Vaksin Oh Vaksin


 Vaksin Oh Vaksin.  Sana sini orang bercerita tentang vaksin.  Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja cerita vaksin yang akak baca samada yang bersetuju, yang merungut tak dapat temujanji lagi, yang tidak mahu divaksin, tak kurang juga ramai yang muat naik gambar selepas bervaksin.  Apa yang pasti, sekarang ni dah mula semakin ramai yang mahu vaksin disegerakan. Vaksin Oh Vaksin !! Meriah wall muka buku akak dengan cerita kamu.
Pengalaman Cucuk Vaksin Covid 19Akak antara kumpulan terawal yang menerima vaksn Covid 19 ni.  Rezeki akak dan suami.  Mungkin masa tu ramai yang tolak tak mahu terima vaksin jadi nama kami pun dipanggil oleh pihak KKM untuk dapatkan vaksin.  Pucuk dicita ulam mendatang, memang kami tunggu sangat panggilan itu. Tak kisahlah masa tu nak dapat vaksin jenis apa walaupun hari-hari baca kesan-kesan setelah terima vaksin.  Abaikan sahaja, yang penting dapat cucuk vaksin.  Rezeki kami juga dapat vaksin jenis Pfizer.  
Hari terima dose pertama, memang ramai  juga, rata-rata yang usia lebih kurang kami, warga emas dan mereka yang ada sejarah penyakit kronik.  Ambil nombor, isi borang, tunggulah giliran.  Lebih kurang 3 jam jugalah menunggu giliran sampai nombor dipanggil.  Selepas terima suntikan, kena rehat dulu 15 - 30 minit di ruang menunggu.  Tujuannya untuk pastikan penerima vaksin okay, tidak pening, tidak loya sebelum bergerak pulang.  Masa dose pertama ni akak terima waktu bulan puasa.  Lepas 15 minit, rasa okay kamipun gerak balik.
Dalam hati lega sangat sebab dah dapat peluang terima vaksin.




Kesan Selepas VaksinKalau di media sosial ramai yang berkongsi pelbagai rasa selepas terima suntikan vaksin.  Lain orang lain kesannya.  Ada yang okay, ada yang tak okay.  Sebelum cucuk vaksin, akak dah tanya dulu pengalaman anak akak yang dah terlebih awal terima suntikan selepas kembali ke pusat pengajian di India.  Pengalaman orang muda lain. Katanya tak perlu risau, kesan minimal sahaja.
Hari pertama selepas vaksin, antara akak dan en suami memang berbeza kesannya. Persamaannya selepas sampai rumah, memang mengantuk tak tahu nak cerita, letak kepala atas bantal, lena terus.  Bangun tidur, terasalah sengal-sengal di bahagian cucuk tu,  rasanya kesan biasa selepas terima suntikan.  Lengan rasa lenguh, berat je.  Kepala pening-pening biasa, mungkin sebab bulan puasa sama.  Sebaik lepas berbuka, akak ambil panadol untuk hilangkan sakit kepala yang dah mula rasa.
Lain pula kesannya pada en suami.  Petang tu juga rasa sakit kepala dan badan seram-seram nak demam. Hubby memang ada sejarah migrain.  Malamnya makan panadol dan tidur awal.  Esoknya masih dalam keadaan sakit kepala dan `mild fever'.  Banyakkan rehat saja. Berlarutan juga sehari dua, lepas tu baru keadaan seperti biasa semula.
Dose ke dua, 21 hari selepasa dose pertama.  Sama keadaan seperti dose pertama. Kali ini akak cuma rasa lenguh tangan saja, tiada lagi sakit kepala ataupun pening-pening. Tapi en suami demam. Dua hari terbaring saja. 
Doktor memang dah pesan, pening, lenguh, sakit kepala dan demam memang biasa selepas terima vaksin.  Penerimaan orang akan berbeza antara satu sama lain.  Jadi korang janganlah risau sangat bila baca kesan-kesan vaksin yang dikongsikan di media sosial tu.  Sebaiknya terimalah vaksin covid 19 ni tak kira jenis apapun.  Sekurang-kurangnya kita dah usaha beri penjagaan pada diri kita dan orang-orang sekeliling yang rapat dengan kita.
Persediaan Sebelum Terima Vaksin1) Paling penting korang kena kekal tenang terutama yang seram seram sejuk tengok jarum.  Jarum dia memang halus ye. Tak terasa pun kena cucuk. Tambah-tambah kalau yang bertugas tu rajin sembang dengan korang. Sambil bertanya, sambil menyucuk, tau-tau dah siap, tak sempat nak rasa sakit pun.
2) Waktu dose pertama, korang kena isi borang, so pastikan korang bawa pen sendiri, jangan kongsi-kongsi. Lepas isi borang, simpan balik pen dalam beg sendiri.  Kenapa akak pesan macam ni? Biasanya orang kalau isi borang, dah terbiasa tinggalkan je pen kat mana tempat isi borang, lepas tu bila nak guna, sibuk cari mana pen tadi. Walaupun nilainya tak seberapa, tapi musim-musim kovid ni ianya amat berharga untuk tidak berkongsi dengan orang lain.
3) Pakai pakaian yang mudah untuk di sinsing lengannya terutama kaum muslimah.  Akak cadangkan pakai cardigan saja.  
4) Bawa bekalan air kosong.  Boleh minum sementara menunggu.
5) Pastikan handphone caj penuh sebab nanti nak guna update My Sejahtera, nak isi masa semasa menunggu giliran dan nak ber selfie bukti dah ambil vaksin.
6) Paling penting lagi, korang kena dapatkan tidur yang cukup sebelum pergi cucuk vaksin.
Itulah serba sedikit perkongsian akak tentang kisah ambil vaksin ni.  Harap-harap pendamik ni semakin pulih.  Rindu nak berjalan...rindu nak balik kampung ...















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2021/07/vaksin-oh-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Asing Lengkap Vaksin Dibenarkan Jawi Solat Berjemaah

Warga Asing Lengkap Vaksin Dibenarkan Jawi Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 235 hits
AGENDA DAILY Warga asing lengkap vaksin kini dibenarkan menunaikan solat berjemaah di surau dan masjid umum JAWI Warga asing yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menunaikan solat fardu secara ...
123 82 Juta Orang Telah Menerima Vaksin Dosis Pertama

123 82 Juta Orang Telah Menerima Vaksin Dosis Pertama

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 167 hits
Mereka yang mendapatkan vaksin dosis ketiga utamanya para tenaga kesehatan mencapai 1 156 371 jiwa atau bertambah 5 587 jiwa
Kanak Kanak Usia 5 11 Tahun Bakal Terima Suntikan Vaksin

Kanak Kanak Usia 5 11 Tahun Bakal Terima Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 261 hits
The ReporterBaru baru ini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengumumkan kanak kanak berusia 5 11 tahun bakal menerima suntikan vaksin Ujar beliau Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech bagi golongan ter...
Hiburan Syarikat Penerbangan Luar Negara Lebih Terbuka Lana Nodin Minta Hentikan Diskriminasi Vaksin

Hiburan Syarikat Penerbangan Luar Negara Lebih Terbuka Lana Nodin Minta Hentikan Diskriminasi Vaksin

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 251 hits
Pelakon Lana Nodin menerusi sebuah hantaran di Instagram ada menyampaikan pesanan kepada rakyat Malaysia agar tidak mendiskriminasi mengenai isu berkaitan vaksinasi COVID 19 ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar pelakon drama Aku Yang Kau Gel...
2 000 Anggota Bomba New York Ambil Cuti Sakit Tanda Protes Vaksin Covid19

2 000 Anggota Bomba New York Ambil Cuti Sakit Tanda Protes Vaksin Covid19

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 366 hits
35 peratus daripada pasukan polis Chicago belum melaporkan status vaksin mereka pada tarikh akhir 15 Oktober Dua minggu lalu separuh daripada pegawai Chicago akan menghadapi masalah cuti tanpa gaji jika masih menolak vaksin Seorang doktor H...
Hiburan Tak Risau Hamil Sewaktu Pandemik Elfira Loy Syukur Ramai Dah Lengkap Vaksin

Hiburan Tak Risau Hamil Sewaktu Pandemik Elfira Loy Syukur Ramai Dah Lengkap Vaksin

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 269 hits
Pelakon dan juga usahawan Elfira Loy berkata bahawa dia kini tidak berasa risau melewati saat kehamilan meskipun berdepan dengan cabaran pandemik kini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementIa memandangkan sudah ramai rakyat Malaysia lengkap dua do...
Hiburan Masa Tengah Sakit Tau Pulak Minta Doa Orang Ramai Rita Rudaini Luah Perasaan Didiskriminasi Golongan Vaksin

Hiburan Masa Tengah Sakit Tau Pulak Minta Doa Orang Ramai Rita Rudaini Luah Perasaan Didiskriminasi Golongan Vaksin

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 280 hits
Sekali lagi mencuri perhatian pelakon Rita Rudaini menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya ada memuat naik luahan perasaan didiskriminasi oleh golongan v yakni orang yang telah menerima vaksin ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementDal...
Adakah Saya Bermimpi Gadis Menang Rm4 1 Juta Dengan Mendapatkan Vaksin Covid 19

Adakah Saya Bermimpi Gadis Menang Rm4 1 Juta Dengan Mendapatkan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 241 hits
The ReporterJoanne Zhu 25 dari Australia menjadi jutawan selepas memenangi kempen Million Dollar Vax yang mengalakkan lebih ramai rakyat Australia mendapatkan vaksin memberi peluang kepada hampir tiga juta orang untuk membawa pulang kemenan...
Hiburan Takut Tak Tahan Kesan Sampingan Ayu Damit Tak Setuju Anak Anak Disuntik Vaksin Covid 19

Hiburan Takut Tak Tahan Kesan Sampingan Ayu Damit Tak Setuju Anak Anak Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 198 hits
Penyanyi dan juga usahawan Ayu Damit berkata bahawa dia tidak bersetuju jika anak anaknya diberikan vaksin COVID 19 kerana bimbang mereka tidak mampu menahan kesan sampingan setelah mendapat suntikan itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAyu a...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa