ...
Pas Boleh Menang Lebih Banyak Kerusi Jika Bersama Umno Berbanding Ppbm Kata Penganalisis

Pas Boleh Menang Lebih Banyak Kerusi Jika Bersama Umno Berbanding Ppbm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 358 hits
freemalaysiatoday com March 5 2021 7 00 AMPenganalisis berkata peluang PAS memenangni lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang lebih cerah jika parti itu bekerjasama dengan Umno berbanding PPBM PETALING JAYA Penganalisis poli...
Lompat Parti Tak Salah Kata Takiyuddin

Lompat Parti Tak Salah Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 370 hits
Tindakan wakil rakyat sama ada ahli parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan und...
Pas Kekal Komited Dengan Penyatuan Ummah Kata Takiyuddin

Pas Kekal Komited Dengan Penyatuan Ummah Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 204 hits
PAS kekal komited dengan penyatuan ummah kata Takiyuddin Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 6 Mar 2021 11 01PM
Agong Kata Boleh Gomen Kata Tak Boleh

Agong Kata Boleh Gomen Kata Tak Boleh

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 258 hits
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Menteri Pengerusi Forum Ekonomi Islam Sedunia berkenaan berkata beliau tanpa keraguan menyifatkan Anwar me...
Tok Him Perilaku Pas Punca Parti Itu Diumpamakan Macam Pelacur

Tok Him Perilaku Pas Punca Parti Itu Diumpamakan Macam Pelacur

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 267 hits
Kerana dilihat selalu tidak konsisten serta tidak berpendirianlah maka PAS digelar sebagai pelacur politik kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Ibrahim Ali Menurut Ibrahim dia percaya analogi digunakan Pengerusi Jemaah Penasihat ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah