Utusan Dari Anwar Renungan 100 Hari Kerajaan Pn






Hari ini genap 100 hari pentadbiran kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kita sedia maklum bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini tercipta dan berdiri dengan perencanaan beberapa tokoh dan babak pengkhianatan kepada amanah dan mandat yang diberi rakyat. Namun, bukan ruang ini dan ketikanya untuk membincangkan perkara tersebut.

Saya ingin mula dengan mengucapkan tahniah kepada para barisan hadapan yang berusaha dan bertungkus lumus berdepan dengan hentakan COVID-19 ke atas negara dan warga.

Tidak lupa juga kepada Kementerian Kesihatan dan kakitangan kerajaan dalam menggembeleng seluruh upaya dan kekuatan tatkala memastikan wabak ini ditundukkan.

Namun, izinkan saya mengenengahkan beberapa perkembangan lain yang pada hemat saya membimbangkan.

Pertama, langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin menyogok ahli-ahli Parlimen dengan jawatan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah langkah kebelakang dan bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan jabatan-jabatan ini bebas dari cengkaman dan pengaruh politik. Seperti yang didedahkan dalam satu audio yang tular baru-baru ini, Muhyiddin sememangnya berhasrat untuk membeli dukungan ahli-ahli Parlimen melalui 'scheme of things'. Sehingga hari ini beliau masih belum memberikan apa-apa respon terkait ini. Di dalam bahasa Inggeris, ini disebut sebagai 'deafening silence'.

Kedua, sebaik mengumumkan kabinet beliau pada bulan Mac yang lalu, Muhyiddin juga berikrar kepada rakyat Malaysia agar ahli-ahli kabinet akan melakukan pengisytiharan harta sebagai komitmen kepada kebertanggungjawaban dan akauntabililiti. Sehingga hari ini, ia masih belum dilaksanakan dan rakyat tertanya-tanya apakah kerajaan hari ini masih berdiri sebagai sebuah kerajaan yang punya tanggungjawab dan ketelusan.

Ketiga, perkembangan kes-kes pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Riza Aziz dan yang terbaru Tan Sri Musa Aman. Ini memberi gambaran jelas kepada orang ramai bahawa akan ada ramai lagi jerung lain yang akan dibebas dan dilepaskan. Apakah cukup dan munasabah dengan penjelasan yang diberikan?

Kerajaan hari ini seolah-olah berusaha keras untuk membalikkan usaha Pakatan Harapan memperbaiki Malaysia di mata dunia. Transparency International Corruption Perception Index meletakkan Malaysia di tangga 51 pada tahun 2019 berbanding 61 pada tahun 2018. Apakah tahun 2020 akan tenat berbanding tahun-tahun sebelum ini?

Muhyiddin telah melakukan beberapa pengumuman terkait Covid-19 yang melibatkan berbilion ringgit tanpa diimbangi Parlimen.

Telah saya suarakan dalam pelbagai medium bahawa kerajaan mesti membentangkannya di Parlimen agar perincian dapat dipastikan, dan apa yang mustahak adalah untuk mengelak kebocoran dan ketirisan dari berlaku dan seterusnya menafikan hak kumpulan sasar. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Korea Selatan, termasuk jiran kita Singapura meluluskan pakej rangsangan melalui badan Parlimen atau Kongres.

Apa yang menghalang Perdana Menteri dari mengambil contoh dan teladan yang sama?

Legasi jenis apakah yang Perdana Menteri dan kerajaan hari ini akan tinggalkan kepada generasi akan datang?

ANWAR IBRAHIM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/utusan-dari-anwar-renungan-100-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Merenung Persembahan 100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional

Anwar Ibrahim Merenung Persembahan 100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 429 hits
ANWAR IBRAHIM Hari ini genap 100 hari pentadbiran kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin Kita sedia maklum bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini tercipta dan berdiri dengan perencanaan beberapa tokoh dan babak pengkhianatan kepada a...
100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional 100 Fakta Yang Jelas Dan Sahih

100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional 100 Fakta Yang Jelas Dan Sahih

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 331 hits
1 Kerajaan Perikatan telah berjaya menstabilkan negara daripada tiga krisis serentak dalam masa sebulan iaitu krisis politik kepartian krisis ekonomi rakyat dan krisis pandemik COVID 19 2 Sebaik sahaja mengambilalih kuasa Tan Sri Muhyiddin ...
100 Pencapaian Kerajaan Pn Dalam 100 Hari

100 Pencapaian Kerajaan Pn Dalam 100 Hari

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 266 hits
1 Semuanya lebih teruk di zaman PN dari PH di ganda dengan tiga2 Kesemua MP PN mendapat jawatan rashwah Menteri dan GLC3 Forecast MIER 2 4 juta Pekerja Hilang pekerjaan4 Menteri Maskot Agama yang tak ada function macam bunga plastik hiasan5...
100 Hari Pn Kedepan X Toleh Belakang Seperti Ph Asyik Salahkan Idris Ahmad

100 Hari Pn Kedepan X Toleh Belakang Seperti Ph Asyik Salahkan Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 371 hits
100 hari PN Rakyat beri signal positifKUALA LUMPUR Genap 100 hari pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima banyak maklum balas yang positif dalam kalangan rakyat Lontaran komen positif r...
Genap 100 Hari Dilantik Jadi Pm Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Hadap Tugas Pertama Yang Berat Kena Lawan Covid 19

Genap 100 Hari Dilantik Jadi Pm Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Hadap Tugas Pertama Yang Berat Kena Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 292 hits
PUTRAJAYA 8 Jun Pandemik COVID 19 yang melanda dunia sehingga mengubah landskap kehidupan kepada kebiasaan baharu menyebabkan negara negara di dunia termasuk Malaysia mengambil langkah luar biasa bagi memastikan negara dapat bebas daripada ...
Apa Kejayaan Muhyiddin Dalam 100 Hari

Apa Kejayaan Muhyiddin Dalam 100 Hari

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 301 hits
June 10 2020KUALA LUMPUR Genap 100 hari pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima banyak maklum balas yang positif dalam kalangan rakyat Lontaran komen positif rakyat terhadap pentadbiran...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri