Utusan Akan Terbit Semula Bawah Pengurusan Baru




Utusan Malaysia, terbitan Utusan Melayu yang dihenti operasi mulai hari ini selepas 80 tahun, akan muncul semula di pasaran di bawah pengurusan baru, kata Pengerusi Eksekutifnya Abd Aziz Sheikh Fadzir.
Selain Utusan Malaysia, Utusan Melayu juga menerbitkan Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad.
Bagaimanapun beliau tidak menyebut tarikh ia akan diterbitkan semula.
Sumber memberitahu FMT pengurusan baru akan menerbitkan kesemua akhbar itu dalam dua bulan lagi atau Jan 2020.
“Utusan akan kembali muncul. Kami sedang melakukan proses penggulungan syarikat asas tetapi pegangan lesen penerbitan dimiliki oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan semula penerbitan dalam waktu terdekat,” kata beliau dipetik theedgemarkets.com.
Mengenai nasib pekerja Utusan Melayu, beliau berkata penggajian mereka bergantung kepada pemegang saham utama baru kelak.
Dalam memorandum pekeliling dikeluarkan pagi tadi, Abd Aziz berkata Utusan Melayu akan berhenti operasi berkuat kuasa hari ini susulan keputusan lembaga pengarah 7 Okt meluluskan cadangan penggulungan sukarela pemiutang dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai pelikuidasi interim.
Tengah hari tadi, Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan Melayu Mohd Taufek Razak berharap kesemua 862 kakitangan dikekalkan di bawah pengurusan baharu.
Beliau berkata keputusan syarikat untuk memberhentikan operasi berkuat kuasa hari ini menyebabkan pekerja keliru kerana mereka hanya menerima memorandum pekeliling dan masih tidak mendapat surat pemberhentian kerja.
“Memang ada ura-ura mengenai pengurusan akan membuat proses pembuangan kerja tapi kami harap di bawah pengurusan baharu, mereka dapat terus terbitkan Utusan dan mengekalkan kesemua pekerja,” kata beliau pada sidang media.
Kompleks Sri Utusan di Kuala Lumpur telah disita dan tidak lagi boleh beroperasi manakala pihak pelikuidasi memberi masa sehingga esok untuk mengemas keperluan dan kakitangan dicutikan sehingga 30 Okt.
Utusan Melayu memiliki kilang percetakan utama di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Dalam pada itu, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata pekerja Utusan Melayu boleh memohon bantuan daripada Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Katanya, SIP bertindak sebagai jaminan sosial yang bertujuan membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan memberikan bantuan kepada mereka.
SIP ini adalah satu sistem insurans pekerjaan, di mana selama enam bulan selepas diberhentikan pekerja akan diberikan bayaran gaji.
“Ketika itu, SIP juga akan membantu mencari kerja alternatif, mereka juga akan mendapatkan majikan untuk menemu duga pekerja berkenaan,” katanya dipetik Bernama.
Hari bekerja terakhir bagi pekerja Utusan Melayu ialah hari ini manakala hari terakhir perkhidmatan ialah pada 31 Okt
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/09/utusan-akan-terbit-semula-bawah-pengurusan-baru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utusan Edisi Baru Pro Bersatu

Utusan Edisi Baru Pro Bersatu

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 283 hits
Hanya beberapa jam selepas diisytiharkan mati Utusan akhirnya diketahui belum mati lagi Ia mungkin hanya pengsan atau koma saja buat sementara ini Yang diisytiharkan mati hanyalah syarikat induk Utusan melalui permohonan pembubaran secara s...
Utusan Malaysia Akan Kembali Di Bawah Tan Sri Syed Mokhtar

Utusan Malaysia Akan Kembali Di Bawah Tan Sri Syed Mokhtar

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 387 hits
Sebelum ini kita mendengar ura ura berkenaan pembelian Utusan Malaysia oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan kini ternyata ianya benar setelah Berita Harian Singapura ada melaporkan tentang penjualan sebanyak 70 peratus kepentingan Dilof...
Bila Dapat Direct Macam Setahun Tak Menyusu Baru Faham Dilema Mak Menyusu Bekerja

Bila Dapat Direct Macam Setahun Tak Menyusu Baru Faham Dilema Mak Menyusu Bekerja

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 174 hits
Kemelut biasa ibu menyusu yang akan mula kerja selepas habis cuti pantang adalah risau anak tak mahu menyusu dengan botol bila tinggal pada panegasuh Keadaan ini sentiasa jadi dilema semua ibu kan Ada yang berjaya ajar anak masa dalam panta...
Pemuda Umno Wp Cabar Menteri Senarai Pewaris Setuju Jual Tanah Kg Baru

Pemuda Umno Wp Cabar Menteri Senarai Pewaris Setuju Jual Tanah Kg Baru

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 292 hits
Mohammed Nizham Abdullah Hamidi berkata Pemuda Umno Wilayah Persekutuan akan membuat laporan kepada polis dan SPRM jika wujud unsur penipuan dan rasuah dalam proses pembelian tanah Kampung Baru PETALING JAYA Pemuda Umno Wilayah Persekutuan ...
Baru Di Kyoto Kedai Ini Memudahkan Anda Menyewa Hijab Memilih Dengan Kimono Anda

Baru Di Kyoto Kedai Ini Memudahkan Anda Menyewa Hijab Memilih Dengan Kimono Anda

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 635 hits
Sekiranya ini kali pertama anda ke Jepun anda pasti akan mempunyai senarai perkara untuk yang perlu buat di jepun memakai kimono mungkin salah satu daripada senarai anda jika berada di jepun Tidak ada apa apa seperti merasai diri anda dalam...
Bercinta 48 Jam Nonstop Pengantin Baru Wanita Meninggal Dunia

Bercinta 48 Jam Nonstop Pengantin Baru Wanita Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 451 hits
Seorang pria dituduh membunuh istrinya sendiri karena berhubungan se ksual tanpa henti selama 48 jam Kejadian ini terjadi saat mereka bulan madu setelah melangsungkan pernikahan Dikutip dari Metro UK sang suami Ralph Jankus dan istrinya Chr...
Ini 4 Artis Yang Jadi Wajah Baru Di Dpr 2019 2024

Ini 4 Artis Yang Jadi Wajah Baru Di Dpr 2019 2024

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 297 hits
Setelah puas mencicipi dan menggantung hidup dari industri hiburan kini banyak artis yang mencoba peruntungan di dunia politik Pamor yang dibangun menjadi senjata dalam mengais suara masyarakat Tidak heran dalam beberapa tahun terakhir ada ...
Terkini Kerajaan Mungkin Akan Perkenalkan Cukai Baru Yang Tak Bebankan Rakyat Tun M

Terkini Kerajaan Mungkin Akan Perkenalkan Cukai Baru Yang Tak Bebankan Rakyat Tun M

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 748 hits
Baru baru ini Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kerajaan akan mengkaji keperluan memperkenalkan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan sekiranya itu kemahuan rakyat Sebelum ini Inst...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu