Utamakan Vaksin Kepada Pekerja Jika Kilang Sukar Ditutup


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

Moratorium, subsidi upah perlu diteruskan bantu golongan terjejas
BANGI – Sekiranya kerajaan sukar mengarahkan penutupan operasi kilang atas dasar kelangsungan ekonomi, langkah terbaik adalah mengetatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kilang dan asrama yang menjadi tempat tinggal pekerja.
Kilang yang berisiko tinggi menjadi penyebar virus COVID-19 perlu memastikan pekerjanya tidak ke tempat lain selepas waktu bekerja sepanjang tempoh PKP.
Tindakan itu bagi memudahkan kawalan sekiranya jangkitan berlaku di dalam kuarters atau asrama pekerja sebelum merebak ke komuniti luar, kata penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Ahmed Razman Latiff. 
“Saya melihat PKP 3.0 yang ketat SOP-nya amat perlu kerana negara kita sudah memasuki satu lagi gelombang jangkitan yang teruk di mana beribu kes jangkitan dilaporkan. 
“Jika kadar jangkitan ini tidak dikawal, ianya dikhuatiri akan menyebabkan segala kemudahan kesihatan mencapai tahap maksima dan ini boleh memburukkan lagi krisis kesihatan yang sedang dialami sekarang. 
“Namun pada masa sama, kerajaan harus memastikan sektor ekonomi tidak terjejas dengan teruk juga kerana impak negatifnya akan memberi kesan kepada semua individu, isi rumah dan peniaga,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Menimbang tara senario itu, beliau mencadangkan supaya individu yang bekerja membabitkan pertemuan dengan ramai pihak, termasuk pekerja kilang diutamakan dalam pemberian vaksin.
Perkara ini boleh diketengahkan memandangkan fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan bermula tidak lama lagi, katanya. 
Pada masa sama, beliau turut berharap kerajaan dapat mengumumkan pakej ransangan fiskal yang terbaharu untuk membantu golongan yang terjejas teruk daripada peringkat individu, isi rumah, perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 
“Bantuan seperti moratorium dan subsidi upah harus diteruskan dan pada masa yang sama memikirkan bantuan lain seperti moratorium sewa premis dan cukai taksiran. 
“Selain itu, usaha memastikan semua penganggur mendapat pekerjaan harus diperhebatkan. 
“Mungkin boleh ambil seberapa ramai penganggur untuk membantu segala aktiviti logistik pemantauan kluster jangkitan dan juga untuk program vaksinasi kebangsaan supaya proses dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan cepat,” katanya.
Semalam, 106 kluster baharu dikesan pada minggu ke-18 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), menjadikan jumlah keseluruhan kluster di Malaysia kini berjumlah 1,775.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, 44 kluster baharu adalah daripada tempat kerja iaitu sebanyak 41.5 peratus.
Manakala, sebanyak 33 kluster dari komuniti, 19 kluster dari sektor pendidikan, lapan kluster dari keagamaan, satu kluster dari pusat tahanan dan satu kluster daripada kumpulan berisiko tinggi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/utamakan-vaksin-kepada-pekerja-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairy Nafikan Sekumpulan Pekerja Syarikat Genting Quot Menerima Vaksin Quot Atas Arahannya

Khairy Nafikan Sekumpulan Pekerja Syarikat Genting Quot Menerima Vaksin Quot Atas Arahannya

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 289 hits
nbsp PUTRAJAYA Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan sekumpulan pekerja syarikat Genting Group yang menerima vaksinasi Covid 19 atas arahannya Sebaliknya kata Khairy Badan Bertindak I...
Pekerja Asing Di Hong Kong Risau Dipaksa Ambik Vaksin

Pekerja Asing Di Hong Kong Risau Dipaksa Ambik Vaksin

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 212 hits
Pekerja asing di Hong Kong risau dipaksa ambik vaksin Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 May 2021 11 00PM
Pekerja Grabfood Terima Sumbangan Muhibah S 70 000 Setelah Koma Akibat Kecederaan Otak

Pekerja Grabfood Terima Sumbangan Muhibah S 70 000 Setelah Koma Akibat Kecederaan Otak

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 296 hits
SINGAPURA Selepas satu nahas jalan raya awal bulan ini pekerja penghantaran sambilan bersama GrabFood Mohammed Ali mengalami kecederaan otak dan dibebani yuran perubatan mencecah S 100 000 Berkat belas ihsan orang ramai beliau menerima sumb...
Kerajaan Pn Hanya Pentingkan Sektor Awam Lembab Bela Pekerja Swasta

Kerajaan Pn Hanya Pentingkan Sektor Awam Lembab Bela Pekerja Swasta

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 317 hits
Hari Pekerja sewajarnya menginsafkan kerajaan Perikatan Nasional betapa besarnya sumbangan para pekerja di Malaysia yang ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1 0 tahun lalu berkuatkuasa negara telah kerugian sebanyak RM63 bilion dalam tempoh ...
Kerajaan Perlu Bela Pekerja Bank Kata Kesatuan

Kerajaan Perlu Bela Pekerja Bank Kata Kesatuan

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 313 hits
Kerajaan perlu bela pekerja bank kata kesatuan nbsp Dikemas kini 35 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 May 2021 6 55PM
Kakorlantas Jamin Penyekatan Mudik Tak Halangi Pekerja

Kakorlantas Jamin Penyekatan Mudik Tak Halangi Pekerja

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 253 hits
Menurut Istiono upaya upaya yang dilakukan jajaran khususnya Polda Metro Jaya melakukan rekayasa buka tutup satu titik
Tiba Tiba Dah Bulan Mei Selamat Hari Pekerja 2021

Tiba Tiba Dah Bulan Mei Selamat Hari Pekerja 2021

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 604 hits
Tiba tiba dah bulan mei Lupa yang sebenarnya bulan april 30 hari je Bulan mei berapa hari pulak Bulan mei 31 hari Ingat dulu guna kaedah guna lekuk jari buku lima Ingat lagi tak Itulah kaedah paling mudah nak belajar dan ingat zaman sekolah...
Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2021

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2021

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 510 hits
Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat
13 Kesalahan Ditemui Semasa Pemeriksaan Ke Atas Lori Bawa Pekerja

13 Kesalahan Ditemui Semasa Pemeriksaan Ke Atas Lori Bawa Pekerja

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 360 hits
SINGAPURA Pemeriksaan ke atas lori yang digunakan untuk mengangkut pekerja menemui 13 kesalahan minggu ini menurut Penguasa Pengangkutan Darat pada Khamis Kesalahan kesalahan itu termasuk kegagalan memenuhi syarat tempat duduk dan gag
Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Gulai Kawah Kelantan

Memahami Budaya Kerja Toksik Dan Cara Menanganinya

Lega Ibu Ayah 2027 Anak Tahun 1 2 Tiada Subjek Berat Bahasa Isyarat Diperkenalkan

Vitamin Saraf B Complex Plus With Folic Asid

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon