Vaksin Di Mana Kebijaksanaanya


MAKALAH ini ditulis dengan beberapa tujuan. Pertama-tamanya mengakuri (bersetuju) bahawa setakat ini semua jenama vaksin yang ada di pasaran mempunyai asas manfaat yang mengatasi kesan negatif.

Oleh itu, keputusan menggunakan mana-mana satu jenama untuk tujuan rawatan adalah munasabah dan dialu-alukan. Pun begitu, makalah ini juga mengakui hakikat setiap jenama vaksin mempunyai kelainannya tersendiri.

Ini termasuk dari cara dan bahan pembuatan ataupun buruk baiknya kesan rawatan dari pelbagai segi perbandingan.

Tidak semuanya serupa dalam segala hal, bergantung kepada penerima vaksin tersebut dan beberapa faktor lain seperti penyimpanan dan sebagainya.

Ini semakin jelas, apabila semakin ramai menggunakan vaksin di seluruh dunia; lebih-lebih lagi apabila jangka masa penggunaannya turut melebar.

Contoh terkini adalah laporan kesan berkaitan pembekuan darah yang berlaku berulang kali ekoran penggunaan sesuatu jenama vaksin berkenaan berbanding dengan jenama-jenama lain, baru-baru ini.

Minggu lalu, hal ini menjadi lebih heboh lagi apabila berlakunya tujuh kematian pesakit di United Kingdom (UK) melibatkan pembekuan di saluran darah otak pesakit.

CVST
Amnya, kes ini dikenali secara ringkas sebagai kes CVST, singkatan Inggeris, cerebral venous sinus thrombosis. Kebetulan semua kematian tersebut diiringi penggunaan jenama vaksin yang sama bagi setiap seorang pesakit. Apatah lagi, kes CVST pernah berlaku sebelum ini bagi vaksin itu.

Anggaran 30 kes telah terkesan selama ini apabila vaksin itu diberikan kepada 18.1 juta penerima mengikut laporan dari UK pada 24 Mac lalu.

Bilangan ini begitu kecil sekali secara berbanding jumlah penggunaan keseluruhannya. Namun reaksi negara-negara terlibat, terutama bagi beberapa negara Eropah tidaklah sedingin yang dijangkakan.

Hampir semua yang terlibat menggantung penggunaan vaksin berkaitan sekurang-kurang buat sementara waktu. Malah ada juga yang menukar sasaran penggunaan vaksin itu dari apa yang disarankan pada awalnya, terutama sekali dari segi lingkungan usia.

Tindakan pantas ini menunjukkan keperihatinan memuncak bertujuan tidak lain tidak untuk menentukan bahawa kesan negatif vaksin itu dibendung secara sedaya mungkin.

Semua ini serba sedikit menggambarkan betapa pihak-pihak berwajib mengambil berat melindungi rakyat mereka dari kes CVST di negara masing-masing walaupun bilangan puluhan kes dalam berjuta penerima vaksin dianggap amat kecil dari kaca mata khalayak umum.

Hakikatnya tidak begitu dari segi pertimbangan kesihatan dan keselamatan. Perlakuan beretika ini amat menyakinkan ramai akan kerelevanan vaksin untuk menyelamatkan nyawa mereka.

ETIKA
Natijahnya, walaupun langkah menyelenggara serta mengurus hal ehwal penggunaan vaksin mungkin berbelit-belit, soal etika dan hak kesihatan rakyat tidak dikompromi sama sekali. Terutamanya kumpulan marhaen yang sering tercicir melibatkan hal-hal berkaitan vaksin semasa.

Malah, banyak lagi yang berlaku di belakang tadbir terselindung dari pengetahuan awam, khusus di negara membangun di mana kefahaman rakyat masih cetek dan sumber maklumat yang boleh diyakini amat terhad.

Misalnya, di Amerika Syarikat (AS) nasib jenama vaksin tersebut masih terumbang-ambing. Lebih malang lagi pembikinannya dihentikan di sebuah perkilangan ekoran berlaku percampuran bahan ubat-ubatan dengan vaksin yang lain pada minggu lalu mengikut beberapa laporan rasmi akhbar utama AS dan UK.

Tambahan pula, vaksin berkenaan dilaporkan belum lagi mendapat pengesahan rasmi oleh pentadbiran AS. Bahkan pembikinan di AS hanyalah untuk kegunaan negara-negara jiran sahaja setakat ini.

Mengapakah vaksin itu seolah-olah di“anak tiri”kan memandangkan AS merupakan negara yang terburuk mengadapi serangan Covid-19, dan amat tergopoh-gapah mencari-cari penyelesaian kemelut pandemik berbanding banyak negara lain di dunia?

Adakah sesuatu yang tidak kena dengan vaksin tersebut? Persoalan seperti ini masih belum terjawab dengan memuaskan walaupun AS agak lebih terbuka dan sedar dalam isu-isu hak kemanusiaan dan kesihatan secara umumnya.

Adakah sesuatu yang Malaysia boleh belajar dari sikap tegas AS sebegitu rupa? Paling tidak pun belajar dari Afrika Selatan umpamanya, yang tidak lama dahulu telah pun menjual semula vaksin berjenama yang sama kepada negara lain.

BAZIR
Ini kerana dikatakan tidak berkesan ke atas virus Covid-19 gubahan yang tersebar meluas di negara tersebut dan terbukti mengancam lebih banyak nyawa, walaupun isu ini tidak ada kena mengena dengan kes CVST yang tersebut di atas.

Pendek kata, masih ada beberapa pilihan dalam penggunaan vaksin berkenaan kepada bakal para penerima mengikut keadaan yang paling baik atau sesuai bagi sesuatu negara itu secara menyeluruh.

Yakni ia tidak perlu akur kepada amalan ikut-ikutan satu-saiz-untuk-semua tanpa mengambil kira kesesuaiannya kepada apa yang berlaku atau yang terkini. Sekali gus dapat mengelakkan kerugian dari pelbagai sudut khususnya kesihatan mahupun sosioekonomi.

Bagi Afrika Selatan umpamanya, ia berupaya membeli vaksin yang lebih berkesan dan bersesuaian selepas menjual semula vaksin yang mengecewakan itu tanpa pembaziran.

Ini jelas merupakan satu lagi langkah bijak yang Malaysia wajar fikirkan dan teladani demi melindungi diri untuk melindungi semua. Ia sekali gus memberi isyarat betapa pihak yang bertanggungjawab meletakkan kepentingan rakyat sebagai sasaran utama.

Rumusannya, kejayaan menyuntik rakyat bukan semata-mata soal teknik dan teknologi sepertimana yang diertikan seluruh dunia kebelakangan ini melalui berbagai kerakusan, ketamakan serta nasionalisme vaksin yang sempit.

Sebaliknya, ia berkait rapat dengan soal nilai yang telus, pemberitahuan serta langkah yang tulus lagi menyakinkan.

Tanpa kesantunan ini jurang curiga-mencurigai akan menjadi penghalang terbesar sepertimana yang dilaporkan di negara-negara lain di mana kes CVST tidak ditangani dengan betul dan peka.

Ramai rakyat yang dipaksa mendapat vaksin tertentu telah mula mengabaikannya akibat kesangsian isu pembekuaan darah yang terus menghantui keadaan.

Dalam hal ini, Malaysia perlu lebih bijaksana dalam mengelakkan kemungkinan ini berlaku dengan meluas.

Oleh: Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak
          Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/vaksin-di-mana-kebijaksanaanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

K Jaan Pertimbang Semula Dasar Pendaftaran Vaksin Jika Masih Rendah Pada Julai

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 368 hits
Kerajaan kemungkinan besar akan mempertimbangkan semula dasar pendaftaran vaksin jika kadar pendaftaran vaksin Covid 19 tidak memuaskan menjelang Julai kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Kita harus menilai semula tah...
Kenapa Orang Melayu Tidak Menjauhi Rasuah Seperti Mana Mereka Menjauhi Babi

Kenapa Orang Melayu Tidak Menjauhi Rasuah Seperti Mana Mereka Menjauhi Babi

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 354 hits
Antara haiwan yang paling tidak disukai oleh orang Melayu adalah Babi Jika tengah berjalan tiba tiba terserempak dengan babi akan timbul satu macam punya perasaan bagi orang Melayu Tambah pulak jika Babi yang berwarna pink Jika babi hutan m...
Walauncai Saja Dok Beli Kedai Kampung Mana Depa Tau Rega Melambung Ke Tidak Minyak Naik Lagi Jom Takdirrrr

Walauncai Saja Dok Beli Kedai Kampung Mana Depa Tau Rega Melambung Ke Tidak Minyak Naik Lagi Jom Takdirrrr

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 200 hits
Pemimpin Pas kata harga barang terkawalApril 14 2021 Berdasar Ops Pantau yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna mendapati harga makanan dan barangan kawalan di Kedah masih terkawal Exco Penerangan Komunik...
Mana Pejuang Tolak I Cerd I Cerd Diam Dah Semuanya

Mana Pejuang Tolak I Cerd I Cerd Diam Dah Semuanya

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 223 hits
PUSING SELAGI BOLEH PUSINGmalaysiakini comICERD Saya bukan menteri bertanggungjawab kata SaifuddinPada 23 Nov 2018 Saifuddin yang merupakan Menteri Luar ketika itu dipetik sebagai berkata keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD diputusk...
Macam Mana La Mamalong Tak Rindu

Macam Mana La Mamalong Tak Rindu

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 233 hits
Assalamualaikum Hi korang Mentang mentang dia sorang jer baby lagi kan bukan main semua manjakan dia lebih Tiara paling kecik setakat ni blom ada yang nak menambah baby lagi hahaha harap kan adik2 yang masih muda la kakak diorang ni dah tua...
Kes 2 Isle Terancam Kah Woiii Walaun Jangan Diam Dunia Nak Kiamat Woiii Mokhtar Senik Mana Motar Senik

Kes 2 Isle Terancam Kah Woiii Walaun Jangan Diam Dunia Nak Kiamat Woiii Mokhtar Senik Mana Motar Senik

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 240 hits
Hotel tawar khidmat ehem ketika Ramadan 4 pelacur warga asing dicekupApril 15 2021 Kegiatan pelacuran di bulan Ramadan di sebuah hotel di Jalan Nagasari di sini terbongkar dengan tertangkapnya empat wanita warga asing pada Selasa Ketua Poli...
Ini Sesama Mereka Kita Mana Boleh Campurrrr

Ini Sesama Mereka Kita Mana Boleh Campurrrr

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 264 hits
Menteri dan Tim Menteri berasa hati sebab di katakan mereka cap ayam oleh Puteri UMNO Habis tu nak kata cap apa pulak cap gajah ke Dah jelas dan terang mereka yg dapat jawatan dalam kabinet Mahiaddin lansung tak membela pemimpin UMNO yg ter...
Mana Hasil Siasatan Klip Audio Kaitkan Muhyiddin Puad Tanya Sprm Polis

Mana Hasil Siasatan Klip Audio Kaitkan Muhyiddin Puad Tanya Sprm Polis

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 232 hits
April 13 2021Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata pelantikan menteri dari Umno mencetuskan kontroversi kerana ia tidak mengikut hierarki parti dan tiada perbincangan dibuat mengenainya PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja ...
Pengaruh Dan Kuasa Yang Mana Lebih Utama

Pengaruh Dan Kuasa Yang Mana Lebih Utama

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum dan salam tautan buat seluruh warga pembaca Semoga anda semua berada dalam lingkungan cahaya kebenaran yang berupa iman walau di mana jua anda berada Pada hari ini penulis berasa terpanggil untuk sama sama berkongsi beberapa...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian