Vaksin Arexvy Untuk Melindungi Warga Emas Dari Penyakit Rsv Telah Diluluskan


Vaksin Arexvy Untuk Melindungi Warga Emas Dari Penyakit RSV Telah Diluluskan - RSV ialah virus mudah berjangkit yang lazim menjejaskan paru-paru dan saluran pernafasan. Sehingga kini, RSV merupakan penyakit berjangkit yang membimbangkan. Orang dewasa yang lebih berusia berrisiko tinggi mendapat penyakit yang parah kerana penurunan imuniti berkaitan usia dan keadaan kesihatan yang sedia ada. RSV boleh memburukkan keadaan termasuk COPD, asma dan CHF serta boleh membawa kesan yang lebih teruk seperti pneumonia.





Pada tahun 2019, RSV telah menyebabkan lebih 470,000 kemasukan ke hospital dan 33,000 kematian dalam kalangan orang dewasa berusia 60 tahun dan ke atas di negara-negara berpendapatan tinggi. ORang dewasa dengan keadaan kesihatan yang sedia ada lebih cenderung untuk mendapatkan nasihat perubatan dan mempunyai kadar kemasukan ke hospital yang lebih tinggi daripada orang dewasa tanpa pelbagai keadaan ini.


GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) hari ini mengumumkan bahawa Arexvy (MAL24086007ARZ) telah diluluskan di Malaysia untuk RSV, iaitu virus pernafasan yang lazim yang boleh membawa kesan klinikal yang serius, seperti penyakit saluran pernafasan bawah (LRTD) dan pneumonia. Ini merupakan vaksin RSV yang diluluskan untuk golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas di negara ini. Vaksin adjuvan ini berpotensi untuk mentransformasikan usaha dalam mengurangkan beban RSV kepada golongan warga emas, sistem penjagaan kesihatan, dan masyarakat.





Kelulusan ini berdasarkan data positif daripada percubaan fasa III yang menunjukkan keberkesanan vaksin keseluruhan sebanyak 82.6% terhadap LRTD. Keberkesanan sebanyak 94.6% diperhatikan terhadap RSV-LRTD dalam kalangan orang dewasa dengan komorbiditi. Dalam pelbagai kajian, vaksin ini secara amnya diterima baik dengan profil keselamatan yang mencukupi. Antara kesan buruk yang diperhatikan ialah kesakitan di tapak suntikan, keletihan, mialgia dan sakit kepala. Kesan-kesan ini lazimnya adalah ringan hingga sederhana dan bertahan dalam masa beberapa hari selepas divaksinasi.


Sejak pandemik COVID-19, terdapat perubahan dalam corak jangkitan bermusim akibat langkah-lngkah perlindungan COVID-19 khususnya di Malaysia. Jangkitan RSV berlaku sepanjang tahun dengan kemuncak yang ketara lazimnya berlaku antara bulan Julai hingga Ogos serta Oktober hingga Disember.





Profesor Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Timbalan Pengarah & Perunding, Perubatan Pernafasan, Hospital Al Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (HASA UiTM) berkata : "RSV boleh menyebabkan kesan yang parah terutamanya dalam kalangan warga emas dengan komorbiditi seperti asma, COPD dan kegagalan jantung kronik. Mereka juga berisiko tinggi untuk hospitalisasi selepas dijangkiti RSV. Oleh itu, adalah penting untuk kita melindungi pesakit berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komobiditi. Di Malaysia, menurut Tinjauan Morbiditi Kesihatan Nasional 2023 (NHMS), lebih daripada setengah juta orang dewasa hidup dengan empat komorbiditi. Daripada jumlah ini, 15.6% daripada populasi dewasa mempunyai diabetes. Sudah tiba masanya kita melindungi warga emas dengan keadaan kesihatan mendasari daripada jangkitan RSV untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan yang berkualiti terutamanya ketika usia emas mereka. Dengan mengutamakan kesejahteraan golongan warga emas, secara kolektif kita dapat memupuk masyarakat yang lebih sihat dan lebih cergas dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua generasi."





Dr. Alap Gandhi, Pengarah Perubatan, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) Malaysia dan Brunei berkata : "Pengumuman hari ini merupakan langkah besar ke hadapan dari perspektif kesihatan awam kerana ia membolehkan kami menyediakan vaksin bagi RSV di Malaysia untuk melindungi golongan warga emas. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak berkenaan untuk memastikan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan RSV yang parah dapat akses sewajarnya kepada vaksin ini."




GSK ialah syarikat biopharma dengan cita-cita dan tujuan untuk menyatukan sains, teknologi dan bakat untuk bekerjasama dalam usaha mengatasi penyakit. Di GSK, mereka menetapkan sasaran untuk memberi impak positif kepada kesihatan 2.5 bilion penduduk dalam tempoh 10 tahun akan datang. Cita-cita GSK yang tinggi untuk pesakit mencerminkan komitmen baharu terhadap pertumbuhan dan peningkatan yang ketaradalam prestasi. GSK telah beroperasi selama 65 tahun di Malaysia sejak dari Oktober 1958. Kini GSK beroperasi dengan lebih 400 orang pekerja yang ditempatkan di dua netiti perniagaan iaitu Farmaseutikal & Vaksin dan Pusat Perkhidmatan Perniagaan. Ketahui selanjutnya di Malaysia | GSK.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2024/10/vaksin-arexvy-untuk-melindungi-warga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arexvy Vaksin Dari Gsk Dapat Melindungi Warga Emas Dijangkiti Penyakit Respiratory Syncytial Virus

Arexvy Vaksin Dari Gsk Dapat Melindungi Warga Emas Dijangkiti Penyakit Respiratory Syncytial Virus

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 246 hits
Hi Korang GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa Arexvy telah diluluskan di Malaysia untuk RSV iaitu virus pernafasan yang lazim yang boleh membawa kesan klinikal yang serius seperti penyakit saluran pernafasan bawa...
Vaksin Penyakit Rsv Untuk Warga Emas

Vaksin Penyakit Rsv Untuk Warga Emas

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 171 hits
Mummy fikirkan penyakit respiratory syncytial virus ini akan menyerang kanak kanak sahaja Sebab anak anak buah dan anak kami sendiri Daim Naufal pernah terkena penyakit ini pada tahun 2020Daim 2 kali masuk hospital asbab penyakit respirator...
Warga Emas Hilang Disahkan Dibunuh Dicampak Ke Sungai

Warga Emas Hilang Disahkan Dibunuh Dicampak Ke Sungai

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 101 hits
FMT ReportersPolis berkata susulan siasatan orang hilang membawa kepada pengakuan dua lelaki membunuh mangsa Ketua Polis Kedah Fisol Salleh berkata mayat individu dilaporkan hilang itu masih tidak dijumpai selepas dicampak ke Sungai Padang ...
Penunggang Warga Emas Maut Dirempuh Alza Ketika Memotong

Penunggang Warga Emas Maut Dirempuh Alza Ketika Memotong

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 127 hits
Oleh Syeikh Baran Seorang lelaki warga emas maut dirempuh kenderaan dari arah bertentangan ketika cuba memotong sebuah kereta di hadapannya dalam kejadian di Jalan Kuala Lumpur Ipoh berdekatan Taman Teratai Batu 28 Serendah di sini semalam ...
Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa

Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 297 hits
Awas Skim Pelaburan Emas Palsu Duit Pencen Anda Bukan Untuk Ditipu Dalam beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai pesara dan warga emas menjadi mangsa skim cepat kaya terutamanya melibatkan pelaburan emas palsu Baru baru ini beberapa k...
Lantai Jeti Runtuh Warga Emas Maut Dihempap Lori Terbalik

Lantai Jeti Runtuh Warga Emas Maut Dihempap Lori Terbalik

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 108 hits
Togi MarzukiKeadaan lori yang terbalik dan menghempap seorang lelaki warga emas di Jeti Kukup Laut hari ini Foto ihsan polisbhnews com myPONTIAN Seorang lelaki warga emas maut akibat dihempap sebuah lori yang terbalik apabila sebahagian lan...
Warga Emas Rugi Lebih Rm100 000 Diperdaya Oleh Pegawai Polis Bukit Aman Palsu Di Kuantan

Warga Emas Rugi Lebih Rm100 000 Diperdaya Oleh Pegawai Polis Bukit Aman Palsu Di Kuantan

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 99 hits
KUANTAN Seorang warga emas kerugian RM184 000 selepas terpedaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman Ketua Polis Pahang Dato Sri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 75 tahun itu menerima panggilan telefon daripa...
Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 149 hits
Shaiful Shahrin Ahmad Pauziam hmetro com mySelama Warga emas ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai melepaskan tembakan ke atas seorang penagih dadah yang mencuri kelapa sawit miliknya di Kampung Sumpit Beras disini semalam...
Wanita Warga Emas Maut Kereta Dipandu Terbabas Dalam Sungai

Wanita Warga Emas Maut Kereta Dipandu Terbabas Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 112 hits
Asrol Awangbhnews bh com myProton Saga dinaiki pasangan warga emas yang terbabas ke dalam sungai di Jambatan balok Makmur menyebabkan seorang maut Foto ihsan JBPM PahangKUANTAN Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dinaiki bersama s...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia

Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord