Kanak Kanak Usia 5 11 Tahun Bakal Terima Suntikan Vaksin


The Reporter



Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan kanak-kanak berusia 5-11 tahun bakal menerima suntikan vaksin. Ujar beliau, Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi golongan tersebut. Terdahulu, 82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos.


Pengumuman tersebut telah menarik perhatian netizen dan juga dalam kalangan selebriti. Ada sesetengah mereka tidak bersetuju dengan pengumuman tersebut dan tidak bersedia untuk menyerahkan anak mereka untuk disuntik. 


Tinjauan di media sosial mendapati, kebanyakan ibu bapa menolak kerana bimbang dengan kesan sampingan yang bakal diterima oleh anak-anak mereka. Ini kerana pengalaman mereka sendiri mengalami kesan sampingan setelah divaksin.


Tular di media sosial juga pendapat dan luahan seorang selebriti yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Datin Almy Nadia. Beliau menegaskan tidak akan membenarkan anak-anaknya untuk divaksin kerana turut bimbang dengan kesan yang bakal ditanggung. 


Beliau juga menyatakan sudah mengambil vaksin tambahan Influenza dan bermacam-macam lagi untuk menguatkan antibodi anak-anaknya. Ujar beliau lagi kenyataan yang dibuat tersebut bukan bermakna beliau merupakan seorang antivaksin memandangkan beliau dan suaminya telah lengkap dua dos.


Namun begitu, ibu bapa tidak perlu gusar dengan keputusan untuk membenarkan suntikan vaksinasi untuk anak-anak kerana vaksin yang digunakan adalah terbukti selamat. Hal ini turut dinyatakan oleh Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM Profesor Madya Dr Malina Osman. 


Melalui temubual di Astro Awani, beliau berkata, beberapa negara lain juga telah pun melakukannya lebih awal daripada pengumuman yang dibuat oleh Amerika Syarikat sebelum ini.


“Untuk pengetahuan semua, terdapat beberapa negara lain telah memulakan vaksin terhadap golongan tersebut. Antaranya Kemboja, Cuba, Chile, UAE dan juga China.


“Jadi keputusan tersebut pada pandangan saya bukanlah terlalu awal kerana kalau kita perhatikan negara UAE telah menggunakan vaksinasi terhadap golongan tersebut seawal Julai atapun Ogos lalu,” jelasnya.


Bagaimanapun katanya, data-data yang lebih banyak mungkin sedang dikumpulkan untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat oleh kerajaan.


“Namun daripada tinjauan secara saintifik dan sebagainya, vaksin yang sedia ada yang disyorkan kepada golongan tersebut adalah selamat dan berkesan," katanya.


Jelas Dr Malina, kelompok kumpulan kanak-kanak membabitkan usia 5 hingga 11 tahun di negara ini adalah dalam kalangan mereka yang terlibat dalam alam persekolahan. Justeru katanya, golongan tersebut sudah tentunya terlibat dengan pergaulan sosial dengan kanak-kanak lain yang mungkin mengundang risiko mendapat jangkitan COVID-19.


“Dalam keluarga masing-masing, mereka ini berpotensi untuk menjadi punca jangkitan kerana mereka ini masih lagi belum lagi divaksin. Walaupun kalangan dewasa sudahpun divaksin tetapi disebabkan oleh potensi mereka ini untuk menyebabkan jangkitan, ia juga boleh merebak kepada golongan yang lain," terangnya.


Secara kesimpulannya, setiap ibu bapa harus memikirkan kesan baik yang bakal diterima oleh anak-anak. Jika masih ragu-ragu atau gusar dengan tindakan tersebut, sampai bilakah anak-anak harus terdedah dengan risiko kesihatan yang bakal mereka terima. Bukan itu sahaja, pendidikan anak-anak juga terjejas jika vaksinasi ke atas mereka tidak dapat dijalankan. 


Sumber: Astro Awani, Instagram Almy Nadia


November 03, 2021 at 02:13PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/11/kanak-kanak-usia-5-11-tahun-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pfizer Kata Keberkesan Vaksin Pada Kanak Kanak 5 11 Tahun Capai 90

Pfizer Kata Keberkesan Vaksin Pada Kanak Kanak 5 11 Tahun Capai 90

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 265 hits
Amerika Syarikat mengumumkan untuk memberi vaksin kepada kanak kanak berusia lima hingga 11 tahun Gambar Getty Keberkesanan vaksin Covid 19 Pfizer mencapai lebih 90 peratus menghalang gejala jangkitan terhadap kanak kanak berusia antara lim...
Potret Perjalanan Karier Rey Bong Dari Jendela Smp Mulai Berakting Di Usia 8 Tahun

Potret Perjalanan Karier Rey Bong Dari Jendela Smp Mulai Berakting Di Usia 8 Tahun

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 210 hits
Bagi penggemar sinetron Dari Jendela SMP nama Rey Bong sudah tidak asing lagi Sosoknya dikenal sebagai pemeran sosok Joko Penampilan Rey Bong begitu mencuri perhatian Rey Bong ternyata memiliki wajah ganteng sejak kecil Ini potret perjalana...
Ada Anak Usia 1 Hingga 5 Tahun Periksa Tahap Perkembangan Mereka Dah Boleh Buat Perkara Ini Atau Belum

Ada Anak Usia 1 Hingga 5 Tahun Periksa Tahap Perkembangan Mereka Dah Boleh Buat Perkara Ini Atau Belum

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 320 hits
Pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak akan dilihat daripada aspek fizikal dan tingkah laku mereka Ia berbeza dari masa ke masa Secara umumnya perkembangan yang akan dilalui anak adalah satu proses tumbesaran dan pembelajaran berterusan I...
Penting Ini 7 Gestur Yang Harus Sudah Bisa Dilakukan Anak Usia 1 Tahun

Penting Ini 7 Gestur Yang Harus Sudah Bisa Dilakukan Anak Usia 1 Tahun

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 252 hits
Penting untuk tahu bagaimana perkembangan anak usia 1 tahun supaya ke depannya nggak ada kendala berarti
Bermula Usia 6 13 Tahun Anak Lelaki Akan Mula Tertarik Dengan Ayahnya Ambil Peluang Jadi Ayah Yang Baik

Bermula Usia 6 13 Tahun Anak Lelaki Akan Mula Tertarik Dengan Ayahnya Ambil Peluang Jadi Ayah Yang Baik

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 230 hits
Ayah merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup anak anak Seawal usia mereka masih kecil idola mereka tentu sekali ayah Sebolehnya ayah ayah luangkan masa untuk bersama anak terutama anak lelaki Kenapa penting Ikuti perkongsian ini Ber...
97 Peratus Guru Seluruh Negara Terima Vaksin Lengkap

97 Peratus Guru Seluruh Negara Terima Vaksin Lengkap

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 211 hits
Hanya sebilangan kecil tak dapat terima vaksin kerana masalah kesihatan PUTRAJAYA Sebanyak 400 678 atau 97 peratus guru di seluruh negara telah menerima suntikan lengkap vaksin COVID 19 pada hari Sabtu kata Timbalan Menteri Pendidikan Senat...
Kata Who Soal Perkiraan Pandemi Covid 19 Bakal Usia

Kata Who Soal Perkiraan Pandemi Covid 19 Bakal Usia

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 310 hits
Direktur Jenderal Organisasi Kesehatan Dunia Tedros Adhanom Ghebreyesus menyebutkan jika pandemi COvid 19 bisa berakhir dengan syarat jika dunia memilih untuk mengakhirinya
Bapa Tiramisu Meninggal Dunia Pada Usia 93 Tahun

Bapa Tiramisu Meninggal Dunia Pada Usia 93 Tahun

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 212 hits
Bapa Tiramisu meninggal dunia pada usia 93 tahun ROM Ado Campeol yang digelar bapa pencuci mulut tiramisu yang terkenal di dunia meninggal dunia pada hujung minggu gabenor wilayah Veneto mengumumkan Dia berumur 93 tahun Campeol ialah pemili...
Potret Ira Wibowo Di Usia 53 Tahun Tetap Cantik Dan Modis

Potret Ira Wibowo Di Usia 53 Tahun Tetap Cantik Dan Modis

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 258 hits
Artis senior Ira Wibowo memang sudah tak muda lagi Usianya kini genap 53 tahun Meski begitu artis kelahiran Berlin Jerman 20 Desember 1967 itu tetap cantik dan tampil modis Maka tak heran bila banyak yang menilai bila Ira begitu awet muda I...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya