Utusan Melayu Dan Asas 50


Utusan Melayu pencetus ASAS 50
Slogan ‘Seni Untuk Masyarakat’


KAMALUDIN MOHAMAD (Keris Mas) kanan, memilih gambar-gambar untuk majalah Mastika dan Utusan Zaman ketika bertugas di Cecil Street, Singapura. Di sebelah kirinya Mohd. Dahlan Masoud (HAMDAM) menerima panggilan telefon daripada wakil Utusan di Tanah Melayu.

SAHIDAN JAAFAR dan MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK17 Januari 2019 3:00 AM

UTUSAN menerusi akhbar Utusan Melayu, Utusan Zaman dan majalah Mastika yang membuka pintu seluas-luasnya kepada penulis untuk berkarya telah mencetuskan gelombang kesusasteraan Melayu sekaligus memberi ilham kelahiran Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 di Singapura era 1950-an.

A. Samad Ismail dalam bukunya Memoir A. Samad Ismail di Singapura (1993) menyatakan, ketika generasi muda dalam dekad ASAS 50 sedang berada di kemuncak pengaruhnya, ramai anak muda di Singapura ingin menjadi penulis.

“Mereka ingin terkenal seperti Usman Awang dan Keris Mas. Ketika itu sajak Usman Awang ‘Dimakam Bonda’ sangat diminati oleh masyarakatnya, terutama oleh generasi muda. Mulai itulah Usman Awang tertonjol sebagai penyajak yang mempunyai ramai peminat.


“Peminatnya meningkat hari demi hari terutamanya kalangan gadis. Rombongan pelawat yang berkunjung ke Utusan Melayu di Cecil Street, khususnya guru dan peminat sastera, pertama sekali akan mencari Usman Awang sebaik sahaja menjejakkan kaki mereka di Jabatan Pengarang kami (A. Samad Ismail 1993: 187-188).

Begitulah gambaran suasana dan peranan Utusan Melayu dalam usahanya memar­tabatkan kesusas­te­raan Melayu sehingga menjadi pencetus gelombang kelahiran ASAS 50 di Singapura.

Peranan Utusan Melayu sebagai wahana sastera bangsa berjaya dimainkan dengan begitu berkesan oleh A. Samad Ismail yang bertugas sebagai Penolong Pengarang Utusan Melayu era 1950-an.

Malah cerpen yang ditulis A. Samad Ismail Ingin Jadi Pujangga semasa dalam tahanan turut memberi inspirasi menyuntik penulis-penulis di Si­ngapura untuk menubuhkan ASAS 50 dengan slogan “Seni Untuk Masyarakat”.

Dr. Wan Hashim Wan Teh yang menulis artikel bertajuk: A.Samad Ismail Bapa Kewartawan Malaysia dalam buku A. Samad Ismail Ketokohan dan Kewartawanan (1991) yang diselenggarakan oleh A. Karim Haji Abdullah, menyatakan, A. Samad Ismail adalah penggerak sebenar di belakang tabir penubuhan ASAS 50 di kota Singapura.

“Malah, Samad adalah kuasa penggerak kepada kemunculan ASAS 50 yang menjadikan seni sebagai penyalur jeritan dan penderitaan rakyat marhain yang memerlukan pembelaan dan menuntut keadilan” (Wan Hashim Wan Teh 1991:6).

Selain memberi ruang seluas-luasnya kepada sasterawan ASAS 50 untuk menulis sajak, cerpen dan esei dalam Utusan Melayu, Utusan Zaman dan Mastika, beliau turut mengga­lakkan polemik ‘Seni Untuk Masyarakat’ yang dipelopori ASAS 50 antara Asraf dan Hamzah Hussein yang mempelo­pori ‘Seni Untuk Seni’. Tokoh-tokoh seperti Keris Mas, Tongkat Warrant, Masuri S.N., Ahmad Lutfi, Awam-Il Sarkam, Abdullah Hussain, Asraf, A.Samad Said, Shahnon Ahmad dan lain-lain berjaya kerana bimbingan A. Samad Ismail.

Sejarah ASAS 50 Tercipta

Virginia Matheson Hoo­ker, penulis buku Mencipta Masyarakat Baru: Perubahan Sosial Menerusi Novel Melayu (2003) menyatakan, Singapura selepas perang bukan sahaja merupakan pusat pergolakan politik dan pusat perkemba­ngan sastera Melayu, tetapi juga merupakan pusat ekonomi, perdagangan dan kebudayaan.

Sebagai pusat penyiaran, penerbitan, percetakan dan perfileman yang baru usianya, Singapura menarik perhatian para wartawan, penulis, penyanyi, pemuzik dan bintang filem yang bercita-cita tinggi dalam bidang masing-masing.

Pada tahun 1949, sastera­wan Jymy Asmara menubuhkan kelab yang baru, “Sahabat Pena” bersama Mohammad Ariff Ahmad (Mas) dan memutuskan memilih Kamalu­ddin Muhammad (Keris Mas), seorang penulis cerpen dan wartawan akhbar Utusan Me­layu untuk memimpin kumpulan baru ini.

Pada 6 Ogos 1950, seramai 20 orang sasterawan dengan rasminya melancarkan penubuhan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) dan rancak menulis dalam majalah Hiburan, Mutiara, Mastika, Suara Guru dan Utusan Zaman.

“ASAS 50 sering merujuk kekuatan mutu penulisan sasterawan Barat seperti Hemingway, de Maupassant dan Dostoevsky dalam makalah mereka.

“Selain itu mereka juga sedang mencari suatu gaya yang dapat membezakan tulisan mereka dengan penulis sebelum mereka” (Virginia Matheson Hooker 2003: 264).

Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa pengarang-pengarang ASAS 50 telah berjaya merancak dan mewarnai kehidupan sastera sebagai penanda aras di zaman kegemilangannya.

Peranan Utusan Melayu sebagai wahana sastera bangsa berjaya dimainkan dengan begitu berkesan oleh A. Samad Ismail yang bertugas sebagai Penolong Pengarang Utusan Melayu era 1950-an.

utusan melayu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2019/03/utusan-melayu-dan-asas-50.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duta New Zealand Berucap Dalam Bahasa Melayu Himpunan Solidariti Kedamaian Terharu

Duta New Zealand Berucap Dalam Bahasa Melayu Himpunan Solidariti Kedamaian Terharu

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Berucap dalam Bahasa Melayu Duta New Zealand ke Malaysia Hunter Nottage menjadikan Perhimpunan Soladariti Kedamaian Soladarity4Peace yang berlangsung di Dataran Merdeka pagi ini bertambah sayu Katanya New Zealand sangat bersedi...
Dap Ingin Masyarakat Melayu Keliru Dengan Status Sebenar Islam

Dap Ingin Masyarakat Melayu Keliru Dengan Status Sebenar Islam

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 295 hits
Mereka akan memberikan persepsi palsu kepada orang Islam bahawa agama Islam sememangnya merupakan agama rasmi perskutuan dengan berpura pura takut Malaysia akan secara otomatik menjadi negara Islam sekiranya PAS dan UMNO berkuasa Hakikatnya...
Uec Hipokritnya Umno Hilang Kuasa Hidup Melayu

Uec Hipokritnya Umno Hilang Kuasa Hidup Melayu

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 369 hits
RUPA RUPANYA UMNO BN TELAH IKTIRAF UEC SEJAK 2012Tapi macai macai UMNOpas tidak tau kan Ini keratan akhbar sejak 2012 UEC diiktiraf sebagai syarat penyertaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guruan Zaman UMNO ber...
Singkatan Ejaan Tidak Martabatkan Bahasa Melayu Dbp

Singkatan Ejaan Tidak Martabatkan Bahasa Melayu Dbp

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 239 hits
22 Mac 2019 8 55 PM IPOH Dewan Bahasa dan Pustaka menganggap penggunaan singkatan ejaan pada kain rentang dan gegantung sempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak 20
Sudah Sampai Masanya Untuk Melayu Berkurang Ajar

Sudah Sampai Masanya Untuk Melayu Berkurang Ajar

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 662 hits
SD Salleh Pada tahun 1984 atau 1985 semasa perasmian pejabat Umno Kuala Nerus di Terengganu Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam didalam ucapan beliau berkata sudah sampai masanya untuk orang Melayu berkurang ajar Maksud untuk Melayu ber...
Talam Keladi Berlauk Ala Cina Vs Talam Keladi Melayu

Talam Keladi Berlauk Ala Cina Vs Talam Keladi Melayu

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 746 hits
Kuih talam keladi ada dua versi Satu talam dua lapis yang popular di kalangan masyarakat Melayu dan satu lagi talam keladi berlauk yang juga terkenal di kalangan Cina Talam keladi berlauk dikenali juga sebagai Woo Tau Goo atau Taro Cake yan...
Neo Nazi Melayu Bukan Rasis Dakwa Kumpulan Muzik

Neo Nazi Melayu Bukan Rasis Dakwa Kumpulan Muzik

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 302 hits
Kumpulan muzik neo Nazi kesal dipandang hina oleh masyarakat sedangkan
Melaka Pernah Selamatkan Mekah Dari Portugis Pakar Sejarah Melayu

Melaka Pernah Selamatkan Mekah Dari Portugis Pakar Sejarah Melayu

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 402 hits
Sejarah Melaka yang pernah menyelamatkan Mekah dari serangan Portugis yang ramai orang tidak tahu diceritakan oleh Prof Dr Tatiana Denisova Pakar Sejarah Melayu dan Sejarah Islam di Dunia Melayu yang berasal dari Moscow Russia dan merupakan...
Kendati Diguyur Hujan Tour De Bintan 2019 Tetap Meriah Dengan Tari Melayu

Kendati Diguyur Hujan Tour De Bintan 2019 Tetap Meriah Dengan Tari Melayu

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 272 hits
Dari sisi amenitas hotel hotel di tempat event berlangsung yakni Bintan Lagoon sudah full booked sejak jauh hari Saya yakin hotel hotel lain di sekitarnya juga demikian Semua akan mendapat untung dari Tour de Bintan Termasuk para pengusaha ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever